Aku Dan Si Kebal Biru

Sunday, March 23, 2014


Assalamualaikum!

Cerita bermula bila aku lulus ujian memandu dan dikurniakan lesen sah dari JPJ hehe. Masa tu aku baru habis SPM jadi lepas dapat lesen tu, kereta Proton Saga abah lah yang jadi 'bahan ujikaji' aku ekekeke. Tahun 2003, aku dapat kerja dan masa itulah abah mencadangkan aku untuk beli kereta sendiri.

Hidup merantau di tempat orang, menyebabkan abah risau dengan anak perempuan bongsunya ini. Mana taknya, pergi kerja naik basikal!! Dah tu, lalu kat tepi jalan yang penuh dengan lori yang bawa muatan tanah dan kayu balak di sepanjang Jalan Gambang, Kuantan. Aku ni dahla kurus melidi masa tu sampaikan mak berseloroh cakap, "tiup dek angin mau melayang ni" hahaha kejam mak aku!

Disebabkan ayat 'keramat' mak tu la, abah usahakan juga dapatkan aku sebiji kereta. Memula aku minta nak kereta yang 'tinggi' dan luas sikit, sebab sangat sesuai dengan diri aku yang tinggi lampai ni. Ye la, aku ni dah la tinggi 170cm, kalau masuk kereta berbumbung rendah tak ke terbongkok aku dalam kereta tu sepanjang jalan hehehe.




Tapi, hubungan kami dengan Proton macam tak boleh dipisahkan lagi. Akhirnya tertunai juga hajat aku untuk memiliki kereta pertamaku sendiri Proton Iswara areoback 1.3 berwarna biru.

Jasa Si Kebal Biru




Ramai yang gelar Proton Iswara aeroback ni kereta 'kebal' sebab rekabentuknya seakan kereta kebal gitu hehe. Memang banyak jasa si kebal biru aku ni, melindungi aku dari panas hujan dan membawaku kemana saja aku pergi. Jarang sangat buat 'hal' dan sebab ia harta pertama aku, maka aku jaga ia macam anak sendiri tau hehe.

Ada sekali tu, masa nak balik rumah aku tertinggal dompet di pejabat. Walhal, masa tu aku dah hampir nak sampai di Bulatan Kg Pandan. Kalut aku patah balik ke pejabat di Petaling Jaya hehe. Bukan nak bangga diri, tapi hari tu memang aku bantai merempit sepanjang Federal Highway tu hehe.

Kata orang, pengalaman mematangkan kita. Insiden orang langgar dan aku langgar (bukan orang tapi tiang haha) menjadikan aku lebih memahami si kebal biru aku ni. Kemek sana sini, itu memang biasa berlaku dulu. Tapi, tu dulu sekarang aku dah pro muahahaha.



Awal tahun ini, si kebal biru mengalami kerosakan. Mujurlah masa tu Pak Jelan dah sampai di pejabat aku. Tiga hari kereta tu tersadai di tepi pejabat gara-gara kena tipu dengan orang tow-truck!! Mula-mula minta RM80, pastu call semula minta RM100!! Padahal bengkel kereta tu kat Seksyen 8 je!! Bila dihantar ke bengkel dan diperiksa, rupanya clutch-plate patah daaaaa, kesian si kebal biruku. Pengalaman itu ada aku kongsikan dalam entri Car oh Car.

Penjagaan kereta bukan setakat cuci kereta, periksa minyak hitam dan servis kereta. Tapi, lesen kereta juga kena diperbaharui dan yang paling penting cukai jalan (road tax) dan insuran kereta mesti sentiasa 'hidup'.

Diskaun Hebat Dengan RichPlan4u!


RichPlan4u merupakan suatu servis yang bernaung di bawah syarikat Rich Plan Management and Consultancy dan menawarkan khidmat memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan pada kadar istimewa mengikut NCD sedia ada.

Jika korang nak perbaharui cukai jalan dan insurans kereta, kini RichPlan4u ada menawarkan servis tersebut dengan tawaran potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang sehingga ke 31 Mac.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web RichPlan4u dan nikmati potongan 15% dengan mengisi borang tempahan awal di {SINI}

Rich Plan Management & Consultancy
Menara 11A, Avenue 5,
Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :

Office And Fax: 03- 2272 1472
Mobile No.: 017-6087299 (Mr. Victor/Taufiq)
Mobile No.: 013-2109850 (Mrs. Nur)


Atau boleh juga emailkan ke richplan4u@gmail.com

Kalau dulu nak perbaharui insuran kereta, kita kena pergi ke syarikat insuran yang berkenaan dan lalui pelbagai proses yang rumit dan kadangkala terpaksa mengambil cuti kerana jauh sangat kan.

Tapi, dengan adanya servis RichPlan4u ini, kerja perbaharui cukai jalan dan insuran menjadi bertambah mudah. Semuanya dikendalikan oleh pihak RichPlan4u, dan kita hanya perlu menunggu polisi insuran sampai ke tangan kita. Mudah bukan?

Pengalaman aku dengan kereta kesayanganku si kebal biru sangat istimewa, sehingga kini ia masih setia menjadi tungganganku sekeluarga dan membawa kami ke mana saja. Itulah harta pertama yang aku gunakan dari duit hasil titik peluh sendiri, maka memang wajibla ia dijaga dengan baik dan sempurna kan? (^_^)



You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. semoga berjaya bersama si kebal biru... semoga berjaya dear...

    ReplyDelete
  2. Wahh.. berkilat2... no. plate pun lain eh hehee... Wishing all the best buat Kenit & family.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru lepas hujan masa ni hehehe. Terima kasih abg khir :D

      Delete
  3. kereta kebal saya dah lama hilang dr pandangan mata..rindunya

    ReplyDelete
  4. Kereta pertama selalunya memang ada sentimental value....

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM