Breaking

Monday, March 11, 2013

Hadiah Untuk Kakitangan Kerajaan, ATM & PDRM.

Assalamualaikum!~


Ucapan PM sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di PICC pagi tadi, telah memberikan khabar gembira kepada lebih 1.4 juta penjawat awam seluruh negara. Namun....rata-rata mereka agak KELIRU dengan beberapa terma yang digunakan dalam ucapan/amanat beliau. Takpe, jom kiter 'buka' dulu 'kotak hadiah' hehe~



  • ‎ Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu:
  1. Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; 
  2. Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; 
  3. Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; 
  4. Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; 
  5. Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian


  •  Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu


  •  Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

  •  Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

  •  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

  •  Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum
  •  Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

  •  Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

  •  Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)
sumber

Yang aku highlightkan warna MERAH tu la yang buat ramai penjawat awam tertanya-tanya, terteka-teka & terkebil-kebil mencari maksud sebenar yang dikatakan PM tadi hehehe.

Andaian aku...andaian je la...mungkin ia bermaksud:

a) tiada lagi sistem kenaikan gaji 4 kali setahun seperti sebelum ini. Semua penjawat awam naik gaji serentak bulan Julai setiap tahun?

b) kenaikan gaji tahunan sebanyak 2 kali setahun bagi setiap penjawat awam. Meaning, aku dapat KGT bulan Julai ni, kemudian bulan Oktober (KGT setiap tahun) pun aku terima jugak. (Wah! kalu gitu den kayo! den kayo! hehehe)

Aku rasa dalam amanat kali ini, kerajaan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap warga anggota keselamatan negara iaitu ATM & PDRM. Penjawat awam tetap & kontrak hanya dapat naik gaji. Dan, ini sama sekali tidak mencapai sasaran CUEPACS yang sebelum ini mensasarkan beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Dalam 9 perkara yang diumumkan di atas, tiada satu pun menyebut tentang kenaikan COLA & elaun perumahan tetap seperti yang DIHARAPKAN oleh Cuepacs dan warga penjawat awam.

Apa CUEPACS minta? Antara tuntutan CUEPACS....

  • COLA diselaraskan kepada RM350 untuk semua wilayah.   
  • ITP (Imbuhan Tetap Perumahan)  pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
  • tuntutan penginapan di hotel ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 sebelum ini.
  • kenaikan antara dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan gaji yang bakal diperolehi.
  • lantikan pegawai kontrak ke jawatan tetap. 

Aperpun, tahniah pada mereka yang bakal menerima 'hadiah' dari kerajaan. Pada CUEPACS, teruskan usaha anda untuk memberikan yang terbaik kepada warga penjawat awam. Push jangan tak push...hehehe~

4 comments:

  1. Boleh sy tau, PA yg naik gj bulan januari akan dapat kenaikan itu pada bulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut peraturan skim kenaikan yang diperkenalkan oleh kerajaan awal tahun ini, kenaikan gaji akan berlaku 2 kali iaitu, kenaikan biasa (setiap tahun) tak kira bulan Januari, Julai, Oktober atau Disember.

      Kenaikan yang kedua akan diberi pada bulan Julai tahun ini bagi semua PA. Maka, kalau kenaikan gaji biasa pada Januari lepas telah dapat, tinggal kenaikan gaji bulan Julai ni je la yang bakal dinikmati oleh semua PA serentak.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Boleh saya tau macam mana pulak dengan PSH (Pegawai Sambilan Harian)...ade apa2 kelebihan tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Untuk lebih yakin dan pasti syahida boleh rujuk laman web JPA.

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.