Saturday, September 21, 2013

# Sebarkan! # Sumbangan & Derma

Perkembangan Tahfiz An Nur

Assalamualaikum!~

Alhamdulillah syukur sangat-sangat di atas perkembangan terbaru bangunan asrama Tahfiz An Nur walaupun masih banyak kos yang diperlukan untuk melengkapkan bangunan tersebut. Terima kasih pada hamba-hamba Allah yang sudi menghulurkan bantuan samada setelah anda baca entri kenit ini atau dari mana2 sumber lain.

Kenit ada mengikuti perkembangan pembangunan Tahfiz An Nur di Facebook dan nampaknya mereka masih memerlukan bantuan anda semua untuk merealisasikan impian anak-anak muda tahfiz ini. Ini yang dapat kenit sharekan setakat bulan September melalui facebook Tahfiz An Nur.

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care : Syria Care












Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari gambar yang kenit ambil dari facebook Tahfiz An Nur untuk perkongsian bersama. Sebelum ini, kenit pernah buat satu entri khas tentang sumbangan derma untuk Tahfiz An Nur di SINI. Mohon jasa baik anda sahabat kenit di luar sana untuk share dan sebarkan. Mari sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan ye.


.:: Status Terkini Tahfiz An Nur (8 September 2013) ::.

Pihak Tahfiz baru sahaja menerima bil terkini daripada pihak kontraktor, Ry Meniti Aras Bina Enterprise seperti berikut:

A. KERJA-KERJA TAMBAHAN BAGI MENYIAPKAN SATU TANDAS LENGKAP DI TINGKAT DUA ASRAMA( Empat Tandas, Dua Bilik Mandi,Dua buah Kolah Mandi,Dua Sink Muka dan satu Tempat Membasoh SERTA SISTEM AIR = RM 18,168.00.

B. KERJA-KERJA TAMBAHAN BAGI MENYIAPKAN DATARAN ASRAMA/SURAU = RM 12,096.00.

Tambahan pembinaan A+B dibuat berasaskan keperluan tandas tambahan di tingkat atas yang tiada pada pelan asal manakala dataran diperlukan berdasarkan keperluan segera utk mengadakan sesuatu program.

Justeru, terdapat kos yang asalnya RM381,240.00 bertambah dengan RM30,264.00 (A+B) menjadi RM411,504.00.

Jumlah ini tidak termasuk bagi pembinaan pagar, peralatan asrama serta pejabat.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
Tahfiz An Nur
8 September 2013.

Jika anda ingin menyalurkan sumbangan, bolehla berbuat demikian melalui akaun bank BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 12225010002021 (ANNUR SETIU RESOURCES)

Individu atau syarikat yang inginkan pelepasan cukai boleh berhubung terus Bendahari Tahfiz Annur, Tuan Haji Zulkifli Wahijan di talian 019-2518771Untuk sebarang info dan perkembangan, anda boleh lawat di Facebook Tahfiz AnNur

Ini berita gembira untuk orang-orang kaya di luar sana, wahai bapak-bapak koprat dan ahli perniagaan serta perseorangan yang ingin menghulurkan sumbangan anda ke jalan Allah. Sudilah kiranya anda menghulurkan sedikit harta pencarian dan wang ringgit anda untuk membantu mereka merealisasikan impian untuk menyempurnakan bangunan asrama bagi anak-anak muda yang belajar agama di tahfiz ini.

p/s: kenit hanya menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim membantu mereka ini kerana kewangan kenit sendiri terhad sebenarnya. Harap entri khas ini dapat membantu mereka. Kenit mohon juga anda sebarkan dan share supaya ramai lagi yang tahu dan insyaAllah tampil ke depan untuk membantu.

18 comments:

  1. salam pagi apa khabar sis :)

    alhamdulillah perkongsian yang bagus.menderma boleh menambahkan lagi rezeki kita,sambil mengeratkan silaturrahim.rasanya ramai kawan2 blogger kita yang mampu untuk mengeluarkan sedikit bajet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak lea..alhamdulillah.

      Mudah2an ada yang tampil tuk membantu :)

      Delete
  2. besar ganjaran mereka yang buat amal jariah ini..amalan yang tidak akan putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...ganjaran pasti ada kalau tidak didunia di akhirat nanti.

      Delete
  3. semoga ramai yang akan tampil membantu...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, satu inisiatif yang baik....

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah satu usaha yang baik...kepada yang berkemampuan jangan segan silu mederma

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah. Mudah2an ada yang sudi membantu :)

      Delete
  6. wah... alhamdulillah... semoga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. T kasih diatas perkongsian. Satu pelaburan akhiran yg pasti berkat, in shaa Allah.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abg khir sudi singgah sini. InsyaAllah...aaminn :)

      Delete
  8. Replies
    1. ini saja yang termampu dek kenit sis :)

      Delete
  9. harap smoga berjalan lancar la..smoga Allah berkati hidup orang yg mmberi sumbangan 2 =) mulia hati diorang..perkongsian yg baik kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an..beruntungla orang yang punya banyak harta dan duit dan dibelanjakan pula untuk tujuan kebaikan. Pahala berterusan walaupun dia dah mati sok...subhanallah.

      Delete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates