Apasal Tak Boleh Send Entri Blog Di FB?

Monday, March 03, 2014


Assalamualaikum!


sumber : google

Aaarghhhh! fenin! fenin memikirkan kenapa mendalah ni tak mo pergi kat FB? Apa dah jadi ni?? Meroyan kang haaaaaaa! Dah beberapa hari dah dia jadi pe'el begini. Kenit tak usik apa-apa kot kat blog ni, tapi pasaipa susah sangat nak 'send' terus entri ke group-group di Facebook?? Kenit gigit jugak kang laptop ni! Huh!

Gambar 1


Masalah bermula bila kenit nak send entri kat group-group di FB menggunakan button SEND di bawah post kat blog tu. Bila tekan 'send' dia tak mo gi! 2-3 kali tekan pun dia tak mog gi. 

Then, kenit try copy url entri dan paste satu-satu kat group di FB, macam dulu-dulu. Tapi tak leh gak!! Alih-alih dia kuar macam kat atas (Gambar 1). Apasal pulakkkkk???? Send dari blog tak boleh, send satu-satu kat group tak boleh? Apekejadahnya ini sumer??

Puas kenit godek-godek, kot-kot kalau ada tuto bagaimana nak troubleshoot benda ni. Tapi, takda. Seolah-olah button 'Send' kat blog tu dah tak berfungsi gamaknya!



Gambar 2

Last resort, kenit try plak cara ni. Copy url entri dan paste di group FB yang kita nak. Cuma, jangan padamkan url entri tu (dalam kotak merah). Kalau dipadam url tu, dia akan keluar mesej macam kat dalam Gambar 1 tadi.

Pastu, bila tekan 'kirim' akan keluar kotak security check ni dan kena isi la pulak kod-kod tu setiap kali! Pastu barulah entri kenit 'melekat' kat dalam group-group tu sumer. Part ni yang den lomah ni! Dok ada 50+ group, semua nak kena isi kod cam ni kot?????? Aaarghhhh! Apasal la FB 'kejam' sangat kat kenit ni ye!

Ada tak antara korang yang pernah alami atau sedang alami macam yang kenit alami sekarang ni?? Tulun la bantu kot-kot kalau ada expertise kat sini, acaner nak settle mendalah ni? Atau ia sekadar sementara aje? Selagi benda ni tak selesai, selagi tu la kenit terpaksa buat cara yang macam tadi tu .... tak mo arrrr uwaaaaaa! >.<


You Might Also Like

23 pengomen comel

  1. Assalamualaikum kenit.. sheila punya ok je. kalau buat guna phone memang tak jadi. dah cuba refresh banyak kali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila, kenit guna pc tak pernah share guna phone pun, refresh pun sama camtu jugak. Kenit pelik naper tetiba jadi gini ye? :(

      Delete
  2. tak pernah pulak alami benda nie,.mybe something wrong kot dgn coding...ataupun refresh je banyak kali macam sheila cakap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah refresh banyak kali dah kak, naik lenguh menekan butang anak panah bengkok tu hehehe.

      Delete
  3. setakat ni belum pernah lagi face problem cam ni kenit... hurmm.... tunggu jap2 lagi kot ok ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm harap2 macam tu la dear, mood down la kalau berterusan begini.

      Delete
  4. Assalammualaikum.. kenit,

    dahulu mselim3 pernah kena masalah macam nie.. sebenarnya bila kita ping byk artikel kat FB.. FB detect spam.. sbb tu ada ver.word kat gambar tu.. insallah masalah akan settle jika kita kurang ping artikel kat FB..
    Nak ping artikel boleh tp jarak-jarak kan masa.. dari group ke group.. k

    mselim3

    pls: harap membantu k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam mselim,

      Hurmm maknanya, kenit kena slowkan sharing entri blog di FB? Mana aciiiiiii??? hehehehe. Barangkali betul jugak tu mselim, ni 1st time kenit kena camni. Dulu share lelaju pun takpe, skrg ni FB dah pandai nak tuduh kenit ada spam ye.

      Takpela, mselim memang kenit kena share group by group pun la ni, tapi tak tahan kena isi ver. code tiap kali! haus jari chek! :D

      Terima kasih atas infonya ye :)

      Delete
  5. akak pun pernah jadi macam ni...godek sana godek sini..ok dah..cuma lupa stepnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. adehhh kenit pun tak tau nak godek ape lagi nah ni hehe :D

      Delete
  6. Replies
    1. ekekekekeke sedang bertabah la ni :)

      Delete
  7. oo yg mcm tu pernah kena. dia suruh taip word tu kan. mungkin kita send dlm kuantiti byk n kerap dlm suatu masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak yumida, pasal akak guna button send yang dekat blog ni kan, boleh hantar sekali banyak hehe :D

      Delete
  8. Letih juga mcm tu.. susah juga sbb fb pun bnyk pembacanya. Semoga dipermudahkan & cepat selesai ye.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abg khir, insyaAllah mudah2an :)

      Delete
  9. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  10. saya adalah mangsa kekejaman yang sama ngan kenit.nak buat macam mana,share satu tempat ajelaa...malas nak bubuh benda alah yang kat atas tu.boring giler....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kasih, memang kejam mereka tak bagi kita share di fb hehe :D

      Delete
  11. Mungkin ada sstgh group dia x bg share kot... Tpi kdg2 hdpi juga mslh tu...

    ReplyDelete
  12. So far tak pernah kena lagi...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM