Friday, January 10, 2014

# Cerita My Pearls # Petua

Ayah Bikin Havoc!


Assalamualaikum!

Hari kedua (8hb) kakak MC dan ayah kena gi outstation ke Kuantan. Jadi, ibu amik cuti sehari lagi untuk jaga kakak adik. Mujur lah ayah gi balik hari je huhu. Bengkak di bahagian buku lali sudah surut walaupun tak sepenuhnya. Seperti kata doktor, kakak dinasihatkan berehat di rumah selama 4 hari ni. 

Satu perubahan positif yang ibu nampak, kakak dah boleh berjalan!! alhamdulillah....! Hari pertama kena, langsung kena dukung ke hulu ke hilir kot! Risau ibu tak tentu arah tengok anak ibu takleh jalan cam biasa T__T.


Dalam pada berehat tu, ibu suruh jugak kakak gerak-gerakkan kaki tu sikit untuk kasi darah jalan. Tak mo 'manjakan' sangat kaki tu. Agak-agak kakak boleh pijak lantai sepenuhnya kira ok dah tu. 

Sambil-sambil tu ibu sapukan ubat krim yang doktor bagi. 

"panas bu ... panassss!"

"nak buek cano layi ... memang ubek ni panas la. Naik baik copek tak??"


Kurang dah sikit bengkak tu ..... 

Petang tu ....

Papaku pulang dari Kuantan
Papaku belikan roti vanilla
Habisku sebat dengan adik
Tak sempat bawa ke sekolah


Hahaha. Ni lagu ibu cipta untuk kakak adik. Roti yang ayah beli habis korang sebat senyap2 dalam bilik. Takpe sayang, ibu tak heran tang roti tu. Yang ibu heran ayah tu ....Tetiba tengok kaki anak .... tetiba panik!

...... tapi yang musykilnya macam lebam je kat bahagian buku lali tu.
Apekah???

"Eh, ni apesal lebam ni? camne boleh lebam ni hani?"

"Dah dia banyak berjalan. Takde ape la tu"

"Klinik kesihatan tu buka sampai kul 9mlm kan? jom gi bawa anak jap. Ni takleh biar ni. Suruh doktor buat x-ray ke? Lebam lain macam je ni"

Risau benar ayah pada kakak. Tengok tu, ayah sayang kakak tau dak. Mujurlah mata ibu yang rabun ni cekap melihat papan elektronik kat Klinik Kesihatan tempoh hari. Dia kuar mesej "Klinik Kesihatan Kg Pandan akan beroperasi dari jam 5pm hingga 9pm".



Doktor pernah cakap, kalau dalam masa 3 hari kaki anak tak baik juga, bawa anak datang sini (klinik) semula untuk pemeriksaan lanjut. Ni baru hari pertama, ayah dah bikin havoc! hehehe ayah ... ayah....

Dengan yakinnya, kami gerak lepas solat maghrib. Tapi, yang ibu tak berapa nak yakinnya ade ke orang buat x-ray memalam ni? hahaha. Kakak berjalan selamba macam dah sihat bebenor. Ayah nak dukung tak nak pulak tu, gigih jugak berjalan walau perlahan. That's the spirit!


Sampai-sampai kat klinik, bagi apa yang patut kat reception. Tetiba ayah request check blood pressure .... apekehei? Kata ayah, ada masa ayah rasa pening-pening, nak tahu gak la kot-kot ada kaitan dengan darah tinggi ke ape. Alhamdulillah bacaan BP ayah 110/60. Senyum sumbing ayah .....

Kakak memang seorang anak yang tak reti duduk diam. Selain demam, tak ada apa yang boleh halang kakak untuk bergerak dan bermain dan meneroka tempat lain hehehe. Terkontrol-kontrol ibu menahan suara suruh kakak duduk diam. Haihhh...T__T


"Kakkk ...duduk diam kak"

"Kak ...haippp mai sini duduk!"

"Duduk kakkkk..kaki awak tu belum elok lagi" - ayah

Dah kena jegil mata ngan ibu barulah nak duduk!
T___T

Dalam bilik doktor, ayah ngan kakak je yang banyak bercakap ngan doktor. Ibu dok jaga adik yang juga tak reti duk diam! Habis sumer barang nak dicekaunya.

Doktor suruh buat beberapa test kat kaki kakak. Asal boleh pijak itu dah kira positif la. Cuma urat je yang terseliuh ni. Fuh! lega ayah hehehe.


Doktor bukan nak babab kakak, tapi suruh kakak tegakkan jari kaki
hehehehe

"Hazwani ... budak baik kan. Lenkali takmo kasi kaki
bengkak ya"

-dialog imaginasi semata-mata-

Ayah suggest kat doktor suruh buat x-ray kot-kot kalau ada benda yang kita tak nampak ngan benda kasar. Risau nau ayah ye. Tapi, doktor yakinkan ayah kaki kakak takda ape la! Cuma kata doktor kaki kakak amik masa jugak nak pulih sepenuhnya T__T. Banyakkan berehat dan KURANGKAN BERGERAK. Jangan lupa sapu ubat panas yang doktor bagi dan selalu la rendam ngan air suam.


Baik doktor tu, dia ada bagi petua nak surutkan bengkak kaki kakak. Sapukan ubat panas doktor tu pastu rendam kaki dalam air suam untuk beberapa ketika. Ulanginya bila perlu. Rendam ngan air suam untuk pecahkan darah beku kat dalam tu. 

"Ohhh bukan air sejuk ke doktor?"

"Bukan .... rendam kaki dalam air sejuk masa on-the-spot kaki tu terseliuh"

"Ooohhhhhhhhhhhh......."

Balik dari klinik, ayah sapu ubat ibu pula amik air suam dan kakak rendam kaki dalamnya. Adik ... adik main renjis-renjis dipilis dengan air suam. Vevvuluuuuuu je ibu nengok adik tu! T___T


5 comments:

  1. Semoga dipermudahkan & semiga cepat sembuh.. aamiin..

    ReplyDelete
  2. kesian dia kan, bengkak kaki hari tu ek... semoga cepat sembuh tau..

    ReplyDelete
  3. alahai keisnnya..semoga cepat sembuh ya anak akak tu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates