Breaking

Wednesday, November 06, 2013

SENARAI 27 PEKELILING PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN


Assalamualaikum!~




Akhirnya, senarai pekeliling yang sahih dari JPA telah dikeluarkan. Sebanyak 27 pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan bagi penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas.

Kebanyak skim perkhidmatan yang diupgrade akan menikmati kenaikan gred jawatan dan opkos la... kenaikan gaji! Anda boleh menyemak samada anda termasuk dalam golongan yang bertuah ini di {SINI}.


Antara skim perkhidmatan yang menikmati penambahbaikan tersebut adalah : 
  • Perkhidmatan Pensyarah Farmasi
  • Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam
  • Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik
  • Perkhidmatan Guru Bahasa

Selebihnya, anda boleh semak sendiri ye.

Difahamkan, pekeliling-pekeliling tersebut berkuatkuasa pada bulan November 2013. Kemungkinan besar, mereka yang terlibat akan terima gred jawatan baru dan gaji baru pada bulan Disember 2013. 

Sehubungan itu, blog CUEPACS {SINI} telah dibanjiri oleh komen-komen dari penjawat awam lain yang rata-rata mereka tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan kerajaan berhubung perkara tersebut. 

sumber : jpa

P/S: Dah bertahun kami 'fight' untuk minta upgrade tapi macam tak dipandang. 

16 comments:

  1. salam... boleh saya tahu ...anda jawatan ape ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ... kenit dari gred C. Jawatannya ...biarlah rahsia ihik ihik~

      Delete
  2. wah beznye
    perkhimatan makin upgrade
    untung la mereka sape yg terkena
    rezeki mereka..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak untung sis, tu belum dapat lagi KGT. Campur ngan KGT tahun depan....masyukkkkkkk!

      Delete
  3. kita tak taw pasal ni..hehe salam kunjungan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe salam ... terima kasih kerana sudi berkunjung ye ika :D

      Delete
  4. Gaji naik campur bonus awal tahun depan memang masyuk la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bonus tak gempak sangat bro, tapi kalu gaji naik means KGT pun naik ... means... kayo den! kayo den! hahaha bukan kenit yang kayo, diaorg yang terlibat je kayo hehehehe.

      Delete
  5. Tunggu dan lihat... Rasanya dh lama dh isu ni kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lama dah ... KP silih berganti tapi yang dipohon yang diidam masih tak dapat lagi hehe.

      Delete
  6. Skim farah mmg xde.. boleh tgk jer la..hehehe

    ReplyDelete
  7. Kami kakitangan yg berpangkat rendah ni menyuarakan perasaan yg lega sikit,kerana kerajaan malaysia menambahbaikan Gred kumpulan kami yg rendah ini.sekurang2nya legalah sikit.tk kepada pihak cuepecs dan Dato Najib.

    ReplyDelete
  8. terimakasih pada Dato Najib dan Cuepecs kerana menaikan Gred kami yg rendah ini,kami dh lama menunggu.

    ReplyDelete
  9. Betul betul betul.. Macam best je... Macam best je... Emm

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.