Tuesday, February 11, 2014

# Cerita My Pearls # Story Kenit

Begini Rasanya Jadi Ibu.

Assalamualaikum!

Minggu lepas dia meragam takmo gi sekolah sampai ibu kena buat soal siasat untuk tahu sebab sebenar dia takmo gi sekolah. Akhirnya, dapat jugak ibu bongkarkan segala!

Bukan mudah untuk memujuk anak yang hilang semangat nak ke sekolah. Kalau yang jenis cakap sekali terus ikut itu ok la. Membesarkan budak-budak sekarang banyak cabaran dan dugannya. Juga banyak sungguh pertanyaannya! haha.Sampaikan kita parents ni tak tahu nak jawab macam mana dah.

Minggu lepas, ayah dan ibu cuba untuk meyakinkan kakak untuk pergi ke sekolah agama. Pelbagai cara dan kekdah kami buat untuk memotivasikan kakak supaya suka pergi sekolah. Ada satu hari tu, ayahnya tetiba bermurah hati bagi duit belanja ekstra kat kakak. Whatever dia nak beli, kami izinkan. Dalam kepala dah terbayang anak aku mesti bawa balik buku kaler tak pun pensel tak pun pemadam!hehe.

Kami ingatkan dia beli makanan macam nugget ke, sosej ke, isi ketam ke (makanan yang dia suka makan) dan makan time rehat. Or something she fancies of like pensel barbie kaler pink ke, pemadam bentuk ladybird ke atau buku nota Winnie The Pooh ke kan.

That afternoon, lepas amik kakak dari sekolah agama mukanya senyum berseri. 

"Ibu...kakak tak nangis hari ni kat sekolah". 

" Good sayang .... that's my girl".

"Kakak ada sesuatu untuk ibu ayah."

Then she showed this two beautiful cards to me and to her father T__T



Satu untuk ayah....dan satu untuk ibu. 


Nampak sama kan tapi 'isi' dalam tak serupa hehe. Ok, kad je pun. Ni bukan kali pertama kakak bagi ibu ayah kad. Cuma, kad kali ni memang la tersangat cantiknya ...siap ada pasu bunga plak! 

Tapi, yang lebih sebaknya adalah isinya....
-
-
-
-
-
-
-


Speechless .... hanya mampu tersenyum dan mata bergenang dalam keharuan (terharu la!)



Ayah time baca ni, bergenang dah mata dia tu. Mulut tak boleh nak cakap apa hanya mampu tersenyum. Itulah ayah .... terkedu tergamam terkesima tengok 'kad cinta' dari anak hehehe. 

Serasa mau dipeluk kakak seerat-eratnya time tu. Really, tak tercapai dek akal ibu sendiri yang anak ibu akan buat macam ni!  Hilang segala penat dan marah padanya. Kami peluk cium kakak dan katakan terima kasih padanya sebab bagi kad ni pada kami. Lepas tu, kami tak berapa nak berborak dah laki bini, pasal masing-masing cuba kontrol ayaq mata dok bergenang tunggu nak jatuh ja!

Kakak,

Ibu ayah love you so much you can never imagine. You are our precious pearl till the end of time. May Allah bless your life with good blessings waddunia walakhiroh T___T. -ibu


Note : Tersengih tengok gambar diri sendiri pakai peplum siap ngan renda bagai dan skirt panjang pulak tu! hehe. Yang ayahnya rambut terpacak dengan bulu mata panjang! mihmihmih. 



11 comments:

  1. touching nya kenit..bila dpt rasa jadi seorang ibu nie..

    ReplyDelete
  2. sy yg bce pon terharu kak T.T cmni la perasaan seorg ibu yg mmbesarkan kte kan. huhu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah bijak nye dia.Tersentuh betul.huhuhu

    ReplyDelete
  4. Wahh.. saya baca pun touching.. tahniah!.. :) :)

    ReplyDelete
  5. Apa yang difikiran anak kadang sukar dijangka.. Nurul masih simpan kad yang anak dara tuliskan masa dia umur 10 tahun.. pernah sekali dia terjumpa kad tu, "ye ke ni kite yang tulissss?" dengan malu2.. ehehe

    ReplyDelete
  6. alahai pandai dia kak..cantik je lukisan dia
    kata2 dia pun menyentuh hati

    ReplyDelete
  7. Alahai... Touching plak kite... Huhu

    ReplyDelete
  8. Alahai... Touching plak kite... Huhu

    ReplyDelete
  9. Sebak sudah ni..terharu..love kids :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates