Lepas Geram - Part 3

Friday, November 22, 2013

Assalamualaikum!~

..♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸Saaaaatu .... kasih nan abadi tiada tandingi Dia yang satuuuuu
Duuua ... sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya iibuuuu
Tiiiigaaaa...lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayahhhh
Emmmpat...mudah kau ketemu berhati selalu beza antara kasih dan kekasih...♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸


Tetiba rasa nak nyanyi pulak hehehe. Haa dengar tu, abg Aris kata 'lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah'. Setianya abah yang tahu apa yang anak-anak dia suka makan. Lepas puas lepas geram dengan ayam kampung, abah beli pulak sotong untuk lauk esoknya.

Makanan ni memang feveret kenit sejak dulu lagi. Ada yang kata asal makanan ni dari Terengganu, tapi kebetulan memang arwah nenek kenit berasal dari Terengganu. Bila ikut suaminya berhijrah ke Melaka, arwah nenek la yang memperkenalkan makanan ni pada anak-anak dan menantunya.


Boleh agak tak nak buat apa ni? (^_^)


Sumbat mak jangan tak sumbat hehehe

Pastu kita cucukkan lidi di ujungnya


Siapppp! eh kena masak duluuuuuuuu ...!

Begitula ghupernyeeeeee. Belum siap lagi ni, kena masak dulu. Kacang goreng je nak buat makanan ni ghupernye ye hehe. Tapi, air tangan mak manakan sama dengan air tangan sendiri. Camner pun mesti nak merasa yang mak masak jugak betoi dak?? betoi dak??

Masak pulut --> basuh sotong --> sediakan lidi pendek --> sumbat pulut dalam sotong --> cucuk ujungnya --> masak dengan santan & halba --> secubit garam menambah perisa --> dah siappp!



Dan hasilnya.....

v
v
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v
v
v


Tadaaaaaa! sotong sumbat terbaikkkkkkkk!

Itulah penangan air tangan mak hehe. Sotong sumbat dibuat dengan kasih sayang akhirnya selamat 'bersemadi' dalam perutku hehehe. Punyer la senang, punyerlah sedap! 5 ekor kenit bedal aritu. Yang lain dapat sorang sekor je mihmihmih. 

You Might Also Like

22 pengomen comel

  1. apa yg geramnya kak? makan je la... hehehe...

    ReplyDelete
  2. perghhhh ! jap-2 *telan air liur* .. betul kan , even kita belajar masak n ikut resepi sebijik mcm mna yg mak kita ajar , tapi masakan mak tu lagi sedap drpd kita masak . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn ... memang takleh celen mak kita masak hehe :D

      Delete
  3. salam sis wah rindulah nak berbalas komen kat sini huhu...

    owh tak pernah lagi makan,selalu tengok kat tgnu kite tv3.macam sedap je.kat sini ntah mana nak cari huhu.

    p/s-->tq sis selalu singgah komen.nanti kak lea free singgah sini lagi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak lea gojes hehe.. rindu kak lea jugak. Terima kasih sudi singgah. Orang ganu panggil tupa sutong kot hehe ...tapi lebih kurang sama la konsepnya ngan sotong sumbat hehehe :D

      Delete
  4. Adoyaiii sha nih mak mertua jer yang slalu buat.. sha reti makan jer hehehhee Terliur nengok sotong tu berenang2.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama la mysha hehe, kalau bab makan memang pro tapi nak membuatnya serahkan pada yang benar2 pro ... iaitu mak! mihmih :D

      Delete
  5. Sy tengok yg geram kt sini.. laparlah pulak.. terbaik!!.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kenit tengok pun lapar balik ni :D

      Delete
  6. tak pernah rasalah kenit, pernah tengok sekali hari tu kat blog siapa ntah, dah lupa tapi nampak macam menarik dan nak rasa juga, rasa macam mana kenit? boleh cerita tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe dear, pas pantang nanti insyaAllah Farah boleh merasa. Tapi, nak cari kt KL memang susah kot. Allahuakbar, tak tahu camna kenit nak gambarkan rasanya hehehe....tapi memang sedap la dear. Ada kombinasi rasa pulut dan kemanisan sotong. Masak plak ngan santan so ada rasa lemak-lemak sikit la :D

      Delete
  7. bestnyer ! CN dpat mkn bnda ni kalau housemate orang kelantan bawak balik dari kampung jer, tak jumpa kt banting benda ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye CN, kita jarang nak jumpa makanan ni kat KL atau di bandar-bandar besar. Kalau ada pun, tak kena plak ngan selera kita hehe. Jadinya, yang mak masak jugak jadi idaman hehe :D

      Delete
  8. Replies
    1. wah ramai peminat sotong kat sini ye hehe :D

      Delete
  9. tak pernah rsa lagi ni..nanti belanja fiza ye kenit..boleh?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM