Wednesday, October 23, 2013

# Kursus

Protokol & Etiket Bersama CuteCarry - Communication


Assalamualaikum!~

Hari ketiga CuteCarry citer pasal protokol makan di dalam majlis rasmi. Ada tatacara dan etiket bila kita berada di meja makan. Terkenang kenit di Majlis APC 2012 aritu, ada air botol mineral atas meja. Kenit pun amik bukak dan terus minum dari botol tu. Walhal, ada cawan goblet kat sebelah tu, patutnya isikan air mineral tu dalam gelas tu baru minum hahahaha. Memang takleh dibawa ke majlis kenit ni kan hehehe.

CuteCarry tunjukkan caranya start dari nak duduk sehinggalah selesai makan. Jenuh jugakla nak blajo jadi tertib ni, pasal kita dah biasa makan kat warung biasa je hehe. Takda masa sopan santun sangat bila dah tengok makanan depan mata kan muehehehe.



Sebagai penutup kursus, peserta dikehendaki membuat suatu simulasi majlis rasmi penyampaian sijil. Sebelum tu, CuteCarry letakkan kami dalam beberapa kumpulan and then, tuliskan masalah2 yang dihadapi oleh Jabatan dalam mengendalikan sesuatu majlis rasmi. Pastu, present kat atas pentas...adehhh~

Bab melontarkan idea memang cargas je masing-masing. Tapi, time nak present sumer pakat menyorok blakang hehe. Biasala tu...shy shy cat mihmihmih~

sedap je kan pokcik-pokcik duduk goyang kaki.
Yang kaum wanita je yang sibuk dok mikir poin ape nak tulis.

Disebabkan poin kaum wanita yg bagi, maka presentation
kita bagi kat pokcik pulak hehehe.


Generally, banyak yang kami pelajari pasal pengurusan majlis rasmi ni. Bukan senang nak kendali suatu majlis rasmi, apatah lagi jika ia melibatkan orang-orang kenamaan dan penting dalam kerajaan.

Dari tag nama sehinggalah ke props dan bahagian lain, kalau management huru hara maka majlis pun akan jadi haru biru! tak gitu dik non? hehehe.

Last but not least....

Lawan sapa senyum paling sweet mihmih~
Sweet je kenit senyum kan...sweetttt la sangat!



Berakhirlah sudah kursus 3 hari bersama CuteCarry. Superb! Pengalaman berharga bagi kami. Terima kasih CuteCarry kerna memberikan pengalaman terindah buat kami dalam 3 hari ni. Dan, terima kasih kerana menjadikan kursus protokol kali ni lebih ceria & happening, tidak seperti kursus yang sebelum ni huhu. 

Kenit ingin mencadangkan jika agensi/jabatan/syarikat korang nak buat kursus mengenai protokol, etiket atau konsultansi berkaitan dengannya ingatlah nama ni...CUTECARRY! memang takkan rugi korang join kursus beliau malah korang dapat lebih input lagi.

Dan, paling penting korang takkan ada masa nak menguap! hahaha. Jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatan CuteCarry terutamanya mengendalikan kursus di jabatan kerajaan, bolehlah anda menghubungi 019-3290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini untuk kursus-kursus yang ditawarkan.

22 comments:

  1. hihih, harus disempatkan bergambar kan... hihi

    ReplyDelete
  2. Klu tgk makanan..mmg xdan bertata susila dah ni..hehe..klu sorang2 mkn mau peha ayam gonggong kat mulut ja..hehe..singgah blog kecik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita sekapal la memang boleh duduk semeja ni :D

      Delete
  3. dah pernah hadiri kusus dari Cutecarry (Hafiz).. masa tu Ros berkhidmat kat Kementerian Pertahanan, tahun
    2011.. Kursus transformasi gaya.. memang best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan...memang rezeki sungguh dapat menghadirkan diri dalam kursus ni (^_^)

      Delete
  4. nak makan ikut protokol pun payah jugakk janji sopan sudah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat majlis rasmi harusla ikut protokol, jgn jadi macam akak dik minum air mineral tak guna cawan haha..mujur boleh control cun masa tu kahkahkah~

      Delete
  5. cute la jugak senyuman tu ...
    hehehe
    ╔═════════════════════════════╗
    ║                                   
    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
    ║                                   
    ╚═════════════════════════════╝

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. klu seminar yg penting x terasa nk menguap.. klu x mmg jadi masalah negara hahaa.. Tahniah & t kasih diatas perkongsian ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masalah negara tu abg khir muahaha (^_^)

      Delete
  7. kursus utk tmbh ilmu yg ada.. seronok sesekali berkursus kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok ni dear, tak rugi dengar (^_^)

      Delete
  8. Bestnya kenit..mahal tak kursus nie..almaklum la kalau mahal2 sgt ssh sikit jabatan nk bg p.. hehehe.. farah mmg dh lama dok mtk kursus mcmni kt intan..sebab farah kerap kena jadi urusetia protokol yg melibatkan pak menteri utk program jabatan tp tahu jer la intan nie memanjang jer tak berjaya..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat dipastikan harganya dear. Tu jabatan yang uruskan biasanya. Tapi kan, kalau tengok pada resume CuteCarry yang dah banyak bagi talk kat banyak jabatan rasanya takda masalah kot kalau jabatan Farah interested.

      Memang sesuai kursus begini tuk Farah, insyaAllah dia akan 'sentuh' from head to toe dan tips yang diberi amat berguna . Boleh lah Farah introduce beliau pada jabatan Farah for the next course.

      INTAN? Hurmm.... (^_^)

      Delete
  9. mmg best kn kursus cmni =) yg xmguap tu best..pasti padat dgn aktiviti..akak ni kerja bhagian ape?? mmg ada kena mgena ke dgn kursus cmni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. best giler! hahaha. Bila kita xmenguap itu adalah indikasi bahawa kita enjoy dengan talk yang pencemerah tu bagi betoi tak? Dan, maka itu info pun senang nak masuk. Plus, CuteCarry is a person yang penuh ngan lawak jenaka..insyaAllah takkan ada menguap hehe :D.

      Akak keje database ... ari-ari hadap kod dan nombor :D

      Delete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates