Wednesday, January 15, 2014

# Maulidur Rasul

Cara Mengukur Cinta Kita Pada Rasulullah.


Assalamualaikum!


Jika ditanya sayangkah kita pada Rasulullah s.a.w? Pasti jawapannya sayang. Jika ditanya adakah kita mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan? Pasti jawapannya ada. Jika ditanya mahukah kita bersama Nabi Muhammad. s.a.w duduk di dalam syurga nanti? Tentulah itu yang diidamkan kita umatnya.

Inilah antara caranya kita mengetahui setinggi mana cinta dan kasih kita pada Allah dan RasulNya. Nak tahu? (^_^)




Di atas ni sebagai mukadimah. Yang ingin ditunjukkan yang di belakang tu, bukan budak comel di depan tu ye. Nampak tak apa yang berada di atas jalan tu??


Baru-baru ni kenit tumpang solat di sebuah masjid di luar KL. Lokasi sebenar biarlah dirahsiakan. Pak Jelan kata, setiap hari Jumaat ada jualan bazar di perkarangan masjid. Dan, inilah hasilnya selepas itu. 

Walaupun plastik sampah telah disediakan untuk mengisi segala sampah dan sisa makanan, namun masih kelihatan sampah bertaburan di tempat letak kereta di perkarangan masjid! 











Apa perasaan anda bila melihat gambar-gambar di atas? Marah? Kecewa? Tapi pada siapa? Mungkinkah yang melakukan ini ayah kita? saudara kita? rakan baik kita? rakan sepejabat kita? Ini bukan kawasan sekolah, bukan juga taman perumahan tapi ini masjid rumah Allah tempat beribadat untuk orang-orang Islam yang katanya cinta pada Allah dan RasulNya.

Lalu, dimana sebenarnya kita letakkan rasa cinta dan hormat kita pada Tuhan Sekelian Alam? Jika rumahNya berani saja kita kotorkan! Dimana Rasulullah s.a.w dalam hati kita? Jika sifat dan kebersihan yang baginda amalkan tidak kita praktikkan!


Dan, akhirnya pakcik ini lah yang mengangkat segala sampah di situ. Bukan soal ada atau tidak tukang kutip sampah, tapi persoalannya adakah kita pasti kita akan beroleh ganjaran syurga dengan hanya hadir ke masjid solat berjemaah tapi hakikatnya kita masih 'buta' untuk mengetahui masih ada lagi kekotoran pada 'rohani' kita? 

Ungkap cinta itu bukan cinta
Ungkap sayang itu bukan sebenar sayang
Teladani sunnah baginda itulah sebenar kehidupan.


8 comments:

  1. Hmm... Mmg memalukan... Sama2lh pikir sndiri kn...

    ReplyDelete
  2. tempat tb pon same..hurmm agaknye dorg xperasan kot..ntah laa

    ReplyDelete
  3. Adap sopan & kesedaran ttg kebersihan slalu sgt diperkatakan namun slalu juga dipandang sepi... selamat menyambut Maulidurrasul.. selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah saw..

    ReplyDelete
  4. Ermm yer la kenit.. pttnya kena la ada sama2 jaga kebersihan tempat tue.. ssh orang yang tak dak kesedaran sivik nie dear.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. banyaknya sampah merata-rata
    kebersihan harus dititikberatkan..kan kan
    menabung sini-rhb

    ReplyDelete
  6. Tanggungjawab diri. Nampak kecil tapi itu juga cerminan kepada akhlak kita.

    ReplyDelete
  7. kena ada kesedaran dalam diri sendiri......

    ReplyDelete

Apa kata korang?