Makaroni Goreng Kenit.

Sunday, May 19, 2013

Assalamualaikum!~

Semalam tergerak plak hati kecil ini menggodek resepi makaroni goreng kat tenet. 

Entahlah angin kus-kus mana yang menerpa diri ini, menggerakkan hati dan tangan untuk memasak makaroni goreng...for the 1st time! ahakzzzz...

Bersemangat Kenit pi beli barang petang semalam gak ngan anak-anak. Anak-anak pun felik naper ibu diaorg ni tetiba je rajin bebenau nak masak western food ni?ekekeke. Bukan Kenit tak pernah masak western style, tapi takat goreng kentang, hotdog dan burger tu pernah la ekekekeke. Hey, itu pun Western tauuuu...:D

This time Kenit nak try yang lebih adventure skek *alahaiiii* ekekeke.

So, bolehla kita mula ye hehehe....



MAKARONI GORENG KENIT


Bahan-bahan:



  • 1 peket makaroni - asal nak amik brand San Remo, tapi dah habis plak. So, ni pun boleh la (^_^)


  • 2 ulas bawang merah - dipotong cincang


  • 2 ulas bawang putih - dipotong cincang


  • Daging kisar - Biasa orang pilih daging kisar yang bulat tu kan. Kenit amik yang petak ni, Sama je....


  • Cendawan butang - dipotong dadu


  • Hotdog - dipotong bulat. (optional) hotdog ni anak2 Kenit memang suke since diaorg tak suka makan cendawan butang. Jadi, ni pun salah satu 'umpan' supaya diaorg makan makaroni yang Kenit buat ekekekekke.



  • Sos tiram, sos spaghetti dan sos tomato kimball - Gabungan ketiga2 sos ini memberikan rasa masam manis pada makaroni goreng nanti.



  • 1 biji Telur ayam




  • Garam secukup rasa



  • Minyak zaitun

Cara-caranya:
1.

Didihkan air dalam periuk. Tunggu sehingga air mendidih.

2.

Masukkan makaroni ke dalam air mendidih. Biarkan selama 2 minit, kemudian angkat dan toskan.

3.

Tumis bawang merah dan bawang putih dan kacau sehingga berbau harum.

4.

Masukkan daging kisar dan kacau rata. Masukkan sedikit air rebusan makaroni ke dalam tumisan untuk bagi daging kisar empuk.

5.

Setelah daging empuk, masukkan sos spaghetti mengikut kesesuaian anda. Jika nak rasa lebih masam masukkan lebih sikit.

6.

Masukkan sos tomato mengikut citarasa yang anda mahu. Kacau sehingga rata.


7.

Masukkan sos tiram. Kenit masukkan satu sudu untuk rasa oriental sikit.


8.

Masukkan cendawan butang dan hirisan hotdog.
 Kacau rata.

9.

Masukkan telur dan kacau lagi.


10.

Masukkan garam mengikut selera anda.

11.

Masukkan makaroni tadi ke dalam kuali. Dan gaul sehingga rata.


TADAAAAAAAA...!
V
V
V
V
V
V
V
V
MAKARONI GORENG KENIT STYLE.


Dalam kes makaroni goreng Kenit ni, Kenit tak letak sebarang daun sebab kalau letak konpom tak laku ekekekekeke. So, yang penting anak2 nak tengok hotdog dalam makaroni, baru mulut diaorg ternganga heeeeee.

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Anak2 xmakan sayur eh :)
    Kita xpandai makan makaroni. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 Kenit memilih skit sayur ni hehe. Makaroni ni kalau orang pandai masak memang sedap makan (^_^)

      Delete
  2. sedapnya..hehe..saya buat makaroni simple ja goreng2 tak pernah..huhu..sosnya buat mcm kita buat sos spageti..hehe..jimat masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana buat macam mana tu? Kenit guna sos segera je tak reti nak buat sos sendiri lagi (^_^)

      Delete
  3. mulut tak leh nak makan makaroni..tak tau la kenapa, apatah lagi spageti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mulut melayu ni hehe. Tak kenal maka tak cinta abg bahrain (^_^) ekekekeke.

      Delete
  4. wah nama makaroni tu pun dah mengamit selera he3..tak pernah bubuh tiram...nak cubalah nanti.mmg anak2 suka kalau saya buat makaroni siap bawa gi sklh then kawan order utk esok..boleh heheheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah sebab makaroni tu kenit-kenit je kan ekekeke. Untunglah anak2 suka kak lea masak. Kat situ dah jimat banyak kan? Air tangan ibu memang terbaekkkk (^_^).

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM