Breaking

Monday, November 04, 2013

Pahang Menang Tahniah Kakak Adik!


Assalamualaikum!~

Morning glory everyone! Eh ape kene mengena Pahang menang semalam dengan kakak adik plak ni? Teeeeetiibaaaaaaaaaaa! hehe. Diaorg bukan tengok sangat pun bola malam tadi, sibuk berlari kuar masuk bilik mihmihmih. Tapi, kira ok la tu kan ... diaorg kan lahir kat Pahang so, ada bau-bau bacang sikit la kat situ ekekekeke. 

Amboiii kemain lagi Pak Jelan semalam ... naik tocang la sebab Pahang menang kan hehehe. Jika sebelum perlawanan bermula, ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal juara Piala Malaysia 2013. Pahang atau Kelantan?  Dan, malam tadi jawapannya telah kita ketahui.

Akhirnya, penantian pasukan Tok Gajah berakhir malam tadi apabila menjuarai Piala Malaysia 2013 setelah lebih 21 tahun menunggu. Wow! lama tuuuu.... syukur alhamdulillah rezeki.


Matias Ruben Conti menjulang piala kemenangan.

Tapi, bila kenit baca status-status di FB malam tadi, rata-rata sahabat merungut dengan layanan pengadil terhadap pasukan Pahang. Pak Jelan pun mengomel sorang-sorang, tang pasukan tu pengadil ok je, kene pasukan ni tak boleh plak hehe. Walaubagaimanapun, kedua-dua pasukan telah beraksi dengan baik dan penuh semangat. Walaupun beberapa kali percubaan di depan tiang gol oleh kedua-dua pasukan banyak kali tersasar namun akhirnya satu gol emas berjaya membolosi pintu gawang Kelantan pada minit ke 58. Chewahhhh! macam pengulas sukan pulak dah bunyinye hehehe.

Dan, jaringan tersebut disempurnakan oleh pemainnya, Matias Ruben Conti yang menjadi hero bagi pasukan Pahang pada malam tersebut. Syabas Pahang! Tahniah juga pada pasukan Kelantan kerana memberikan saingan yang hebat dalam perlawanan semalam. Semoga kedua-dua pasukan terus maju dan sukses dalam sukan bola sepak negara.

Tahniah juga pada kakak dan adik kerana pasukan Pahang menang semalam ekekekeke. Boleh ke cenggitu?? (^_^)

12 comments:

  1. tahniah kepada pasukan pahang... ^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah buat pahang
    tahniah jugak buat adik n kakak..hihi
    mamanya pulak sokong team mana...kikiki..
    isi tabung nuffnang sini-inti international university

    ReplyDelete
  3. tahniah buat Pahang...dan koi dpt cuti hari ni...hu3

    ReplyDelete
  4. tahniah. yg anak kelahiran pahang tu..cuti panjang la ye..untungla...daku jugak kene kerje...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat pasukan pahang & syabas juga kpd Kelantan diatas semangat kesukanan yg tinggi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.