Dunianya 'Terbalik'!

Friday, March 15, 2013

Assamualaikum!~

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Tiada kesangsian bagiNya terhadap setiap kejadian yang berlaku apatah lagi bagi manusia yang merasakan ia mustahil untuk terjadi! Dan di atas KekuasaanNya itulah maka, lahirnya manusia-manusia yang 'unik' dan 'luar biasa' dari yang lain. Jom kiter terjah!~


Bojana Danilovic membaca akhbar secara 'terbalik'
Sangat jarang sekali kita berjumpa atau bertemu dengan manusia yang mempunyai keunikan & kelebihan yang tidak terdapat pada orang lain. Mereka boleh dianggap bertuah kerana memiliki keupayaan yang unik  lain dari orang lain.

Begitulah situasinya dengan seorang gadis, Bojana Danilovic, 28,  yang berasal dari Uzice, Serbia amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bojana melihat setiap pandangan dengan pandangan 'terbalik' disebabkan dia mengalami keadaan otak yang jarang berlaku iaitu, "fenomena orientasi ruang".

Dia yang bertugas sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, Barat Serbia turut bekerja dalam cara yang 'terbalik'. Pejabatnya dilengkapi skrin berkomputer dan papan kekunci khas. Danilovic juga membaca akhbar & menonton televisyen secara terbalik. 

"Mungkin ia kelihatan luar biasa bagi orang lain, tapi bagi saya ia sememangnya nampak normal," Danilovic berkata kepada sebuah agensi. " Saya dilahirkan begini. Ia adalah cara saya melihat dunia ini."

"Mereka kata mata saya melihat dengan cara yang betul tetapi otak saya mengubah posisi imej tersebut," jelas Danilovic lagi. "Tetapi, mereka (pakar perubatan) tidak begitu mengetahui bagaimana ia berlaku, hanya ianya betul-betul berlaku dan di mana ia terjadi di dalam bahagian otak saya. Mereka berkata mereka telah meneliti beberapa kes yang sama , tapi belum pernah lagi berjumpa dengan kes yang unik seperti saya." -info

Subhanallah! Allahuakbar! Maha benar firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." 
(Surah Al Qamar :49)
"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
( Surah al Anaam: 73)

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!


You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM