Anak Satu Jantina

Friday, March 21, 2014


Assalamualaikum!

Dari minggu lepas lagi aku excited nak tunggu topik Semanis Kurma di tv9. Memang kena sungguh aku dengan tajuk yang dibincangkan semalam 'Anak Satu Jantina', sebab aku juga mempunyai dua orang anak perempuan setakat ini. #pray4MH370

Kebanyakan orang impikan punya anak sepasang atau berpasang-pasang, ada anak lelaki ada anak perempuan. Tapi, rezeki telah Allah tetapkan untuk kita untuk memiliki berapa banyak anak dan apa jantina anak kita. #pray4MH370


Ustazah Siti Nur Bahiyah & darlingnya, Ustaz Akashah

Mempunyai anak satu jantina tidak perlu dipandang sebagai satu masalah besar dalam sesebuah keluarga. Dan, ianya tidak patut dipandang sebagai satu kelemahan pasangan tersebut. Bayangkan mereka yang dah berbelas tahun kahwin tapi masih tak dikurniakan anak? Sepatutnya, kita merasa bersyukur masih berkesempatan dikurniakan zuriat yang sihat dan comel tanpa merasa kekurangan disebabkan jantina anak tersebut. #pray4MH370

Bukankah Allah dah tetapkan rezeki anak untuk hamba-hambaNya? Maka, apa yang perlu kita buat adalah menjaga sebaiknya amanah Allah ini agar menjadi ummah yang berkualiti. Anak juga menjadi 'aset' untuk masuk ke syurga atau neraka tau. Dan, Allah tidak pernah menyatakan anak jantina apa yang mempunyai kelebihan untuk masuk syurga. #pray4MH370

Dr. Fairuz Ashikin, Pakar Ginekologi & Sakit Puan

Malam tadi juga, Dr. Fairuz ada berkongsikan petua untuk mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan. Aku tak sempat nak catit pasal Mira dok nangis masa ni kena 'hentam' ngan kakak dia hehe. Tapi, seingat aku (kalau salah tolong betulkan ye), kalau kita berkehendakkan anak lelaki maka antara petua yang boleh pasangan kita amalkan :
  1. makan kekacang
  2. makan ikan
  3. makanan berasid seperti nanas, mangga dan limau
  4. ketahui waktu subur isteri

Kalau nak anak perempuan pulak, boleh amalkan ni :

  1. makan daging dan ayam
  2. minum susu
  3. ketahui waktu subur isteri

Tapi, semuanya berlaku dengan ketentuan Allah. Kita sekadar berusaha dan bertawakal serta redha dengan segala pemberianNya, tak gitu? (^_^) #pray4MH370


Datuk Rosyam Nor

Semalam jugak baru aku tahu Datuk Rosyam Nor mempunyai 5 orang anak yang semuanya PEREMPUAN! Cucu pun PEREMPUAN! Marbeles Datuk! Memang rezeki sungguh! Kita sekapal Datuk, cuma Datuk 5+1, saya baru 2 hehehe. #pray4MH370

Datuk cakap, apa saja pemberian Allah pada dirinya (anak perempuan) adalah satu nikmat dan Datuk tidak menyesalinya. Setiap anak ada rezeki masing-masing dan Datuk sangat bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan. #pray4MH370

Datuk juga berseloroh mengatakan yang dia teringin juga nak mencuba lagi, tapi bila nak cuba cucu pulak dah keluar, so tak jadi la nak mencuba hehe. Kelakar Datuk ni! #pray4MH370

Datuk juga ada kongsikan petua semalam cara nak dapatkan anak bagi yang masih takda anak. Katanya, 3 hari sebelum period berakhir, makan nanas banyak-banyak. Hujahnya itu turut disokong dengan pernyataan Dr. Fairuz yang mengatakan mungkin kandungan asid folik dalam nanas tersebut membantu proses kehamilan wanita. Maka, bila ia mencapat satu tahap optimum, wanita tersebut akan lebih mudah hamil. #pray4MH370

Perkongsian doa dari surah-surah dalam Al-Quran oleh ustazah & ustaz

Turut dimuatkan semalam adalah cara-cara mak-mak dulu nak tahu bahawa kita mengandung anak perempuan atau anak lelaki. Ada yang kata mengiring ke kiri maknanya anak perempuan, mengiring ke kanan anak lelaki. Kalau tengok perut tu membulat itu anak perempuan, kalau perut itu membujur gitu anak lelaki. Dari bentuk badan ibu dari belakang juga orang-orang dulu boleh tahu, kalau bentuk badan ibu takda beza sangat maka ia anak lelaki, tapi kalau bentuk badan ibu mengembang dari belakang maka ia anak perempuan. #pray4MH370

Last but not least, Ustazah dan Ustaz ada berkongsikan ayat-ayat al-Quran yang boleh kita amalkan sekiranya kita berhajat untuk memperolehi anak lelaki. Aku tak pasti samada ustazah ada sharekan doa untuk dapat anak perempuan semalam, pasal masa ni aku dah sibuk memujuk Mira yang tak henti nangis! Huh! #pray4MH370

My Precious Pearls!

Personally, i don't have any problem whether anak-anak aku akhirnya semua perempuan atau akan ada seorang/lebih anak lelaki. Apa yang aku patut rasa sekarang adalah bersyukur dan menjaga mereka berdua dengan penuh kasih sayang seperti yang diamanahkan. #pray4MH370

Plus, kelincahan dua orang budak kenit ni boleh mengalahkan 5 orang budak lelaki pada satu-satu masa! So, sebelum aku boleh handle seorang anak lelaki, aku kena berjaya handle dua orang budak perempuan comei ni dulu hahaha. Setiap hari bikin kepala ibu fenin, tapi hati ibu riang! Love you my precious Pearls! (^_^) #pray4MH370

#pray4MH370

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Farah tak ada petua2 pun, jalan jer... terima dan redha dengan apa yang Allah bagi...

    ReplyDelete
  2. rezeki masing2 kak..
    x kesiah ler satu jantina,
    satu lebih bari dari tiada :)

    comel sungguh anak akak tu..

    ReplyDelete
  3. anak sy 3 lelai :D cuba utk perempuan jika diizinkanNya

    ReplyDelete
  4. sebaik mana kita merancang, perancangan Allah adalah yg sebaik2nya kan.. x kisah apa jantina sekalipun, janji sihat sempurna. itu sudah mencukupi

    ReplyDelete
  5. Rezeki masing2 kan.. saya berat sebelah juga.. 3 perempuan & sorang je lelaki hehe.. alhamdulillah.. apa yg penting ialah menunaikan tanggungjawab utk membesarkan mereka menjadi insan2 dgn sempurna... in shaa Allah...

    ReplyDelete
  6. Sy pun x kisah, tapi org len yg dok busy body klu kita. Dpt sepasang kn...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM