Wednesday, March 13, 2013

# Teknologi

Singapore Berminat Dengan Pesawat F35.

Assalamualaikum!~

F35 Joint Strike Fighter

Singapore dikatakan berminat untuk memiliki pesawat tempur F35 bagi walaupun ia masih dalam proses pembangunan. Ini bagi menggantikan pesawat tempur sedia ada iaitu F15 dan F16. 

Menteri Pertahanannya, Ng Eng Hen berkata Singapore juga sedang mencari pengganti bagi kapal selamnya bagi memantapkan lagi sistem pertahanan negara yang kini adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.


"Walaupun F35 masih di peringkat pembangunan, kami sangat berminat untuk memilikinya untuk kegunaan di masa depan." kata Ng ketika debat bajet negara.

"Jet F35 akan menjadi pesawat tempur barisan hadapan dalam operasi akan datang," katanya lagi.

Turut dimaklumkan bahawa pesawat F15 yang dimiliki Singapore kini telah menghampiri tempoh hayat operasi, manakala pesawat F16 Lockheed Martin berada di peringkat pertengahan operasi. Maka, untuk jangka masa panjang Singapore telah mengenal pasti F35 sebagai pesawat tempur yang sesuai dalam proses pemodenan negara. -sumber

P/S: Singapore dah ada Stealth & kini rancang nak beli F35. Fuh! 

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?