Bila Gadget Dah Tak Laku!

Saturday, March 01, 2014


Assalamualaikum!

Sejak budak-budak ni bersekolah, memang jarang sangat dah diaorg ni nak mengadap game di tablet. Masing-masing penat bila dah sampai umah, siapkan homework dan makan malam. Pastu tido dan kena bangun awal lagi esoknya. Tambah pulak, aku dah tetapkan peraturan hari persekolahan tak dibenarkan main, tengok, hadap segala jenis game atau kartun di tab, handphone atau laptop. Kalau nak main, main tulis2, melukis mewarna hatta menconteng saja pun aku tak kisah. 




Disebabkan kakak dan adik suka sangat menulis, mewarna dan menconteng di atas kertas sampai kertas A4 yang ayah beli pun habis di tangan diaorg, dan aku lah yang jadi 'DBKL' dalam umah mengangkut segala khazanah alam yang diaorg tinggalkan lepas menulis, maka ayahnya berikan whiteboard ni untuk dikongsi kakak dan adik.

Memang satu whiteboard ni tak cukup untuk dua orang budak kenit ni, tambah diaorg selalu berebut benda dan ada masa taknak berkongsi. Tapi, saja ayahnya belikan satu aje, nak kasi ajar supaya berkongsi dengan adik beradik. Mana leh tahan nak beli dua memanjang! Rabak poket ayah ko nak!




Bila dah ada whiteboard, game kat tab dan handphone memang tak laku dah la. Bangkit pagi, sapa celik mata dulu, dialah yang gi amik whiteboard ni kemudian mulala menulis sampai habis dakwat marker pen tu! Semalam, sebatang marker pen biru habis adik pulun sorang. Arini, kakaknya ada di sekolah untuk program solat sampai petang, lagi sedap la dia conquer whiteboard tu seorang-sorang muehehehe.

Aku plak tak perlu pening-pening lagi download game tuk diaorg. BIG Alhamdulillah! (^_^)




"Inilah ibuuuuu!"

Ikhlasnya Mira melukiskan wajah ibu begitu muehehehe. Rambut panjang ikat dua, rambut atas tak berapa nak ada, pakai baju bunga. Takleh tahan tengok hidung 'J' dia, begitulah gamaknya dia bayangkan bila tengok idung ibu ni hehe.




You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Wahh baguslah.. ada kalanya itu lebih baik buat mereka kan.. Semoga berjaya.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... pandainya dia lukis gambar ibunya...

    ReplyDelete
  3. hehe.. boleh tahan lukisannye.. hidung bentuk j.. senang lukis..

    ReplyDelete
  4. Walaupun whiteboard lebih murah, tapi ternyata ia lebih baik untuk budak-budak tu

    ReplyDelete
  5. Itulah ygsebaiknya.. Sy lgsung x bg tgk gadjet pd anak2...

    ReplyDelete
  6. Hehehe...comel mira lukis wajah ibu camgitu..=D

    ReplyDelete
  7. nampaknya peralatan menulis lebih & masih praktikal biarpun dgn kemudahan teknologi yg kita kecapi skrg ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM