Tuesday, March 12, 2013

# Lelaki

Ilmu Kebal Tak Jadi.

Assalamualaikum!~

mstar online

'Peperangan' yang tercetus antara Tentera Sulu & pasukan keselamatan negara (ATM & PDRM) adalah antara orang Islam dengan orang Islam. At least, itulah yang aku dengar & lihat dari media cetak. Tapi, setahu aku dalam Islam, tidak langsung kita disuruh & diajar untuk mengamalkan sebarang amalan ilmu kebal hatta dalam peperangan.

Pada zaman Nabi juga, Allah tidak pernah mengurniakan ilmu kebal dari zaman Nabi Adam sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ini dapat dilihat dalam Perang Uhud, dimana gigi Rasulullah s.a.w patah, malah baginda mengalami luka-luka ketika masuk ke dalam sumur perangkap musuh. 

Nabi juga tidak pernah belajar ilmu kebal, dan tidak pula mengajar umatnya tentang ilmu kebal. Maka, bagi sesuatu ilmu yang tidak bersumberkan dari Allah s.w.t, apatah lagi yang menjurus kepada SYIRIK hatta untuk mempertahankan negara sekalipun, ia tidak dikira sebagai JIHAD FISABILILLAH.

Ketahuilah, sesuatu yang berasal dari syaitan biasanya digunakan untuk membela syaitan juga. Maha benar firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidak akan beruntung tukang sihir dari manapun dia datang.” 
(Surah At-Thaha: ayat 69)

1 comment:

  1. Blog yang menarik...singgah ke blog saya...:)

    http:uzaify69.joowaal.net/

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates