Breaking

Friday, November 29, 2013

Berbudi Pada Tanah.


Assalamualaikum!~

Rezeki sungguh dapat pulang ke kampung 2 minggu berturut-turut. Maklumla, last balik ari raya aritu so bila Pak Jelan ajak balik dah tentu kenit tak menolak hehe. Tiap kali balik kampung, kenit tak lepas peluang menjenguk kebun-kebun abah dan ayam-ayam mak. 

Kalau setakat petik buah atau siram pokok mak masih mampu nak buat sendiri. Tapi, bila nak kobak tanah tu yang mak tak larat. Abah pun dah tak berapa kuat nak menyangkul, jadi keje-keje berkebun ni kami la yang usahakan. Eh best tau berkebun ni, habis kuar peluh 'jantan' hehe. Badan yang sakit jadi sihat, urat tersimpul terus jadi lurus balik! muehehehe.


Ladang serai hehe

Ni gambo separuh je ni. Ada lebih 15 rumpun serai tumbuh depan umah Atok. Serai ni Pak Jelan tanam ngan Atok dulu .... tahun 2012! La ni dah nak masuk 2014, baru ada 'instinct' nak cabut serai bahahaha. Kalau buat bisnes serai mau lingkup! hehehe. Ye la, abah pun dah tak berapa nak larat menyangkul. Lagipun, kenit tak harap abah berdiri bawah panas terik ... kan abah baru kuar hospital awal tahun ari tu. So, kena la tunggu kami balik baru boleh setel serai-serai ni sumer.




Alhamdulillah cuaca aritu memang mendung, sesuai sangatla kami 'berkampung' depan umah membersihkan serai-serai tu. Takyah susah payah angkut bawak masuk dalam, kene angkut balik daun-daun ke luar untuk dibakar. Kalau 'berkampung' begini, nak bakar lebihan daun serai pun senang kan hehe.

Kami tiga beranak je menyelesaikan serai-serai Atok tu. Pak Jelan tukang kobak serai dari tanah, Wan potong daun serai dan kenit tolong cabut serai dari rumpunnya. Budak bandar macam kenit seumur hidup tak pernah buat keje berat begini, bila nak masuk three series ni tetiba jadi rajin pulak hahahaha. Tapi, kenit enjoy pulak buat keje begini. Seronok ...! Habis kuar segala peluh 'jantan' haha. Walaupun cuaca mendung, tapi panasnya boleh tahan sebab tak berangin hehe.


Kenit kena tarik serai satu persatu dari rumpun besar ni.

Ya Allah!!!!

Kat atas ni bukan maid dari Indonesia ye! Amboiii sesedap rasa mengutuk kiter haipp! haippp! hehehe. Tudung kepala tu sumpah bukan kenit punya! bahahaha. Kenit pinjam ngan Wan, pasal terlupa bawak tudung ekstra dari umah hehehe. Tudung ni je yang ada masa tu ..... belasah je laaa!


Weh! apekeheinye muker kiter cenggitu??? hahahaha

Haaaaaa ni yang den tak suko ni! muko den jadik cenggini pulak hahahaha. Muker kenit begitu bukan sebab geli atau tak biasa buat keje begini ye. Sebab apa kenit buat muker begitu waktu tu pun kenit tak tahu muahahaha.

Masa Pak Jelan nak kobak lagi rumpun serai, tetiba kuar beberapa ekor katak dipercayai keluarga katak yang sekian lama tinggal di celah-celah rumpun serai tu hehehe. Habis bertempiaran katak-katak tu lari ekekeke.




Anak katak ni nak lompat ke dalam kawasan umah tapi tak dapek hehehe

Beria-ia katak-katak tu melompat nak selamatkan diri masing-masing. Tapi, tak dapat masuk pasai jaring pagar terlalu kecil. 

Ulat gonggok ..... sape nak??? (^_^)

Dah puas tengok katak dan ulat gonggok, perut masing-masing pun dah lapo kedarah hehe. Air tangan mak sekali lagi menjadi santapan kami sekeluarga. Fuh! alhamdulillah .... kenyanggggg!






Hari tu, kami dapat kumpulkan sebanyak 22kg serai. Malamnya, kami bawak serai tu ke rumah penjual. Dari 15 rumpun serai yang ada, hanya 8 rumpun serai je elok, yang lain punah pasai dah terlebih tempoh hehehe. Ye la, orang tanam serai 7-8 bulan dah boleh cabut, kiter tunggu setahun lebih baru nak cabut mau tak busuk hehehe.

15 comments:

  1. banyaknya....rezeki akibat berbudi dari tanah..dapat hasilnya..

    ReplyDelete
  2. hahaha .. kediaman katak-2 tu di ganggu . eh ! . Alhamdulillah , even tempoh setahun baru nak ambil , dapat gak rezeki . Tahun depan cabut lagi . Hikhikhikkk . Banyak betul rumpun serai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terlebih bajet tu pasai la kena tunggu setahun baru nak cabut! mihmihmih.

      Delete
  3. Seronoknya... Rindu kg halaman... Huhu

    ReplyDelete
  4. ohhh ok... dayat x suke katak..huhu

    ReplyDelete
  5. serai...ada dlm plan nk tanam kat blakang umah ayah kt kg. time musim raya sangat hangat dipasaran ni...
    jgn lupa tanam daun kunyit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serai ada, daun kunyit ada, tebu anjung pun ada hehehe. Tapi, kunyit tak jual la (^_^)

      Delete
  6. Berbudi dengan tanah mmg tidak merugikan.. Alhamdulillah.. rezeki..

    ReplyDelete
  7. wah tanam serai, senang la nanti bila nak guna, xpayah susah-2 beli dah..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.