Kereta Terbang Akan Datang!

Sunday, May 12, 2013

Assalamualaikum!~

I used to wonder, 'could this be a reality someday?'

Terutama bila 'terperangkap' dalam trafik jam 5 hari seminggu kat Federal tu! Setiap kali memang Kenit wish giler2 sambil terbayang kereta 'kebal' Kenit transform jadi kereta terbang dan keluarkan Kenit dari trafik jam sambil melambai2 tangan ke arah kereta2 kecil di bawah yang masih 'berhimpit-himpit' di bawah sana ekekeke.

But, imagination left imagination....until now!

Kereta terbang akan muncul seawal tahun 2015. Dihasilkan oleh Terrafugia, kenderaan ini diberi nama Transition (Peralihan),sebahagiannya salun, dan sebahagiannya seperti jet peribadi dengan dua tempat duduk, empat tayar dan 'sayap' yang boleh dilipat! - supaya ia boleh dipandu seperti kereta biasa.

Wow!!!!!

Syarikat yang berpangkalan di Massachusetts (Terrafugia) ini telah berjaya menerbangkan Transition untuk 8 minit pada ketinggian 14,000 kaki. Pesawat komersial pula terbang pada ketinggian 35,000 kaki.


Transition

Terrafugia berkata, pemilik Transition mestilah mempunyai lesen penerbangan dan perlu lulus 20 jam masa penerbangan sebelum dibenarkan untuk 'menerbangkan' kereta ini, yang mana ia memerlukan 'runway' untuk berlepas.

Untuk membuang keperluan 'runway', syarikat tersebut sedang dalam proses menghasilkan TF-X , yang mana ia boleh berlepas daripada posisi menegak disebabkan rotor bermotor pada kedua-dua 'sayap'. Rotor-rotor ini akan berfungsi sama seperti rotor helikopter.

TF-X direkabentuk supaya boleh muat dalam single-garage

Kebolehan untuk berlepas dari posisi menegak bermakna pemilik mampu 'terbang' dari jalanraya naik terus ke udara, tempat letak kereta malah bila mereka terperangkap dalam trafik jam (haaaaa tu yang Kenit nak dengaq tu!)

Ruang yang diperlukan sekurang-kurangnya 100 30m diameter untuk 'mengembangkan' sayap Transition. Namun begitu, TF-X masih lagi dalam fasa konsep dan masih belum diuji lagi.

Transition pada ketinggian sederhana.

Transition boleh mencapai kelajuan sekitar 112km/j di atas jalanraya dan 185km/j di ruang udara. Ia terbang menggunakan 87 liter tangki minyak dan membakar 19 liter per jam di ruang udara.
Di atas jalanraya, ia boleh pergi sejauh 14.8km per liter. Di ruang udara, ia boleh mencapai keluasan 805km. Ia mempunyai pacuan roda untuk membolehkannya bergerak di atas jalanraya.
Transition juga dilengkapi dengan dua beg udara, payung terjun penuh-kenderaan dan dijangka dijual dipasaran dengan kos US$30,000.
Woweeeeee! the offers sound very tempting kan? Memang kenderaan inilah yang dinantikan oleh semua rakyat jelata...i suppose hehe. Untuk jalanraya yang selalu sesak macam di Malaysia ni, tak mustahil satu hari nanti Transition bakal jadi kenderaan fofular untuk rakyat Malaysia!
So, in the future manerlah tahu kot2 Transition ada dijual di Malaysia, kita kena amik lesen penerbangan pulak kan. Bukan senang nak kasi terbang ini kereta hehe. Aperpun, sementara  nak tunggu Transition tembusi pasaran otomobil di Malaysia, kita akan terus 'berjuang' di medan kesesakan ekekeke.
(^_^)

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM