Breaking

Thursday, November 07, 2013

Sheikh Ahmad Deedat


Assalamualaikum!~

Sebelum kenit memulakan bicara tentang beliau, dapatlah kiranya kita semua menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada beliau semoga sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan beroleh ganjaran syurga di atas segala usaha dan sumbangannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhannya...al-fatihah.

Bila menyebut nama 'Sheikh Ahmad Deedat', perkara pertama yang kenit bayangkan adalah seorang lelaki tua yang berserban putih dan mempunyai janggut putih yang kemas dan rapi. Wajahnya suci dan sentiasa tersenyum. Percakapannya lembut tapi tegas dalam menyampaikan maksud. Tubuh yang makin dimamah usia, namun semangatnya lebih tinggi dan membara dari orang-orang muda. Penyampaiannya tegas dan 'membunuh' namun hatinya tulus menunjukkan kebenaran. I'M A HUGE FAN OF HIM. Allahuakbar...!


Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat

Pertama kali kenit menonton video ceramah beliau, sejak itu kenit 'jatuh cinta' dan sangat mengagumi dengan bakat dan anugerah yang Allah kurniakan untuk insan terpilih ini. Kenit seolah-olah ketagih untuk mengikuti setiap video ceramah beliau di Youtube.

Penyampaian beliau amat straight-to-the-point dan berani untuk menegakkan kebenaran menyebabkan dia sangat digeruni oleh 'musuh-musuh' Islam ketika itu. Beliau gemar menggunakan Bible sebagai rujukan untuk 'menundukkan' hujah lawan sehingga beliau dikenali sebagai Bible Scholar. Ini boleh dilihat dalam siri-siri debat/forum beliau bersama paderi-paderi Kristian yang cuba memesongkan orang ramai dengan ajaran dari Bible yang dilihat banyak kontradaksi atau percanggahan.




Antara video pertama Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat yang kenit tengok adalah debat antara beliau dengan pastor dari Amerika, Jimmy Swaggart yang bertajuk Is The Bible God's Word? sangat menarik hati kenit untuk terus 'melekat' dan mengetahui tentang apa yang terkandung dalam kitab orang Kristian itu. Memandangkan kita, umat Islam tidak didedahkan dengan apa yang terkandung dalam Bible, maka melalui video debat antara Allahyarham Ahmad Deedat dengan paderi tersebut, kenit dapat mengetahui apa sebenarnya yang terkandung dalam Bible.

Memang kita tidak digalakkan membaca kitab Bible, ada yang kata jangan sembarangan atau suka-suka nak baca kerana jika tak kuat iman, akidah akan mudah terpesong. Ada juga yang mengatakan, tidak perlu kita melihat apa yang ada di dalam Bible dan tidak perlu kita mengkaji atau mempelajari kandungan kitab itu, kerana ia akan mempengaruhi pemikiran dan hati kita. Kenit tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata ini, wallahualam. Tapi, tahukah anda orang non-muslim yang ingin mengetahui tentang Islam dan orang Islam, mereka akan kaji melalui kitab kita, al-Quran. Jadi, pendekatan yang diambil oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat ini sangat membantu kenit untuk lebih mengenali apa yang ada dalam Bible tersebut ... bukan untuk mengikutinya tetapi sebagai kesedaran pada diri kita bahawa sesungguhnya, tidak syak lagi al-Quran itu adalah dari Allah s.w.t dan tidak akan pernah berubah walau satu ayat, walau satu baris seperti yang berlaku pada Bible hari ini.

Kenali Sheikh Ahmad Deedat

NamaAhmed Hoosen Deedat

Tarikh Lahir : July 1, 1918 

Tempat Lahir : Dilahirkan di sebuah daerah kecil di Surat, India.

Ringkasan sejarah : Ketika berumur 9 tahun, beliau mengikuti ayahnya berhijrah ke South Africa, namun ibu dan adiknya tidak ikut bersama. Beberapa minggu selepas itu, ibunya meninggal dunia di India. Kehidupan beliau bersama ayahnya tidak banyak berubah memandangkan ayah beliau seorang yang tegas dan garang. Disebabkan itu, beliau mula memupuk minat membaca untuk mengisi masa lapang dan sebagai hiburan. Beliau merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya kerana berjaya habis darjah 6, walaubagaimanapun hasrat untuk melanjutkan pelajaran terbantut kerana masalah kewangan ketika itu. Maka, beliau terpaksa berhenti sekolah dan mula bekerja pada usia 16 tahun. 

Buku pertama yang menarik minat beliau bertajuk "Izhar ul-Huqq" (Truth Revealed) yang ditulis oleh Rahmatullah Khairanawi mengenai usaha penyebaran agama oleh mubaligh-mubaligh Kristian di India pada awal kurun, dengan sering menuduh bahawa Nabi Muhammad s.a.w "menggunakan pedang" untuk mengajak orang lain memeluk Islam. Tuduhan tidak berasas itulah yang menyebabkan beliau pantas menyahut cabaran dan mula memupuk minat terhadap bidang comparative religion atau perbandingan agama.

Pencapaian : 
  • Merupakan ulama terkenal di dunia dalam bidang perbandingan agama. Beliau juga adalah pengasas merangkap Presiden kepada Islamic Propagation Centre International (IPCI) yang berpusat di Durban, Afrika Selatan.
  • Mendapat anugerah King Faisal International Award pada tahun 1986 atas jasa dan sumbangannya terhadap Islam. Walaubagaimanapun, tiada sebenar-benar anugerah yang boleh membandingkan pencapaian dengan semangat beliau terhadap agama Islam. 

Bagi yang pernah mengikuti siri-siri video beliau di Youtube, anda mungkin sependapat dengan kenit bahawa beliau merupakan 'Singa Islam' yang sangat digeruni oleh mubaligh-mubaligh samada dari pangkat Pastor sehinggalah ke Bishop. Beliau tidak menggunakan al-Quran untuk menolak hujah lawan, tetapi menggunakan sendiri ayat-ayat dalam Bible untuk membuktikan kebenaran bahawa Bible itu telah 'dicemari' oleh tangan-tangan manusia. 


Anugerah

Hakikat seorang dai'e, sebagaimana beliau disenangi kawan, begitu jugalah beliau dicemburui dan dibenci oleh lawan-lawannya. Pengetahuan beliau tentang isi kandungan Bible sangat baik menyebabkan lawan beliau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. 

Kemuncak perjalanan dakwah beliau adalah pada tahun 1986, apabila beliau dianugerahkan King Faisal International Award 1986 atas menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam Islam selama lebih 40 tahun.




Ya Allah, besar sungguh jasa dan pengorbanan insan istimewa ini terhadap agama yang dicintainya demi untuk menerangkan kepada kita bahawa kebenaran ada di depan mata, hanya kita perlu baca (al-Quran) dan sampaikan pada yang lain. Semoga Allah mengganjari setiap langkah beliau, setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau dan setiap kebaikan yang beliau lakukan dengan sebesar-besar pahala...aaminn.

sumber : SINI, SINI






6 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.