Wednesday, March 13, 2013

# Teknologi

Jenis Pesawat Tempur Malaysia.

Assalamualaikum!~

Antara cita-cita aku masa kecil dulu...nak jadi PILOT! Acah je...aku nak jadi PRAMUGARI sebenarnya hahaha. Sebab, best tengok dressing pramugari masa tu...dengan kebaya ketat dan beg galas di tangan berjalan lenggang kangkung dalam airport heeeeee. Yang lagi bestnyer, dapat pergi serata dunia tengok negeri orang sambil bekerja....syok beb! I guess....

Tapi, tu cerita lama. Hakikatnya, aku ni boleh dikatakan Acrophobia (takut pada ketinggian). Aku rasa bila kedua-dua kakiku berada di atas tanah itu lebih baik & selamat bagiku hahaha. Dah tu, aku tak reti berenang..takat kaki cecah tanah dalam air tu boleh la lepas tu mulala aku HELP! HELP! HELP! hehehehe. Atas awan dop leh, dalam air dop leh memang totally fail la nak jadi pramugari pun. So, dop leh dop leh.....


So, back to the pesawat's story, mungkin masih ramai yang belum tau apakah jenis-jenis pesawat tempur yang negara terchenta kiter ini miliki. Takper takper, slow-slow kita terjah yek! Bukan masuk exam pun! Tapi, ini bagus untuk pendedahan ilmu korang....kan kan kan! Jom kiter tempur!~


Jenis Pesawat Pejuang


  1. Sukhoi SU-30MKM
Sukhoi SU-30MKM

  • merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.
  • Malaysia mempunyai 18 buah pesawat Sukhoi kesemuanya.

    2.  MiG-29 Fulcrum


MiG-29

  •  (Bahasa RusiaМикоян МиГ-29) adalah sebuah pesawat pejuang generasi ke-4 yang direka sebagai sebuah pesawat untuk peranan penguasaan udara dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Dibangunkan pada tahun 1970-an oleh Biro Rekabentuk Mikoyan , pesawat ini kemudian memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet pada tahun 1983, dan masih digunakan oleh Tentera Udara Rusia dan negara-negara lain sehingga sekarang. Nama pengenalan NATO bagi MiG-29 adalah "Fulcrum", yang mana secara tidak rasmi turut digunakan oleh juruterbang Soviet. Pesawat ini pada asasnya dibina bagi menentang ancaman pesawat pejuang baru A.S seperti F-16 Fighting Falcon dan F/A-18 Hornet.
  • Malaysia mempunyai 14 buah pesawat ini yang beroperasi.

   3. MiG-29NUB


MiG-29NUB
  • Versi dua tempat duduk (double seat) ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seperti misil dan meriam.

    4. F/A-18D Hornet


F/A-18D Hornet

  • F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara. Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain. Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan lautSEAD, menguatkuasakan larangan udarasokongan udara dekat dan pengawasan. Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat, namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya.
  • Malaysia mempunyai 8 buah pesawat F/A 18, seriously bunyi pesawat ini LEBIH BINGIT & MENYAKITKAN TELINGA  sehingga boleh bergegar pintu rumah! (kalau duduk sebelah pangkalan)

    5. HAWK-208


HAWK - 208
  • Hawk merupakan sebuah pesawat latihan lanjut yang dibangunkan oleh Britain pada tahun 1974. Pada mulanya pesawat ini dikenali sebagai Hawker Siddeley Hawk. Pesawat ini digunkan oleh Tentera Udara Diraja British dan negara-negara lain sebagai sebuah pesawat latihan atau pesawat serangan ringan berkos rendah. Pesawat Hawk ini masih dikeluarkan sehingga ke hari ini dengan lebih 900 buah pesawat Hawk telah dijual kepada 18 buah negara di seluruh dunia.
  • Malaysia mempunyai 16 buah pesawat yang beroperasi.

   6. Northrop F-5

F-5E Tiger

  • adalah sebuah pesawat pejuang kos rendah yang sesuai digunakan oleh pasukan tentera udara kecil-kecilan untuk cuba untuk mengendalikan pesawat pejuang supersonik. Pesawat ini mula dibina oleh syarikat Northrop dalam tahun 1962.

    7. HAWK-108

HAWK-108

    • Pada awal tahun 1990an, Malaysia telah membeli 10 Hawk 108 dari Britain sebagai sebahagian daripada pakej senjata.
    • Hawk 108 adalah pesawat tempur jet pantas . Selain dari avionik kokpit standard, Hawk 108 juga datang dengan unit FLIR, yang unik di kalangan pelatih. Ini membolehkan ia untuk melancarkan tembakan air-to-ground dalam semua jenis keadaan cuaca. Selain daripada itu, ia juga boleh dilengkapi dengan 4 AIM-9 Sidewinders dan tangki drop untuk berfungsi sebagai titik pertahanan.
    • Malaysia mempunyai 6 buah pesawat yang beroperasi. Selain itu, ia merupakan pesawat single-seat yang dilengkapi radar APG-66H yang boleh mengesan dalam jarak spektrum yang luas bagi misi pertahanan udara.

        8. Aermacchi MB-339


    Aermacchi MB-339AM

    •  merupakan sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat MB-326.
    • Pesawat ini memiliki sayap rendah dan lurus dengan tangki-tangki di hujungnya dan saluran masuk udara di pangkal, tiga roda gear pendaratan. Kedudukan pelatih dan pengajar diatur dalam kedudukan selari. Perubahan ketara adalah kedudukan fiuslaj hadapan bagi kerusi pengajar ditinggikan bagi mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik yang mana melepasi kepala pelatih.
    • Malaysia memiliki 10 buah pesawat yang beroperasi.

       9. F5-E Tiger II

    F-5E Tiger II

    • dilengkapi dengan cahaya, pesawat pejuang ini mempunyai satu tempat duduk. Ia berjaya menembusi pasaran di  beberapa negara-negara Asia, Timur Tengah dan Eropah.
    • juga dikenali sebagai pesawat pejuang ringan yang dilengkapi misil. Malaysia mempunyai 10 pesawat yang beroperasi.


        10. Aermacchi MB-339CD

    Aermacchi MB-339CD

    • MB-339CD menggantikan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalangan. Malaysia mempunyai 8 buah pesawat yang beroperasi.

    sumber

    Artikel berkaitan:


    4 comments:

    1. RASANYA PICTURE SU-35 FLANKER TERBARU RUSSIA TU...BUKAN SU-30MKM...TAKPER NI PUN PESAWAT RUSSIA DOK TENGAH LOBI MALAYSIA BELI...HEHHE

      ReplyDelete
      Replies
      1. oohhh ye ker? alamakkkk silap info la saya ni haha. Maaf nanti saya tukar gambar yang betul. Tu la sy pernah nampak sukhoi tapi takde la corak celoreng gini kan? thank you for the info (^_^)

        Delete
    2. Sukhoi30mkm la tu....tgk la cat body dia..trang2 lmbang tudm...

      ReplyDelete

    Apa kata korang?

    Follow Us @soratemplates