Bolehkah Tidur Dalam Masjid/Surau?

Wednesday, May 22, 2013

Assalamualaikum!~


Biasa nampak kertas notis/peringatan/amaran/cadangan yang lebih kurang seperti ini tertepek di dinding surau opis anda atau di masjid?? 

Tidur di dalam surau/masjid telah dimasukkan sebagai larangan yang 'termaktub' dalam peraturan dan adab ketika di masjid/surau.


Tahukah anda?
  • Tidur di dalam masjid/surau adalah termasuk dalam sunnah Nabi s.a.w?

sekadar gambar hiasan

Berdasarkan hadis Abdullah bin Zaid Al-Mazini:


أنه رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ مُسْتَلْقِيًا وَاضِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الْأُخْرَى

“Bahawa dia pernah melihat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidur terlentang di dalam masjid sambil meletakkan salah satu kaki beliau di atas kaki lainnya.”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1/446) (10/328) (11/68) dan dalam Al-Adab Al-Mufrad (172), Muslim (6/154), Malik (1/186) serta Abu Daud (2/297) dan An-Nasai (1/118) dari jalannya, Muhammad dalam kitabnya Muwaththa` (398), At-Tirmizi (2/127 -cet. Bulaq), Ad-Darimi (2/282), Ath-Thayalisi (hal. 148 no. 1101), dan Ahmad (4/38, 39, 40) dari beberapa jalan dari Az-Zuhri dia berkata: Abbad bin Tamim mengabarkan kepadaku dari pamannya (Abdullah bin Zaid, pent.) dengan lafazh di atas. At-Tirmizi berkata, “Hadits hasan shahih.”

Hadis ini mempunyai pendukung dari hadis Abu Hurairah dan dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Fath (11/68).

Hadis ini adalah dalil dari apa yang disebutkan bahawa bolehnya tidur terlentang di dalam masjid. Al-Hafizh berkata dalam Al-Fath, 


“Kelihatannya, perbuatan Baginda (tidur di dalam masjid) adalah dibenarkan. Maka dengan itu, Baginda lakukan pada waktu Baginda beristirahat sendirian, bukan di hadapan banyak orang, kerana sudah menjadi kebiasaan yang diketahui dari Baginda bahwa Baginda selalu duduk-duduk bersama mereka dengan sikap rendah hati yang sempurna."

Maka, telah jelas bahawa tidur di dalam masijd/surau (terutama bagi musafir) tidaklah menjadi kesalahan malah ia merupakan sunnah Nabi, yang mana jika dibuat dapat pahala sunnahnya.

TETAPI...

  • Jangan sampai terlajak tidur - masalah utama bila dah lena sangat ialah bila kita tidur lama dari yang sepatutnya. Kadang-kadang sampai berjam-jam lamanya. Bagi tempat dan ruang yang luas mungkin ia tak menjadi masalah. 

  • Jangan sampai tinggal solat - ada orang berehat (iktikaf) sementara di surau/masjid sementara menunggu tiba waktu solat. Namun begitu, tidur sehingga terlepas waktu solat bukan suatu tabiat yang baik.

  • Jangan guna sejadah untuk tidur - memang sudah menjadi tabiat, masuk masjid/surau capai sejadah 2/3 helai buat bantal pastu krohhh krohhh. Bila bangun, simpan balik. Kawan datang nak solat bentang sejadah tadi, tup tup bila time sujud terasa basah kat tempat sujud....ghupernye ailio 'bergenang' baekkk punye! Kan dah jadi najis tu...nyaknyer (aniaya) ke kawan tu.

  • Jangan bermalas-malasan - bermakna tidur yang bermalas-malasan. Datang surau/masjid bukan nak solat tapi sekadar nak tidur.

  • Jagalah adab, kesopanan & ketatasusilaan - nak tidur pun ada adabnya, nak dapat pahala sunnah ikutlah cara tidur Nabi s.a.w (seperti dalam hadis di atas). Jangan plak tidur terkangkang dan terselak kain sehingga menampakkan aurat. Tidur di ruang yang tidak menganggu orang lain untuk solat. Jangan plak pi tidur kat tempat imam nak solat!

Sesetengah orang menganggap tidur di dalam masjid/surau memberikan 'pemandangan' yang tidak enak dipandang. Justeru, kebanyakan peraturan dan adab di dalam surau menegaskan larangan tidur dalam masjid/surau ni. Namun. ia tidak seharusnya dijadikan sebagai larangan mutlak kerana telah dijelaskan dalam hadis di atas. 

Adab tidur di dalam masjid merupakan sunnah Nabi yang boleh kita ikuti, diiringi dengan adab dan perlakuan yang baik/sopan. Perlakuan ini disebut sebagai IKTIKAF. Maka, bolehlah untuk niat iktikaf semasa masuk masjid/surau. Kalau niat iktikaf tidur pun dapat pahala selagi tidak melanggar adab dan kesopanan di atas. 

Aperpun, semoga pencerahan ini dapat 'meleraikan' kekeliruan yang selama ini kita ragui akan kebenarannya. So, lepas ni harapnya kita tak ragu lagi. Wallahualam~

P/S: Kalau ada point yang perlu ditambah di atas, jangan segan2 bagitahu Kenit ye. Boleh Kenit improvise lagi note di atas (^_^).

You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Masjid sekrang laem cikit ; dyeorg xkasi tido...kcuali maaasjid besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kebanyakan masjid tak bagi, tapi kalu disertai dengan niat iktikaf dalam masjid, dan kita tak menganggu orang lain nak solat itulah yg terbaik.

      Delete
  2. selama ni saya selamba ja tidur..hehe..kalau mengantuk sangat..nice info ya kak.. :)

    ReplyDelete
  3. mgkn larangan tu terpaksa dibuat sbb ada yg salah gunakan masjid utk kepentingan masing2.blh tidur sekejap smtra tgu masuk waktu solat fardhu seterusnya.atau dia musafir,sambil beribadat nk hlgkan penat seketika ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mungkin juga. Oleh kerana, ramai yang bukan nak tidur sekejap, sehingga menganggu jemaah lain maka wujudlah larangan ini...terima kasih kak lea (^_^)

      Delete
  4. Jangan lupa niat iktikaf semasa masuk masjid / surau. Kalau niat iktikaf tidur pun dapat pahala jika tidur tu tidak melanggar syarat2 yang kenit tulis tu.

    Entri yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu, terima kasih saudara atas info ini. Saya akan masukkan info saudara ini di atas. Jazakallah khairan khatira (^_^).

      Delete
  5. bagaimana pula klau tdur didlm surau atau masjid yg ad org mngaji Al -quran di dalamnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya soalan ini ditanyakan pada yang arif tentangnya. Wallahualam (^_^)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM