Inilah Namanya Adik Beradik.

Thursday, February 06, 2014


Assalamualaikum!

Lumrah ... budak mana yang tak suka bergaduh. Tambah ngan adik beradik pasti ada kenangan bergaduh masa kecik-kecik dulu kan. Teringat zaman kenit ngan kakak kenit dulu. Beza umur kami 8 tahun, jadi setiap kali 'bergaduh' memang kenit yang akan menang mihmihmih. Bengkengnya kenit masa tu (tak padan yang kenit!) sampai kaki tendang-tendang kakak. Kuangjaq! kuangjaq! kuangjaq!

Akak pulak sabaq sunggoh laaaaaaa masa tu, walaupun marah tapi dok tepis-tepis je kaki si adik yang tengah hot-temper ni. Mujurlah dah tua-tua ni kami tak gaduh camtu dah hahaha. Semakin tua semakin kami menyayangi antara satu sama lain. Ececececececeh!

Bertuah kalau ada kakak/ adik atau abang/adik. Sama jantina (gender) bermaksud kita lebih memahami antara satu sama lain walaupun kengkadang rasa nak tarik rambut masing-masing kan! haha. Tapi, tu citer masa kecik, dah besar panjang ni takde dah gaduh-gaduh gitu. Paling sadis pun, mulut laser je muahahaha.




Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi muehehehe. begitulah resmi keturunan kami kalau adik beradik perempuan pasti ada 'drama' hehe. Anak-anak kenit tak terkecuali, rasanya semua budak yang ada adik beradik pun cenggini gak kot!




Ada masa dua budak kenit ni baik sunggoh! bergelak sakan tak ingat malam orang nak tido. Tapi, bila datang masa nak 'kebabommm!' dia, salah sorang akan jadi pemangsa dan sorang lagi jadi mangsa hehe. Siapakah yang paling banyak menumpahkan air mata?...... Opkosss betul jawapan tu. Adiklah yang paling layak digelar 'ratu air mata' pasal air mata je 'modal' yang dia ada setiap kali bengang ngan kakak dia hahahaha.




Tak dinafikan, bila bergaduh ada ketikanya sedikit 'kekerasan' berlaku di antara mereka. Tapi, tak pulak main tarik-tarik rambut walaupun masing-masing rambut dah boleh ikat satu hehe. Yang kakak kalau marah, dia cubit adik dia sampai berlekuk kulit orang tu. Nangis dah adik tu ......

Yang adik jenis 'cepat tangan', kalau datang marah dia selamba badak je dia lepuk kakak dia. Dah nangis kakak tu .....

Kenit? kenit tengok kan je 'drama' diaorg tu dulu. Sorang datang mengadu, baru 'buka fail' dan mulakan siasatan muahahaha. Tapi, jangan risau pesen dua orang budak kenit ni, gaduh mesti tak lama punya haha. 5 minit gaduh pastu baikkkkkk balik. 5 minit nangis pastu baikkkkkk balik. So, tak guna pun nak marah-marah salah sorang, just boleh cakap, "kalau sayang jangan gaduh lagi".





Doploh pat jam sehari, doblas jam masing-masing sibuk di sekolah. Maka, patjam sebelum waktu tido memang budak-budak kenit ni peruntukkan untuk bermain/bertekak/bergelak/bernangis sampai penat! 

Sampaikan siapa yang patut tido ngan ibu pun nak dijadikan isu! Sangat dramatik youuuuuu!!! muahahahaha. Takpe, masa diaorg kecik ni la kita kena spend time tido ngan diaorg betoi dak. Mother-to-daughter time, borak-borak pasal benda yang menggembirakan dia. Then, lastly selitkan tarbiyah tentang keburukan bergaduh ngan kakak/adik hehe.




Salah satu acara wajib yang kami praktikkan di rumah dan dimana saja berada, tiap kali budak-budak ni bergaduh, kenit atau ayahnya akan suruh salah sorang hulur tangan dan salam minta maaf. Itu wajib!! Yang buat salah tu yang kena minta maaf. Dah tu bukan takat salam je, kena kasi dialog sikit, "adik minta maaf" dan disambut kakak dengan "kakak maafkan", walaupun ekspresi muka masing-masing macam tak redha je nak bermaafan masa tu kan muahahahaha!

Tapi, ibu suruh tu buat jugak laaaaa hahaha. Biarkan ia menjadi satu tabiat sampai besar nanti. Bila gaduh, salam tangan dan minta maaf. Barulah namanya sayang menyayangi hehe.





Begitulah kehidupan bersama adik beradik. Gaduh sikit-sikit tu biasa la. Ada masa suka, ada masa duka. Kalau ditanya, sayang adik tak sayang kakak tak, jawapannya pasti sayang. Kalau jawabnya tak sayang, tu sebab hati dia masih marah time tu. Tapi, dah lama sikit tu baik balik la adik beradik tu.

Mungkin .... mungkin juga ini sebahagian dari tempoh yang mereka kena lalui dalam proses mereka membesar. Masing-masing baru nak kenal karakter dan perangai masing-masing, cara bagaimana mereka handle perasaan mereka dan luahkan pada orang lain. Mungkin ... 

Aperpun, air dicincang mungkin akan bergelodak tapi takkan putus! Kalau ibu sayang, ibu sayang dua-dua, kalau ibu marah ibu marah jugak dua-dua hehehe :D.


You Might Also Like

26 pengomen comel

  1. itulah lumrah kehidupan adik beradik kenit...by the way..comelnya mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, memang kena telan kenyataan tersebut haha :)

      Delete
  2. adik beradik...time dia baik... mmg baik bagai isi dgn kuku... time bergaduh pulakk fuhhh... bergegar rumah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan takat rumah yang bergegar, satu blok boleh dengar suara dua orang budak ni hehehe :D

      Delete
  3. Replies
    1. boleh jadi ... tapi ada masa gaduh-gaduh ngada sebab saja cari gaduh hehehe :D

      Delete
  4. hehe kita tak ada adik dan tak pernah merasa bergaduh bagai nie..klau gaduh dgn sepupu sepapat pernah la ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kelebihannya, kurang sakit kepala ibuayah Asha (^_^)

      Delete
  5. salam. biasa la tu hehe gaduh gaduh sayang antara adik beradik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik itah, betul tu gaduh-gaduh tapi tetap sayang :)

      Delete
  6. biasalah kan, gaduh baik semula.. macam kita dengan adik-adik kita jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mama, itulah namanya adik beradik kan hehe :D

      Delete
  7. anak2 kaksura pon kalau bergaduh boleh tahan..sampai bergasak gasak pun ada..tapi bila dah besar lain sikit caranya..kaksura ngan adik beradik dulu jarang bergaduh teruk2 sebab..beza jauh ngan kakak2 dan abang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak sekarang lain pesennya kak kalau bergaduh ni. Asalkan jangan sampai cedera dah la kan, tu yang kenit monitor jugak tu. Tapi, pempuan lembut sikitlah kot hehehehe.

      Delete
  8. gaduh itu boleh merapatkan hubungan adik beradik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an akan kekal begitula sampai dewasa nanti. Jangan ada yang masam muka terus ngan adik beradik kan :)

      Delete
  9. saya kalau baca entri akak tak sah kalau tak gelak..entri akak sebenarnya meresap dlm jiwa tp sebab ayat akak kelakar..saya gelak dululah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooohhh entri akak kelakar ke? haha. Taip spontan begitula Ainim, main taip je apa yang dirasa hehe. Harap terhibur :D

      Delete
  10. Gaduh adik beradik mcm ni bila teringat balik boleh timbul sayu.. nostalgia tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan adik beradik zaman dulu kan abg khir hehe, pasti ianya manis walaupun time gaduh kan hehe :D

      Delete
  11. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua... :-)

    ReplyDelete
  12. Gaduh2 tu yang buat semakin erat hubungan.. kalau takde kawan bergaduh tu macam incomplete jek rase.. haha :)

    ReplyDelete
  13. Lumrah adik beradik..dah besar nanti mereka akan faham :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM