Tuesday, February 18, 2014

# Segmens and Giveaways # Sepetang Bersama Blogger 2014

Yeo's Idamanku Selalu


Assalamualaikum!

Kehadiran Yeo's dalam hidup aku sejak dari kecil memang tak dapat dinafikan lagi. Pendek kata, aku membesar dengan minuman Yeo's. Tiap kali rasa haus, masuk kedai buka peti sejuk minuman yang akan aku capai adalah minuman Yeo's sebab rasanya bukan saja sedap tapi sangat melegakan tekak.

Dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, minuman Yeo's tetap menjadi idaman walau dimana aku berada. Malah, keluarga aku juga sudah 'sebati' dengan produk Yeo's. Jadi, memang tidak ada masalah untuk aku menerima Yeo's dalam hidup aku.

Ingin selami kenanganku bersama Yeo's? Jom ... aku kongsikan (^_^)




Minuman soya Yeo's memang menjadi pilihan aku sejak dari bangku sekolah lagi. Kelebihan yang ada pada air soya Yeo's bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi kebaikan anti-oksidan dan kaya dengan kalsium itu yang lebih memikat hatiku. Sebagai pelajar sekolah, aku juga sukakan minuman soya Yeo's kerana ia kaya dengan sumber protein. Kalau lepas bersukan, air soya Yeo's akan menjadi pilihanku untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga. 

Minuman soya Yeo's juga sesuai diminum bila-bila masa dan dimana saja. Sambil duduk lepak bersama keluarga di restoran atau sedang menunggu tren, pasti air soya Yeo's ada menemaniku. Terasa kesegaran soya dalam setiap tegukan dan aku pasti nak lagi!





Minuman Yeo's memang sesuai sepanjang masa, termasuklah ketika di bulan Ramadhan. Aku takkan lepaskan peluang untuk menikmati air cincau Yeo's sebagai minuman berbuka puasa. Dan, pastinya kombinasi cincau Yeo's dan soya Yeo's cukup menambah kenikmatan dan kelazatan juadah berbuka puasa. Dan, bila tiba musim perayaan, air cincau dan soya Yeo's menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung ke rumah. Hidangan lain dari yang lain menambah citarasa, senang disediakan dan melazatkan! Kalau ada air soya Yeo's dan air cincau Yeo's, memang tak pandang dah air lain.

Apakah kebaikan cincau? Banyak kebaikannya dan sudah tentulah dari sudut kesihatan, yang mana ia bertindak sebagai menurunkan suhu panas badan, melegakan perut dan mencegah gangguan sistem pencernaan. Ia mempunyai efek penyejuk dan rasanya yang kenyal dan seperti agar-agar mudah dinikmati oleh semua golongan dan peringkat umur.



Apa yang aku suka pasal Yeo's ni adalah kerana variasinya. Pelbagai pilihan di bawah satu jenama, dan Seri Kaya Yeo's adalah pilihan utama kalau makan dengan roti. Sapuan halus di atas roti sangat memikat mata. Rasanya yang lemak dan sederhana manis memikat selera dan keaslian serta rasanya yang tidak berubah menjadi idaman semua. Setiap pagi, mak akan sapukan roti dengan Seri Kaya Yeo's untuk aku bawa ke sekolah. Sarapan sihat seawal pagi sangat membantu aku menjadi seorang pelajar yang aktif dan sihat. Dan, ia bermula dengan sarapan pagi bersama Yeo's.


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Jangan ketinggalan untuk sama-sama mengikuti Yeo's Malaysia melalui
Facebook,  Twitter,  Google+,  Instagram dan YouTube.


yeos-minicontest-300x250
Pengalaman bersama Yeo's memang sangat mengujakan. Pasti sahabat blogger bersetuju
bahawa produk Yeo's memberi lebih banyak pilihan dan kenikmatan. 
Moh kita sama-sama SHARE dan Google+ artikel ini sebagai tanda sokongan
kepada cara hidup yang sihat.

29 comments:

  1. saya suka minum teh kundur dengan teh hijau. sedap. Semoga berjaya ya..

    ReplyDelete
  2. I like to drink Yeo's Soya and Cincau as well, but since lately I heard a lot about the negative effect from the canned Soya Bean, I stop buying it.

    ReplyDelete
  3. yeay sama.Saya pon penggemar yeosss.Sya paling suke teh bunga hhee

    ReplyDelete
  4. yeos memang pilihan hati sejak dulu...

    ReplyDelete
  5. kilang yeos dekat jek..kat jalan tebrau tu..hehe..

    ReplyDelete
  6. paling suka soya yeos..akak pergi SBB ye..jumpe nanti ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yess dear, fiza gi jugak ye? i'll see you there insyaAllah :)

      Delete
  7. saya pula lebih gemarkan soya ESP dari Shaklee yang dijamin dari sumber Non GMO :)

    ReplyDelete
  8. assalam,
    salam ziarah dari bunda...semoga berjaya..

    ReplyDelete
  9. salam

    Yeo's memang pilihan ramai..dari dulu lagi.

    Nanti jumpa ya kat SBB

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, insyaAllah kak Hanny kita jumpa sana (^_^)

      Delete
  10. owh.. ada program rupanya.. patut ramai blogger sebut pasal yeos ni..

    ReplyDelete
  11. Yeos teh bunga mmg tetap kegemaran saya sejak azali lagi... good luck.. :)

    ReplyDelete
  12. soya cincau mmg best... ingat ms zaman kanak2 masa ia mula diperkenalkan time bulan puasa.. mmg paksa terus mak untuk beli,, hehe...

    ReplyDelete
  13. goodluck! dah G+1 entri ..

    http://www.cikgunaman.com/2014/02/gaya-hidup-sihat-ditemani-yeos.html

    ReplyDelete
  14. suka teh bunga yeo's memang menyegarkan time panas nie.....

    ReplyDelete
  15. Sebab awak pergi SBB 2014..... saya kasi gplus untuk entry nei....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih bro! (^_^)...hou yeaaaa thank you for supporting me :)

      Delete
  16. gud luck kak..
    tebraek entry kak..
    shark x sempat nk join :(
    dpt join #sbb2014 rasa ok dh :)

    ReplyDelete
  17. nak komen lagi sekali..tq share kak..fiza pun dah share untuk akak..all the best :)

    ReplyDelete
  18. produk Yeos menjadi bualan dan kegemaran orang masa kini...Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+ pada entri ini.Good Luck yer.

    ReplyDelete
  19. Gud luck kenit.. kalau la dekat rasa mcm nak join jer event tue.. =D

    ReplyDelete

Apa kata korang?