Lepas Geram - Part 2

Wednesday, November 20, 2013


Assalamualaikum!~


Kali ni kenit nak lepas geram! Dengan sapa lagi kalau bukan ngan mak! Kenit geram ngan mak .... sebab mak pandai masak! Pastu mak suka masak tuk kami. Pastu mak masak sedap pulak tu! Tu yang paling kenit geram .... grrrr! Tapi, geram kenit pada mak bukan geram nak gaduh ye. No no no no no ...berdosa tau gaduh ngan mak. Tak mo cenggitu ye hehehe.

Minggu lepas kenit balik kampung. Dah lama tak balik jenguk mak abah. To be exactly, 3 months! Last balik time raya puasa aritu. I missed them so much! so kenit cakap ngan Pak Jelan cukup-cukup la buat part time tu, moh kita balik kampung jumpa mak abah pulak!

'sasaran' dikenalpasti mihmih~

Tiap kali balik kampung, tiap kali tu jugak kami adakan 'korban'. Orang lain buat sekali setahun time raya aji, kami buat setiap kali balik kampung hehehehe. Mak sanggup tak mo juai ayam dia kalau dia tau anak-anak nak balik kampung. Siap boleh bedak-bedak (simpankan) ayam tu lagi, yang mana dah boleh dimakan atau belum. Itulah mak kami .... mak kenit dunia akhirat. Sayang mak ...!

'Sasaran' kali ni, sekor jantan sekor betina hehe. Tengok ayam jantan kat atas ni, mata pun tak nampak dah sebab jambul dia berat sampai jatuh atas muka bahahahaha. Nak tangkap ayam ni punyer la senang! small the pieces omputih kater. Dengan rela hati dia 'menyerah' diri kat mak, takyah kenit susah payah nak kejor hehe.


Yang dalam reban ni ekslusif sikit.  Kebanyakkannya ayam tak cukup umur dalam ni
muehehehehe!

Sumer pakat nyorok blakang pokok kelapa ...takottttt kena tangkap ngan mak! ekekekeke.

Hari tu 2 ekor kami 'korbankan'. Setiap kali nak sembelih ayam, Pak Jelan pasti akan jadi pembantu kepada abah hehe. Abah kata, nak pegang ayam kena ada cara dan adabnya. Jangan main kopak je kakinya. Jangan pegang kuat sangat sampai patah tulang kakinya.



Owwhhh .... gitu ghupernyer!

Gagah perkasa sambil pegang ayam ekekekeke.

Abah kata nak 'turunkan' ilmu sembelih ayam kat Pak Jelan, tapi Pak Jelan kata tak bersedia lagi ... ceh! nak sembelih ayam pun kena ada tempoh bersedia ke? hehehehe. Makanya, Pak Jelan tolong pegangkan ayam je la ye hehehe.


Mengadap kiblat bersama pisau yang tajam. Kena betul-betul cari
uratnya baru boleh disembelih. Jangan lupa bismillahnya.

Rebah ke bumi.

Sementara tu, kaum wanita (kenit & mak) sediakan air panas di dapur untuk celur ayam kampung ni. Sesi mencabut bulu pun bermula....

Buang isi ayam. Part ni mak la yang expert.

Celur ngan air panas

Pak Jelan jugak yang kena cabut
 bulu ayam hehe.

Biasanya, kenit sama2 join cabut bulu ayam. Tapi, aritu kenit bagi chan kat Pak Jelan hehehe. Orang lelaki cabut cepat sikit habis mihmih. Disebabkan sekali dua ekor 'tumbang', maka mak kata sekornya masak sup ayam sekor lagi masak kari ayam.


Tadaaaaaaa ....!!
 sup ayam kampung fresh from the reban
weeeeeeee~

Tapi, kari ayamnya tak sompek den nak tangkap gambo pasal dah lapo kedarah sangat! hehehehe. Tak habis lagi sesi melepas geram ngan mak ni. Nantikan sambungannya ..... yeee haaaa!

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. kalau masak lemak cili api pun terangkat ni kenit, pas tu goreng ikan masin...perghhh memang melets dan terbaiklah ...ok ok akak bayangkan lepas bersalin dan lepas pantang nanti barulah bercita2 makan...wakakakaka....

    ReplyDelete
  2. sedapnye ayam kampung..panjang lebar dia bercerita..teruja baca..

    ReplyDelete
  3. wah besar la reban ayam tu kak
    tau x mak yumida siap de ayam peberet lagi
    syg bena dia ngan ayam tu
    dah tu ayam tu pun pandai bermanja
    pandai berdiri kat bahu mak yumida..kelakar je tengok

    ReplyDelete
  4. Wah.. sedap ayam kampung sendiri tu.. confirm fresh... Tahniah buat mak kenit.. :D

    ReplyDelete
  5. Perghhhhhhhhhhh!!! terbaik!!! :D Btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi =)

    http://santanmanis.blogspot.com/2013/11/pengalaman-sepanjang-berada-di-ktho.html

    ReplyDelete
  6. sedapnya sup ayam tu, terasa lapar pulak..hehe

    ReplyDelete
  7. dah lama tak rasa ayam kampung.....lembut isinya....

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM