Wednesday, January 29, 2014

# Ekstrim # Makanan

Kek Bersaiz Manusia Sebenar!


Assalamualaikum!

Lara dan Jack berselfie (sumber : Lara Clarke)

Imaginasi kreatif yang ohsem! WOW!!!! Gambaran tepat yang harus diberikan kepada pembuat kek amatur dari Brownhills, Lara Clarke. Beliau telah menghasilkan kek figurin karakter Jack Sparrow dari filem The Pirates of The Carribean yang berukuran 5 kaki 5 inci dalam satu pertandingan Kek Antarabangsa (Cake International) di Birmingham.

Beliau turut memenangi hadiah utama dalam pertandingan tersebut.



sumber : Lara Clarke


Pembuat kek amatur ini berkata, beliau telah lama menghasilkan kek seperti ini sejak dua tahun yang lalu dan menggunakan perwarna makanan sebagai salah satu bahan utama untuk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu.

Gadis yang berusia 27 tahun ini menghabiskan masa kira-kira 20 jam untuk membina lanun Sparrow dan 70 jam lagi untuk menyiapkan patung figurin itu.

'Jack Sparrow' (sumber : Lara Clarke)


'Kapten Jack Sparrow' dibuat daripada coklat, marshmallows, bertih beras dan ising, juga mempunyai struktur dalaman dari keluli tahan karat, paip PVC dan kayu.

"Jack Sparrow adalah kek yang paling besar dan paling mencabar pernah saya hasilkan," kata beliau.

Pembuat kek yang berbakat besar ini berkata beliau mempelajari teknik dan kemahiran dari video-video di YouTube dan rancangan TV.

"Sejak dari itu, saya tidak boleh berhenti." katanya.

Terbaru, Lara Clarke turut menghasilkan kek hari lahir bersaiz kanak-kanak dan ternyata keknya mendapat pujian dan sambutan positif dari peminatnya di laman sosial.

Lara bersama 'Alfie' (sumber : Lara Clarke)

sumber : Lara Clarke

Kek ini yang ditempah oleh Chantelle Rose untuk anaknya, Alfie Rose sempena sambutan ulangtahunnya yang keempat, dibuat sepenuhnya dari sponge coklat dan toffee buttercream.

Alfie dan 'Alfie' (sumber : Lara Clarke)


P/S: Jangan salah potong sudah hehe :D


sumber : metro.co.uk



14 comments:

  1. Pandainya dia buat... Memang sama sungguh. :D Nak jugalah!

    ReplyDelete
  2. kreatif betul si pembuat kek ni..

    ReplyDelete
  3. bukan salah potong je, takut mama nak makan kek serupa orang gini.. seram.. hihi

    ReplyDelete
  4. hebat! tapi macam tak lalu nak makan..huhu

    ReplyDelete
  5. memang berbakat. wonder rasanya camne hehe.

    ReplyDelete
  6. hahaha tak sanggup nak makan .heheh

    ReplyDelete
  7. Kreatif dan bbakat ! Nmpk real.. ^^

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum,...

    kreatif sangat2.. sampai mselim3 ingatkan orang tadi.. hehehe

    mselim3

    ReplyDelete
  9. serius tak sampai hati nak potong apa lagi nak makan... hehe

    ReplyDelete
  10. wah owsem.. memang superb.. sayang nak makan..

    ReplyDelete
  11. Pergh! memang kreatif, nak makan pun tak sampai hati pun ada. :)

    ReplyDelete
  12. Wahh.. mmg menarik.. kreatif...

    ReplyDelete

Apa kata korang?