Sayang Kucing

Wednesday, February 12, 2014


Assalamualaikum!

Minggu lepas lepak kedai mamak sambil pekena roti canai. Penat meredah trafik gila yang setiap hari menyeksa zahir dan batinku. Tengah tunggu makanan, bebudak kenit ni melilau main di sekitarnya. Memang tak reti duduk diam! Lokasi digemari .... pondok telefon. 




Datang seekor kucing kecil yang comel bulunya lembut tapi gugur bila digosok. Rupanya comel bersih suci murni tidak berkudis atau cedera. Kakak terpaut hati pada si comel ini, lalu dinamakannya Lata. Apakejadahnya makna Lata tu aku tak tahu.



Flashback....

"Makkkk....anim nak bela kucing, boleh la mak. Mak cakap la ngan abah"

Begitula gayanya dulu aku pujuk mak supaya benarkan aku bela kucing sendiri. Aku kan anak bongsu, boring gile hidup ni kalau takda adik kecik yang boleh dibawa bermain/bergaduh. Tu sebab aku beria-ia nak minta bela kucing ngan mak. 

"Abah bagi, tapi....
  1. Kucing ni duk luar umah
  2. Jangan bagi masuk dalam umah
  3. Jangan kasi berak dalam umah
  4. Jangan kasi beranak dalam umah
  5. Jangan kasi panjat atas radio/tv
  6. Jangan bawa masuk dalam bilik
  7. Bagi makan kat luar umah
  8. Bersihkan tempat tidur/makan dia jangan sampai semut hurung
  9. Kalau kencing/berak angkat tahi dan cuci balik lantai simen tu
..... boleh kau buat sumer tu?", tanya mak sambil angkat-angkat kening.

"Bolehhhhhhhh!", dengan gumbiranya aku membalas walau dalam hati aku mungkin susah nak ikut peraturan-peraturan di atas. Aku kan anak bongsu hehehehe.

Lata si kucing jalanan

Maka, bermula la episod aku membela kucing. Actually, dua ekor kucing! Sekor tu ibunya, aku panggil "Ibu" je. Sekor lagi anak sulungnya, aku beri nama "Vinnie". Ibu seekor kucing yang gempal dan comel. Warna bulunya ada 3 warna, oren, putih dan hitam. Vinnie pulak berbulu oren campur putih. Ko bayangkan ..... comel kan?


Memula nak ambik hati abah, seperti yang dijanjikan aku terpaksa letak ibu dan vinnie kat luar umah. Sebuah kotak, kain perca yang tak digunakan lagi, semangkuk air dan ikan bilis dalam bekas plastik. Tengah malam nak tido, masih tak puas hati, aku amik kain tuala aku yang lama, aku alaskan dalam kotak mereka berdua. Baru selesa sikit kot ....



Kemudian ibu bunting! Jantan mana ntah yang telah berani membuntingkan kucing aku! Tapi, terima kasih jugak la pada si jantan tu, sebab bila ibu bunting, abah mula lembut hati dan benarkan ibu dan vinnie tido dalam umah ekekekeke. Hasil dari 'hubungan' misteri itu, ibu melahirkan 5 ekor anak kucing, 2 hitam, 2 putih dan 1 oren. Tapi, sayang .... yang oren tu 'kecundang' di tengah jalan sebab terjatuh dari besen ketika dia memanjat hendak keluar. Walaupun sekor dah mati, tapi aku ditemukan dengan sekor kucing angkat yang bulunya sama seperti kucing aku yang dulu. Aku namakannya "sayang". 

Hidupku ceria dengan kehadiran 'anak-anak' yang comel ini. Kali ni, dengan lebih berani aku bawa diaorg sekeluarga tido dalam bilik pulak! Kan aku dah kata, aku kan anak bongsu hehehe. 



Sekarang aku dah ada 7 ekor kucing! Tak boleh bagi dah makan ikan bilis je. Aku bertuah sebab mak seorang yang penyayang terhadap haiwan. Pagi-pagi lagi, mak akan rebus ikan kembung dan gaulkan bersama nasi lebihan malam tadi untuk diberi makan pada 'anak-anak' kesayangan mak. Kengkadang tu, sampai siap masakkan nasi baru lagi untuk diaorg! 

Dah la dapat makan nasi, dapat pulak makan 'snek' twisties dua kali sehari! Asal habis je mangkuk tu pasti kena refill. Tu sebabla berak pun menjadi-jadi hehehe.


Antara tugas aku sebagai pembela kucing dalam umah adalah mengajar ibu dan keluarganya berak di dalam bilik air. Memula tu, memang berbau satu umah ngan tahi diaorg je! Tapi, aku lebih rela ngadap bau busuk dari ngadap abah berleter kucing berak dalam umah. Berdesingggggg je telinga mendengarnya! hehe.

Kucing ni, sekali dia dah berak kat situ dia akan kembali semula ke tempat yang sama untuk 'membuang'. Jadi, aku amik sekor-sekor kurung diaorg dalam bilik air untuk 1 jam atau sampai diaorg berak/kencing dalam bilik air tu. Bila 'bau' tu dah melekat dalam bilik air, nanti lepas ni diaorg akan masuk sendiri dalam bilik air tu. 



Bab berak selesai. Ni bab kencing pulak, khas untuk dua ekor kucing jantan putih aku. Sekor aku panggil "gemuk", sekor aku panggil "kurus". Dua ekor ni keje diaorg tak lain tak bukan, kencing memancut satu umah! Cukup aku takut kalau diaorg ada dalam umah! Sebelum abah balik keje, aku kena cari dulu bau hancing pastu cuci sampai bersih. Jangan sampai abah tahu ... kalau tak .... bernanah lagi telinga aku nanti.

Habis radio, peti sejuk, mesin basuh dan meja makan mak aku kena 'sembur'. Yang ni aku tak boleh nak ajar pasal memang sifat semulajadi jantan kot! hahaha. 

Tu kucing jantan, ni nak citer pe'el kucing-kucing betina aku, si dono dan si dino. Cukup suka berlari dan memanjat mana yang dia sempat capai. Habis radio mak aku ditolaknya, pasu bunga kecil atas meja ditendangnya! Berlari ke sana sini tak ingat dunia! tapi disebabkan muka masing-masing bulat gebu dan comel, maka tiap kali tu la diaorg akan terlepas dari dikenakan hukuman. Bajetttttttt!

Tahun berganti tahun, lepas sekor sekor hilang dari pandangan. Hilang masa balik kampung, hilang masuk kebun orang, hilang sebab sakit nak mati dan macam-macam lagi. Aku pulak dah berpindah ke Kuantan, maka terpisahlah aku dari kucing-kucing kesayanganku. Kalau dulu setiap malam sebelum tido, aku pasti akan gentel telinga diaorg tapi sekarang tiada lagi. 

Panjang sangat aku berceloteh pasal kucing-kucing yang pernah aku bela suatu ketika dulu, tapi satu gambar diaorg pun aku tak simpan. Sebab? sebab aku terjebak dengan kata-kata orang dulu, tangkap gambar kucing nanti pendek nyawa kucing tu. Cisssss! aku kena main lagi ....



You Might Also Like

17 pengomen comel

  1. kucing ni penyeri rumah sebenarnya. kalau tensen2 boleh main dengan kucing. haha

    Visit : http://www.enfik.com/2014/02/doa-ketika-dukacita-sedih.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt! Pandang kucing ilang stress dan marah :)

      Delete
  2. akak kurang minat nak jaga kucing sebab penakut..hehehehetengok dari jauh takpelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa kak, kucingla haiwan paling jinak yg kira blh duk dekat hehe. Tambah time dia gigit2 manja tu hehe

      Delete
  3. rumah fae pun ada kucing tapi kami x bagi masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kucing tk masuk mudah sikit nk jaga kan. Tak perlu byk mencuci tp akak dulu tk blh biar kucing duk luar lelama.. Kesian.

      Delete
  4. seronok bela kucing ni sebenarnya kan kak..murah rezeki share rezeki bersama dengan yang lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi akak setuju!hehe. Alhamdulillah murah rezeki abah time kucing2 ni ada dulu. Walaupun radio danesin basuh teruk berkarat kena kencing ngan kucing jantan tp masih blh beli lain hehe.

      Delete
  5. Ikan bilis pun agak mahal juga skrng.. kucing saya didik utk makan apa shj.. nasi & telur pun diaorg makan.. roti pun sapu juga hahaa.. tp yg tak tahan tu ada yg pandai curi ikan kat dapur.. tau2 dah hilang huhu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul ikan bilis skrg memamg mahal. Kenala bagi mama yang blh ditelan je hehe

      Delete
  6. lata pon lata lah.Asalkan ada nama.ehehe Kalau lah sy dpt bela kucing.Hmmm ramai plk ahli keluarga yg elergic kucing ni sobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kalu gitu kena utamakan kuarga dulu kan. Susah gak kalau ada ahli keluarga yg sakit nanti kan :)

      Delete
  7. saya ada bela 2 ekor kucing..mumu dan betty,dua-dua dah dimandulkan...jadi mereka tak pandai jauh dari rumah..gemuk dan gebu.mumu 9 kg,betty 4.5 kg...

    ReplyDelete
  8. kucing pengubat stress..pelok kucing trs ok..jom singgah n folllow.. akuobseskucing.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. boleh ke kerap bagi kucing makan ikan bilis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti boleh kerap bagi ikan bilis ke tidak, tapi dulu saya tak bagi sangat sebab takut kucing kena cacing

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM