Anak Ibu

Saturday, March 15, 2014

Assalamualaikum!

Dah hampir 3 bulan kakak menempuh alam persekolahan 2 sesi. Pagi petang sibuk dengan aktiviti di sekolah, tapi alhamdulillah perkembangan positif dapat ibu perhatikan dalam diri kakak.


Sejak bersekolah pagi dan petang ini juga, kakak kelihatan sedikit penat dari biasa. Kalau ibu ayah amik kakak dari sekolah agama, pasti kakak akan ketiduran dalam kereta sampaila ke rumah. Siap senget-senget lagi kepala tu hehe. Ye la .. dulu belajar satu sekolah je. Di situlah tadika, di situlah taska, disitulah kakak makan dan tidur dan bermain bersama kawan-kawan. Tak berapa nak penat la gitu kan hehe.



Peristiwa yang meruntun hati ibu berlaku pada awal tahun ini. Pertama kali anak ibu sakit macam ni.

Minggu kedua sekolah, kakak dapat dugaan jadi mangsa 'tersepit'. 4 hari jugakla kakak 'bercuti'. Tapi, dalam sakit-sakit dengan kaki berbalut boleh tahan hingaqnya dalam umah hehe. 


Sekarang kakak dah 7 tahun, dah boleh tahu serba serbi tentang solat. Alhamdulillah, pencapaian terbaik kakak minggu ni, kakak dah boleh hafal bacaan duduk antara dua sujud dan tahiyyat. 

Mungkin disebabkan kepenatan dan kakak baru nak ejas diri dengan keadaan baru masa tu, kakak jadi kelam kabut sikit kadang-kadang. Sampai telekung pun boleh pakai terbalik (gambo atas) kan! hehe. Tang tutup dagu dok atas kepala, tang tutup kepala dok bawah dagu haha. 


Kemudian, semangat kakak 'terjejas' bila kakak mengadu tak mau pergi sekolah. Setelah puas disiasat dan pelbagai cara ibu ayah buat untuk memotivasikan kakak, baru lah kakak nak kembali ke sekolah.

Dan, tak sangka beberapa hari selepas kejadian itu, kakak menghadiahkan sesuatu yang tak terjangkau dek akal ibu dan ayah. Begini rasanya jadi ibu T___T .....

We will go through this together ye sayang. As long as you are here with me, as long as you are willing to study hard i will do my best to make it for you dear.

-Ibu-

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Ragam anak bersekolah.. Suatu hari insha Allah sy mgkin hdpi juga situasi mcm tu kn..

    ReplyDelete
  2. Sabar jelah.. dugaan seorang ibu kan.. pasti akan tersenyum satu hari nanti bila terkenang kembali.. :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM