Monday, March 18, 2013

# Keyword Pelik! # Nuffnangers

Petik Jari Jer!

Assalamualaikum!~

Perghhh! memang tangkap sumbat betul idung mancung Kenit ni. Dari malam tadi, takleh nak lena. Muka sembab pun Kenit layankan jugak keje..takleh MC banyak keje wooooo! Selagi terdaya Kenit buat..tak daya aku membuta kejap! huahuahuahua~

Weh! lemah badan tau kene selsema ni. Siap ngan pakej batuk berkahak lagi. Kenit makan kuey tiow goreng pagi tadi pun takda rasa apa. Tu maknanya apa??? Idung tersumbat satu hal..kepala sakit pulak gara-gara tak cukup tido. Mood keje bukan kelaut lagi dah...keLONGGGGGKANGGGGGGG!

Disebabkan otak takleh mikir aper Kenit nak bebel arini, maka Kenit buka nuffnang la check kalau-kalau ader cpc/cpuv baru untuk Kenit ke....HAREMMMMMM! Sejak menginjak tahun 2013 ni, belum satu campaign pun Kenit dapat lagi..! Iklan bergolek laju je Kenit tengok, tapi takde perkembangan. Aper Kenit tak buat..update survey, update blog jangan cakapla...sehari kalu Kenit rajin boleh sampai 6 post sekali tau! Tiket dah anto..berapa banyak tiket daaaaa! Arghhhh! malas nak layan..ader syukur. Takde... sudah!

Gi tengok kat keyword, dan ini yang Kenit jumpa.....



Suke benor korang petik jari ye?hehehe. Paling tak boleh blah...PENGASAS DOA PETIK JARI hehehe. Kenit maner la tau siapa pengasasnya dik nonnn! kalau sungguh ader, korang jangan terpengaruh pulak! Maner ader orang berdoa petik jari kemudian....dapat! Tu macam dah guna jin dalam citer Aladdin tu.

Timbulnya keyword doa petik jari ni, sebab Kenit ada buat entri pasal BERDOA SEMUDAH PETIK JARI? Kalau korang belum baca silalah terjah (^_^)

Dalam berdoa takde petik-petik jari, tadah tangan & mohonlah perkara yang baik-baik kepada Allah s.w.t. Itu barulah cara berdoa yang betul. Wallahualam~


Terjah jugak yang ni:

2 comments:

Apa kata korang?