Saturday, October 12, 2013

# Cerita My Pearls

Dah Pandai Melawa!


Assalamualaikum!~

Dah berkali-kali ibu terkena ngan anak-anak. Kalau time sekolah nak bangun pagi cukup liat! Tapi, time cuti sekolah pandai pulak diaorg ni bangun awal...? Padahal, malam sebelum tu dah siap pesan dah esok cuti sekolah boleh bangun lambat sikit pun takpe (dengan harapan dapatla ibu pun sama bangun lambat sikit hehehe). Tapi, haghemmmmm.....dia bantai bangun awal jugak!

Bangun pagi2 mandi siap dan pegi breakfast kat kedai Cik Tonah. Yang makan ibu dan ayahnya, dia dua beradik bantai main kat tengah padang tu. Itulah budak-budak....bila sihat tak reti nak duduk diam. Berkali kita marah, berbelas kali la dia makin ligat bermain! Tapi, bila datang time sakitnya.... kita yang tak senang duduk! hehehe. But i tell you...seronok jadi ibu. Tak boleh dibayar dengan wang ringgit dan kemewahan untuk menggantikan rasa happiness & kasih sayang antara kita ngan anak-anak, right? (^_^)

Anyways, masa kat kedai Cik Tonah tadi, ada bai datang bawak barang niaganya. Sambil-sambil makan tu mata ni menjeling jugak sekali dua ke arah kain tudung bawal bai tu hehehe. Dalam hati terdetik jugak nak beli sehelai dua kan. Tgh dok godek2 kain tu, terpandang la pulak baju budak-budak. Adesssss.....adik dah tarik baju ibu mintak suruh beli satu. Hurmmm....kerna dirimu kuturutkan je la. Hehehehe.....

mula-mula tu malu-malu sikit la.....

pandai dah kembangkan baju....

pandai dah cekak pinggang sebelah hahaha
Model : Nurul Hazmira
Umur :   4 Tahun
Lokasi penggambaran : Rumah
Baju : peplum blouse corak bunga


little muslimah berposing.... 

senyum la sikit kak oiiii

hahaha ader pulak tanduk 'peace' sebelah.
Sebelah lagi patah kot...!

sakit lutut pun boleh buat posing lagi
 ye ke cik kak? haha

Nama model: Nurul Hazwani
Umur 6 Tahun
Lokasi penggambaran : Rumah 
Baju : Peplum blouse corak bunga.



hahaha.
 Kakak tak habis ngan tanduk peace dia.
Yang adik bertambah 'keras' posing aihhh~

9 comments:

  1. alalalal ade bakat 2 org ni jadi model..hehehe

    ReplyDelete
  2. hihi, anak mama pun sama gak, melawa bagi kat dia, dengan high heelnya, gaunnya... apapun.. comel dan cute budak-budak ni dengan gaya ala-ala model gitu...

    mama menabung sony dan shell....hihi

    ReplyDelete
  3. amboi2 kecik2 dah pandai berposing sakan...
    nanti da beso leh la jadi model biz online..

    http://abgdude.com

    ReplyDelete
  4. hamboi dh blh jd model pakaian muslimah..hihi
    besar la umah akak tu
    klik iklan hotlink sini

    ReplyDelete
  5. hahaha..pompuan kan..biasa la tu

    ReplyDelete
  6. Comei dua beradik nie.. dh pandai melawa pulak tue..hehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates