Monday, February 03, 2014

# Cerita My Pearls

Gelagat Mira


Assalamualaikum!


Suka sokmo orang KL arini ye, maklum cuti peristiwa sempena Hari Wilayah Persekutuan kan hehe. Tapi, kami yang keje kat Selangor ni lagi happy sebab jalan raya kosong umpama trek F1!Fiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! hehehe.

Tapi, arini aku gi keje nek LRT je. Dan, betapa aman damainya kami rasakan bila berada dalam LRT tu dari stesen Damai hingga lah ke Taman Jaya. Para penghuninya semua bersopan santun sambil terkatup-katup mata dek kesedapan tidur dalam kesejukan eykond! hehe.

Miratora datang lagiiiiii!

Lama dah tak cakna pasal si kenit yang sorang lagi ni. Minggu lepas sibuk settelkan hal kakak dia, jadi dia seakan-akan 'terpinggir' la sikit hehe. Takde maknanye!!! Ini budak tak kasi chan betul kalau kita nak manja-manja sikit ngan kakak dia.

Dalam kegedikannya itu, masih terserlah sifat ke-adik-an yang membuatkan kami laki bini terharu dan terhibur. Inilah budaknya yang suatu ketika dulu (masa baby) pernah terberak di pangkuan ayahnya bila ayahnya nak tukarkan pampers muahaha.


"ibu...jom menari samba!"

Dek hanya terlewat beberapa saat, Mira yang dah sakit perut tak tahan melantunkan najis di pangkuan ayahnya. Ibunya yang sedang dalam pantang masa tu yang duduk melunjur di atas katil hanya mampu tergelak sakan melihat keletah anak beranak itu.

Tertahan-tahan perut ibu menahan gelak bagi mengelakkan ketawa yang overdose!! muehehe. 

Ni samba pesen apa pun tak tau

Melihat ibu yang mengikik-ngikik ketawa, ayah yang sudah diberakkan anak tadi mula bersuara tanda tidak berpuas hati.

" Ini tandanya anak sayang bapak tau!", sambil menjeling ke arah ibu yang masih tersengih-sengih.

" Hahahahaha elok la tu, nanti berak lagi ye Mira", sambil sambung ketawa.


"buu....chacha pulak bu!


Bulan berganti bulan, tahun demi tahun dan Mira semakin membesar menjadi seorang adik yang comel dan lincah! Walaupun karakter mereka berdua berbeza, tapi setiap satunya mampu membuatkan kami laki bini tergelak dan tersengih bila mengenangkannya.


Ramai yang komen Mira lebih ikut rupa sebelah ayahnya dan kakak lebih ikut rupa sebelah aku. Mungkin ada benarnya, tapi tang rambut lurus tu tak tahu dari mana sebab kami semua pun tak berapa nak lurus hehe.

Antara perkara yang Mira suka buat ialah main cikgu-cikgu, bercakap, tengok kartun dan tunggu kakak balik dari sekolah.



Last week masa kakak ada kelas ganti di sekolah sempena cuti CNY, aku dan Mira lah yang menghantar dan mengambil kakak di sekolah. Teruja dia walaupun dia tahu esoknya dia tak sekolah, walaupun dia terpaksa bangun awal pagi dan ikut ibu ke sekolah.

Tarian angkat baju di jemuran

Dari jam 7.00am sampai pukul 1.00 tghari, kami berdua 'bermusafir' kat PJ tu. Balik umah?? jangan tempah bala dik non!! Sesak gile jalan time tu tau. Baik kami tunggu saja di situ. Hampir pukul 11.30am kami dah tercongok depan pagar sekolah kakak.

Dan, bila Mira takde keje nak dibuat .... inilah jadiknya!

Oohhhh dah habis....

Aikk! ade lagi ..... Abuuuuuugin!

mende pulok la ni nak oiiii!





Ballet pulok dohhhhhh!!

Oii! rapper ke ape ni?hehe 



Sekian, itulah saja gelagat Mira pada minggu lepas.
(^_^)


12 comments:

  1. ala la la la...comelnya dia kenit, dah pandai bergaya depan kamera dah ni...habislah... semua saham lain turun...ekekeke....

    *hari ni sampai office pukul 7 tepat... cun tak? kalau hari2 jalan macam ni memang heaven...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaahhh si kenit ni memang suka bergaya depan kamera mak dia hahaha. Jalan hari ni memang heaven terasa kan dear. Mujur la naik lrt je hari ni kalau tak teringin gak nak tekan minya kat Federal tu muehehe :D

      Delete
  2. huhuh comel je mira.Aktif betul ye dia.heheh

    ReplyDelete
  3. alala pandainya anak akak menari ekk..dah bujang dah anak akak

    ReplyDelete
  4. Hihii.. seronoknya dia.. comel.. :)

    ReplyDelete
  5. hahah, model apa tu nak oi.... cute sungguh... sape cameraman ni, ibu ekkkkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. model ni takda dalam kategori haha. Cameram cabuk adalah sapa lagi .... ibunya la! Kalau fotografer lain mau lari!! :D

      Delete
  6. dah pandai bergaya ..moga jadi anak yang solehah ....
    http://azahairi.com/2014/02/buat-duit-dengan-telepon/

    ReplyDelete
  7. comelnya dia semoga jadi anak solehah untuk ibu dan ayah nya
    http://azahairi.com/2014/02/buat-duit-dengan-telepon/

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates