Pahang Atau Kelantan?

Sunday, November 03, 2013


Assalamualaikum!~

..♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸Yang mana satuuuuu...
                            Idaman kalbu....♬´¯`♬¸¸.♩..

Bola! bola! bola!Sumer orang excited pasal bola! Ada apa ngan benda bulat tu ha? hehehe. Tapi, itulah penangan bola sebenarnya. Disebabkan bola, bermacam insiden berlaku sebelum tu. Dengan insiden gaduhnya, berebut tiketnye, tiket tak cukupnya, tiket habis cepat tak masul akalnye dan bermacam lagi insiden. PRK Sg. Limau pun jatuh ranking disebabkan perlawanan bola yang bakal berlangusung malam ni. Nampak penangan bola disitu? hehehe.




Kenit jarang sangat nak komen pasal bola ni. Rasanya ni 1st entri ever kenit kongsi pasal Piala Malaysia. Tapi, disebabkan FINAL malam ni melibatkan negeri2 Pantai Timur, maka kenit pun taknak lepaskan peluang untuk merasai suasana hangatnya . Chewahhhh! 

Now soalan WAJIBnya ... "Pasukan manakah bakal menjadi juara Piala Malaysia 2013?". Kebanyakan peminat tegar bola sepak tanahair tentu dah ada jawapan masing-masing kan. Siap dengan statistik rekod permainan pada musim2 lepas, dengan ulasan kekuatan pemain dan benteng pertahanan masing-masing. Tentu korang dah buat study awal2 pasal benda ni hehehe. 

Tapi, kalau korang tanya kenit siapa pilihan kenit malam ni... kenit tak boleh bagi jawapannya sebab kenit pun tak tahu nak pilih mana. Kene nyanyi balik lagu di atas hahahaha. 

Bila kenit tanya Pak Jelan siapakah bakal juara malam ni? dia pilih PAHANG. Sebab apa? Sebab anak-anak orang Pahang ekekeke. Adoiii macam tu pun ada ka??? Keluarga kami keluarga 'segitiga'. Sorang Perak, sorang Selangor, lagi dua orang Pahang sejati hehe.

Tapi, kalau dilihat dari rekod-rekod dan pencapaian pada musim lepas, KELANTAN mungkin menjadi pasukan feveret apatah lagi peminat setia mereka. Kenit tak boleh nafikan rekod baik pasukan ini. Pencapaian yang baik dengan semangat berpasukan yang tinggi mungkin memberikan 'lampu hijau' kepada pasukan KELANTAN untuk beraksi lebih baik pada malam ini.

Pastinya malam ni mata akan bertumpu ke arah padang Stadium Shah Alam. Kalau tak dalam stadium, kat warung mamak kat restoran kat padang terbuka ataupun paling sempoi depan tv masing-masing. Haihhhh malam ni jugakla kami pun kene teman Pak Jelan melayan bola hehe.

Sekali lagi, siapakah pilihan kenit tuk juara PIALA MALAYSIA 2013? Hurmmm ... kenit tak koser la nak beramal-ramal ni. Kita tunggu sampai game habis je la yek ekekekeke. 

Hogoh Tok Gajah Hogoh!
vs
Gome Klate Gomo!

p/s: siapa pula juara pilihan korang? share-share le (^_^)

You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. hehehe... dayat singgah sini nak menabung ehh...sorry x minat bola :) salam singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh takpe datang menabung pun dialu2kan juga hehehehe :D

      Delete
  2. heee..yeay!pahang menang:) tahniah buat pasukan pahang & tahniah jugak buat pasukan kelantan! pantai timur tetap dihati,cewah;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tahniah tahniah pada Pahang. Dan syabas pada pasukan Kelantan, begitulah adat permainan kan nana :D

      Delete
  3. Replies
    1. Berbaloi hubby kenit sokong Pahang ekekekeke

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM