Friday, February 21, 2014

# Islam Point Of View # Lelaki

Penggembala Jujur Terima Ganjaran


Assalamualaikum!

Beliau diuji keimanannya dan beliau lulus dengan cemerlang! Sungguh beruntung orang-orang yang takut dengan Allah s.w.t kerana mengetahui Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui tentang apa yang dikerjakan hambaNya.


Yusuf Zain Ahmed

Video tentang kejujuran beliau tersebar luas di Youtube dan Facebook sejak kebelakangan ini. Satu contoh yang sangat baik untuk kita ikuti dan teladani di atas kejujuran dan sifat amanah beliau menjaga kambing-kambing tuannya.

Melihatkan kejujuran dan sifat tauhid yang tinggi yang Yusuf tunjukkan, Duta Sudan ke Arab Saudi, Abdul Hafez Ibrahim berkenan memberikan ganjaran kepada beliau berupa hadiah sebanyak 200,000 riyal. Penyampaian hadiah disampaikan di bangunan kedutaan Sudan di Riyadh yang turut dihadiri oleh sebilangan rakyat Sudan di sini.

Hadiah tersebut adalah sumbangan dari masyarakat Sudan.


Bersama duta Sudan, Abdul Hafez Ibrahim (kiri sekali)


"Meskipun berhadapan dengan keperluannya, tetapi keimanan dan takut kepada Allah menjadi penghalang supaya tidak mengkhianati amanah, dan inilah yang mesti dipegang oleh setiap Muslim, dan setiap manusia itu akan ditanya tentang dari mana ia mendapat kekayaan dan ke mana dibelanjakannya dalam kehidupan," kata beliau lagi.


             



Maha Benar firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaq : Ayat 2 dan 3)

Teringat suatu kisah benar yang berlaku di zaman sahabat Nabi, Khalifah Umar Ibn Al-Khattab r.a :

Umar sedang mengadakan perjalanan ke suatu tempat. di tengah perjalanan, dia bertemu dengan seorang anak penggembala kambing. Anak ini hidup sebatang kara kerana kedua orang tuanya telah meninggal dunia. Dia pun hidup mengambil upah yang diperolehnya dengan menggembala kambing.

Melihat si anak itu, Umar kemudian ingin menguji apakah anak ini dapat bersikap jujur dan amanah. Maka, didekatilah si anak ini. "Banyak sekali kambing yang kau pelihara. Semuanya bagus dan gemuk-gemuk. Juallah kepadaku barang satu ekor saja," kata Khalifah Umar kepada si anak gembala.

"Saya bukan pemilik kambing-kambing ini. Saya hanya menggembalakan kambing-kambing ini dan memungut upah darinya," kata anak gembala. "Katakan saja kepada majikanmu, salah satu kambingnya dimakan serigala," ucap Khalifah Umar.

Anak gembala itu terdiam. Sejenak kemudian, dia lalu berkata, "Di mana Allah? Di mana Allah? Jika tuan menyuruh saya berbohong, di mana Allah? Bukankah Allah Maha Melihat? Apakah tuan mau menjeruskan saya ke dalam neraka kerana berbohong?"

Mendengar jawaban itu, Khalifah Umar menitiskan air mata. Dipeluknya anak gembala itu, lalu dia meminta agar si anak gembala itu mengantarkannya kepada majikannya. Setelah bertemu dengan majikan si anak gembala, Khalifah Umar kemudian menawarkan harga anak itu. Kesepakatan terjadi, dan si anak gembala ini dimerdekakan oleh Khalifah Umar.

Selain itu, Khalifah Umar juga membeli semua kambing yang digembalakan si anak tadi. Kambing-kambing itu kemudian diberikan kepada si anak gembala, dan menjadi hak penuh miliknya, sebagai hadiah atas kejujuran dan amanah si anak tadi.


Adalah menjadi kewajipan dan amanat bagi setiap mukmin menjaga amanah dan bersikap jujur terhadap setiap pekerjaan yang dilakukan kerana setiap satu darinya akan dinilai di hadapan Allah s.w.t kelak bila tiba masanya. Semoga kita mendapat kebaikan dari perkongsian dua kisah di atas (^_^).
sumber info : malaysiaharmoni.com 


9 comments:

  1. masih ada yang jujur kan kenit??? moga2 semakin ramailah orang jujur hendaknya... salam jumaat kenit...

    ReplyDelete
  2. satu perkongsian yang patut kita contohi kan kenit..

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat..perkongsian cerita teladan yang menarik :)

    ReplyDelete
  4. kisah yg menarik dikongsi di hari jumaat ni kak
    bersikap jujur lah kita sentiasa..kan kan

    ReplyDelete
  5. Rezeki Allah diatas kejujuran beliau.. subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Kejujuran itu pmbawa rezeki juga...

    ReplyDelete

Apa kata korang?