Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Pertama {sambungan}

Tuesday, September 10, 2013

Assalamualaikum!~

Sangkaku lepas pekena nasi panas ngan ayam masak lemak cili yang tak berapa berapi tu bersama ulam-ulaman dan air oren yang manis akan membuatkan mata ini layu menjelang petang. Ternyata meleset.....hehe.

Slot kedua dikelolakan oleh anak Hj. Hushim, iaitu En. Mohd Fauzan Bin Hj Hushim. Beliau juga merupakan CR (Counselor Registered) dan merupakan seorang peguam.  




Slot 2


Komunikasi Berkesan Ke Arah Keseronokan Bekerja

Apa itu komunikasi?
  • komunikasi adalah respon. Respon pula terbahagi kepada 2 jenis:

a) lisan (verbal) - lisan, bertulis, telefon, surat, memo, laporan.

b) bukan lisan (non-verbal) - tingkahlaku, postur, gestur, ekspresi muka. Non-verbal adalah                                            lebih efektif dari verbal.

  • Perkara ASAS DALAM KOMUNIKASI adalah.....
"We cannot not communicate"


Komunikasi terbahagi kepada 3 jenis:
  • monolog - khatib baca khutbah, penulis novel, ceramah.
  • dialog - forum, berbalas cakap, debat.
  • goblog (atau bodoh dalam bahasa melayu) - hahaha ini saje2 ditambah oleh penceramah ye. Mula-mula kitaorg tak paham, pastu....ooohhhhhh goblog! hahaha. Ciri-ciri komunikasi goblog adalah menyampuk apabila orang lain sedang bercakap atau orang bercakap di hadapan dia bercakap di belakang. Haaaaa anda kategori yang mana?? jangan goblog ye hehe.

Proses komunikasi



Fakta Asas Mempengaruhi Proses Komunikasi
  • Bahasa yang digunakan - penting untuk kita menggunakan bahasa yang mudah   difahami antara kedua/lebih dari satu pihak supaya penyampaian maklumat berkesan. 
  • Nada suara - tone atau nada suara memainkan peranan penting dalam menentukan samada seseorang itu sedang marah atau tidak. 
  • Gaya/stail penyampai - Menunjukkan gaya sopan dan tidak over.
  • Kelajuan perkataan - kalau cakap cepat sangat macam ketapi bullet, memang takkan ada orang paham apa yang kiter cakap. Tapi, kalau cakap meleret-leret lambat dan slow, kiter buat orang menyampah pulak kan hehe. So, kena moderate dan sesuai dengan situasi dan orangnya.
  • Sikap penerima - reaksi/respon penerima bergantung pada apa yang kita cakapkan padanya. Jika perkara baik atau percakapan yang baik maka penerima akan bersikap lebih positif.
  • Latar belakang penerima/pendengar - aahhh...lupa dah penerangan dia hahaha :D.

5 Jenis gaya penyampai 
  •  Blamer - menunjukkan jari ke atas sebagai isyarat untuk menyampaikan berita penting.

actually, bukan macam ni la haha

Haaaaa, ni baru betul.

  • Placater - gaya merayu/ memohon. Kaum wanita dilarang buat gaya camni ye. Itu tanda kita lemah kerana gaya yang merayu. Cer tengok pembesar wanita dunia bercakap, tangan diaorg letak di atas meja atau rostrum.

gaya seperti menadah tangan.

  • Leveller - gaya seperti ini biasa digunakan untuk dapatkan pengaruh majoriti. Semasa bercakap, tangan berada di sisi, siku kebawah dan tapak tangan menghadap ke bawah.

lebih kurang macam Ban ki-moon ni buat la.
Tapak tangan menghadap ke bawah.


  • Computer - gaya dengan jari letak di tepi kepala/dahi seolah sedang berfikir (orang gini biasanya golongan cerdik pandai)


haaaa begini begini.


  • Distracter -  gaya penyampai yang mengganggu.Seperti menggaru di celah kelangkang ketika berucap.

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi, antaranya :
  1. Gangguan fizikal/bising
  2. Bahasa yang digunakan
  3. Gangguan emosi penyampai/penerima
  4. Anggapan umum terhadap penyampai
  5. Kurang kepercayaan
  6. Kurang kepercayaan antara penerima dan penyampai

Komunikasi yang baik adalah :
  1. mesra & positif antara satu sama lain
  2. menunjukkan sikap saling percaya
  3. susun komunikasi yang terbuka dan membina yang diperlukan bersama
  4. ikhlas menerima satu sama lain

Di akhir sesi ceramah, En. Fauzan meminta kami melukiskan suatu lukisan dan setiap benda yang dilukis akan mencerminkan keperibadian dan bagaimana kehendak dan pemikiran kita. Tapi, INI BUKAN TILIK NASIB ye.

kenit punyer....FAIL la! hehe

Setiap benda yang kami lukis ni, ada makna disebaliknya. Mula2 dia suruh lukis je, tak kata pun untuk apa. So, kitaorg bantai la lukis haha. Ni lukisan tahap umur 5 tahun pun tak lepas haha. Patut la Pendidikan Seni aku tak pernah yang dapat A muehehe.

You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. thanks for sharing kenit, at least walaupun tak pergi ke kursus tu dapat juga ilmu pengetahuan dari blog kenit...thumbs up...

    ReplyDelete
  2. cantik lukisan..muehehehe...wlupun entry panjang..tapi amat berguna...

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Gmbr tu pnh lukis msa sekolah mnengah lagi.. Cikgu yg ajar mksud disebaliknya... Skrg ay aplikasi juga sesekali di dlm pengajaran sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke sis? wow! memang kenit ketinggalan kapal nampak gayanye ni haha. Ni kali pertama kenit jumpa aplikasi begini :)

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih ...kenit akan menyusul insyaAllah :)

      Delete
  5. he3..berkursus dgn blog akak jelh =) perkongsian yang bermnfaat...bab komunikasi ye, sy mmg xsuka kalau bab present..he3..gugup cpat sgt..stkat dgn kawan n family boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama fais, bab bercakap depan orang ni memang fail sikit haha :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM