Breaking

Saturday, February 01, 2014

Kisah Di Sebalik Hari Hijab Sedunia.


Assalamualaikum!

Hari ini bukan sahaja merupakan hari perayaan bagi yang menyambutnya. Hari ini bukan sekadar cuti peristiwa. Tetapi, hari ini merupakan hari besar bagi wanita berhijab di seluruh dunia. Tanggal 1 Februari setiap tahun merupakan Hari Hijab Sedunia yang disambut di seluruh dunia samada oleh wanita muslim atau wanita bukan muslim.




Pada tarikh inilah, wanita-wanita di seluruh dunia yang prihatin akan isu wanita berhijab tidak kira samada mereka muslim atau non-muslim akan bersama-sama melibatkan diri dalam kempen kesedaran yang diasaskan oleh saudari Nazma Khan ini.

Perkongsian ringkas pengalaman wanita-wanita non-muslim yang mengenakan hijab semepena World Hijab Day ada kenit kongsikan di {SINI}

Kita sering membaca dan mendengar tentang isu wanita berhijab yang sering dipandang serong oleh masyarakat terutama di Barat. Pelbagai bentuk diskriminasi dan tentangan yang terpaksa dihadapi oleh saudara seislam kita hanya kerana secebis kain yang melitupi kepala mereka.  Ada yang ditarik hijab mereka sehingga menampakkan aurat dan rambut mereka. Ada juga yang diludah hijabnya. Ada pula muslimah yang diserang dari belakang seperti seorang pengecut! Tidak kurang juga ditambah dengan kata nista dan caci makian yang dilemparkan. 

Namun begitu, cekalnya hati wanita-wanita muslimah ini mempertahankan maruah dan perintah Allah tanpa rungutan dan berputus asa. Oleh itu, sepatutnya kita bersyukur kerana kita tidak pernah menghadapi halangan yang sama di negara ini. Kebebasan mengenakan hijab malah berniqab tidak pernah dipandang hina apatah lagi diambil tindakan dan dikenakan denda seperti di luar negara. Namun begitu,wanita-wanita muslimah kita masih tidak mahu mengenakan hijab atas pelbagai alasan yang memperlihatkan diri mereka seolah-olah mereka sendirilah yang 'meludah' hijab itu.

Kisah Di Sebalik Hari Hijab Sedunia.

Kisah yang dikongsikan adalah pengalaman sebenar saudari Nazma Khan, pengasas www.worldhijabday.com & World Hijab Day. Semoga ia menjadi iktibar dan penguat semangat kita untuk terus mentaati perintah Allah dan menyampaikan mesej there is nothing wrong with women wearing hijab.


Berkat usaha saudari Nazma Khan ini, maka lahirlah World Hijab Day yang matlamatnya tidak lain tapi untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat di luar sana khususnya wanita dari pelbagai golongan dan kepercayaan bahawa hijab bukanlah suatu bentuk penindasan ke atas wanita, tapi ianya merupakan mesej kemuliaan dan penghargaan buat seorang wanita.

Untuk mencapai matlamat tersebut, semua wanita tak kira apapun kepercayaan mereka diseru untuk mengenakan hijab untuk sehari bagi merasai sendiri pengalaman menarik berhijab selain menilai pandangan masyarakat lain terhadap mereka. 

Amazingly! wanita dari pelbagai negara terutamanya negara bukan Islam telah menyahut positif program ini dan mereka turut sama mengenakan hijab untuk menyatakan sokongan mereka ke atas wanita muslimah yang berhijab. Pemakaian hijab bukanlah bermakna anda perlu menukar kepercayaan dan agama anda kepada Islam, tetapi sekadar merasai pengalaman berhijab itu sendiri kerana subhanallah! mereka (non-muslim) turut merasakan ketenangan dan mulia bila berhijab. Pengalaman mereka anda boleh dapati di laman web rasmi WorldHijabDay.

Tidakkah kita berasa malu tatkala bangsa lain yang agamanya bukan agama Islam seiring langkah menyokong pemakaian hijab tetapi kita disini masih ingkar dan bertegas mahu menunggu 'sampai seru' dan 'kerelaan dari hati sendiri'? Wallahi ketahuilah, MENUTUP AURAT itu suatu KEWAJIPAN bagi setiap muslimah dan kita wajib memuliakan perintahNya jika benar kita orang-orang yang beriman.

Peringatan dan muhasabah ini bukan sahaja untuk diri kenit tapi kepada semua wanita muslimah di luar sana. Jika kita telah berhijab, maka jagalah hijab kita jangan ditambah tokok dengan aksesori yang melampaui batas. Jangan dibuat bonggol di atas kepala. Dan jangan pula memakai hijab tetapi masih nampak dadanya, lengannya, bentuk leher dan sebagainya.

Dan, jika kita masih belum mengenakan hijab maka sebelum keluar dari rumah, tetapkanlah hari ini 1hb Februari sebagai tarikh permulaan untuk kita mengenakan hijab KERANA ALLAH! Semoga niat suci kita diredhai Allah, mana tahu Allah redha dengan perbuatan kita lalu kita akan terus berhijab sehingga ke akhir hayat. Wallahualam.

Better awareness. Greater undersandings. Peaceful World - Nazma Khan (WorldHijabDay)

Selamat Hari Hijab Sedunia saudaraku!


15 comments:

  1. ooo..sy baru tahu..tq dengan perkongsian ni...

    ReplyDelete
  2. Jom kita pakat like page World Hijab Day
    https://www.facebook.com/WorldHijabDay

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian hebat ini, kita selaku wanita islam adalah sebaiknya biarlah berhijab kan..

    ReplyDelete
  4. lol baru tahu, tq untuk perkongsian sis.:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. seruan yg baik mmg sgt2 perlu disokong.. dengannya ada event berhijab di wangsa maju berkaitan hari berhijab sedunia ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Hijab itu satu kewajipan bukan skdr fesyen...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.