Thursday, February 27, 2014

# Cerita My Pearls

Apa Nasib Si Snoopy?


Assalamualaikum!



Keje dua beradik time cuti sekolah. Bila homework dah siap, takda benda nak buat maka inilah keje dua beradik ni. Kalau dah pempuan tu, memang tak dapek lari dari makeup2 ni hehe. Lately, aku tak bagi diaorg main kat luar atau pergi main kat taman permainan kat blok E tu. Bukan apa, sekarang kan tengah hot dengan kes denggi ni, memang kena berjaga-jaga la setiap masa. Tempat aku ni pun dah 4 kes dah, itupun citer 2 minggu lepas.





Kesian si Snoopy kena 'makeover' dengan dua orang budak kenit ni. Nak dimarah kesian pulak. Dah la tak boleh main kat luar, takkan nak duduk macam orang bodoh je dalam umah kan. Tambah kakak yang tak reti duduk diam, lagi la dia tak boleh terima 'polisi' aku hehehe. Kita ni pulak, time rehat cuti Sabtu dan Ahad la kita nak pulun rehat pun. Kalau boleh nak baring je atas katil tu melunjur kaki rehatkan badan. Takdo maknonyo la!!



Diaorg ni, kalau time baik memang rapat macam belangkas. Tapi kalau datang angin 'kus-kus' dia, siap la ko! Sorang marah, sorang cubit, sorang tolak, sorang teriak. Yang aku pulak, kalau dah tak tahan sangat tu, standby kan aje penyangkut baju kat tangan hehe. Pastu senyap la diaorg .... tu pun sekejap je la!

Teringat dulu, mak ngan abah siap beli sebatang rotan buluh halus tu buat gantung kat dinding umah. Kalau aku nakal atau abang dan akak nakal memang kena zasssssss! Rasanya, orang-orang dulu mesti ada satu rotan kat umah kot. Pastu, aku tengok rotan tu rasa insaf jap nak buat dosa hehe.



Mira?? 'modal' besar dia adalah air mata. Tiap kali bergaduh ngan kakak pun, memang akan ada 'adegan' air mata dari Mira. Boleh lawan pelakon veteran ratu air mata tu rasanya, ape ntah namanya aku dah lupa. Setiap hari balik dari sekolah, soalan paling popular dia ....

"buuuu ..... esok ari ape? Sabtu ke?"

Setiap hari pun, dia tanya soalan tu sebab nak tunggu hari Sabtu hehe. Pasaipa? pasai dia nak cuti takmo gi sekolah. Faham sangat kerenah dia, tinggal di KL tapi sekolah di Selangor. Setiap pagi Isnin sampai Jumaat kena bangun pagi-pagi Subuh gajah dan mandi. Masuk dalam kereta sambung tido lagi .....




Apa jadi ngan Snoopy? Lepas kena 'makeover' aritu, tak pasti la apa nasibnya hehehe. Dah nama pun barang mainan kan. Sementara budak-budak kenit ni masih kecil dan masih suka bermain ngan anak patung, maka biarlah mereka main sepuas-puasnya. Nak diconteng ke, nak dikaler ke, nak digonyoh atau dilempar macam bola pun lantaklah! Besok dah besor takde dah nak simpan atau letak teddy bear sebagai hiasan. 



12 comments:

  1. nak tunjukkan kreatifnya diorang di mata ibu la tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab menconteng memang diaorg 'kreatif' hehe

      Delete
  2. Tu ler aktiviti yg baik ka rumah..
    Nak main kat luar mmg panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nk bg diaorg main tgh2 panas tu kak. Udara kering tk bersih skrg ni

      Delete
  3. Replies
    1. Salam sis. Terima kasih kerna sudi menyinggah sini :)

      Delete
  4. haha.. apa la nasib kan.. nak suruh mama nya beli yang baru la tu ^^

    ReplyDelete
  5. ada bakat jadi mak andam. hihihii

    ReplyDelete

Apa kata korang?