Kita Merancang Allah Jua Yang Menentukan.

Friday, November 01, 2013

Assalamualaikum!~

Kadang-kadang bila kita diberi kenikmatan untuk merasa seronok, kita mungkin akan alpa dengan kemungkinan yang bakal berlaku pada orang di sekeliling kita. Makanya, bila kita alpa dan leka dalam dunia yang penuh keseronokan, kita cenderung untuk tidak menghargai nikmatNya.

Petang tadi tadika telefon maklumkan pasal adik. Rupanya adik nangis-nangis tak boleh tidur tenghari tadi. Aku tanya kenapa? Cikgu kata adik cakap telinga adik sakit. Cikgu cakap badan adik pun dedar sikit. Aku dah agak dah ini kes selsema + batuk = jangkitan kuman kat telinga. Begitulah setiap kalinya ...! 


Last time kakak adik terkena jangkitan kuman kat telinga ni masa kat Melaka. Doktor tu bagi ubat antibiotik. Alhamdulillah, mereka sembuh. Tapi, takkan aku nak bagi diaorg makan antibiotik setiap kali? Doktor tu pun cakap, kalau selsema + batuk diaorg sembuh maka tiadala jangkitan kuman kat telinga. Kan lately cuaca tak menentu kat KL ni. Pagi berembun petang berhujan. Sedangkan orang dewasa pun boleh demam inikan pulak budak-budak.

Bila cikgu dah telefon bgtau adik tak sihat, aku yang masih kat opis dah jadi tak keruan! Langsung mood keje kelaut. Kereta pulak Pak Jelan yang guna, nak taknak aku terpaksa mintak Pak Jelan datang PJ amik anak-anak. Kalau tak serius cikgu tak telefon....!

Dan, kerna adik tak sihat maka aku terpaksa batalkan hasrat untuk hantar simpul kasih yang telah diorder oleh kawan lama. Dah seminggu lebih kami planning nak jumpa, maklum la dah lebih 10 tahun tak jumpa. Mujurlah dia memahami kesulitan yang kuhadapi ... terima kasih Ina.


Semoga cepat sembuh ye sayang....

Nak gelak jugak rasanya tengok gelagat adik yang tidur dengan repot kad dia. Setiap masa dipegangnya repot kad tu, dibawa ke hulu ke hilir. Kadang-kadang dibeleknya nombor-nombor kat dalam tu. Bila tengok berderet 'A' maka excited la adik sambil cakap kat ibu "ibuuu tengok ni .. adik dapat banyak 'AAAAAAAAAAAAAAA'"

Ya Allah.... ku mohon Kau lindungilah anak-anakku selalu.

You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. comel je pakai cool fever sambil pegang report card. pandai ni nanti dah besar. hehe.. papepun, semoga sihat cepat..

    ReplyDelete
  2. Moga adik cepat smbuh... tahniah buat adik sbb dpt kputusn cemerlang...

    ReplyDelete
  3. comelnya die..get well soon ya ;)

    ReplyDelete
  4. Amin =) harap Allah melindungi la anak2 akak..btol tu kak, Allah la sgalanya, Dia thu yg terbaik, hu3 tido dgn report card tu..

    ReplyDelete
  5. apalah daya kita si hamab ini..semoga cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  6. semoga anaknya dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

    ReplyDelete
  7. Tahniah.. semoga cepat sembuh juga.. aamiin..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM