Wednesday, March 05, 2014

# Cerita My Pearls

Bila Sepupu Bertemu


Assalamualaikum!



Bercahaya muka kakak dapat pangku baby! muahahaha. Anak sapa yang kakak pangku ni?? Inilah salah seorang anak buah kenit merangkap anak buah lelaki pertama merangkap cucu lelaki pertama! Haaaa debab budak ni! hehe.

Sebelum ni, cucu atok wan semuanya 'girl power'! haha. Cucu sulung, Aten yang kini dah pun belajar di tingkatan 1. Kalau balik kampung, dialah yang paling pemalu orangnya. Duduk pun jauh-jauh je dari atok ngan wan takut kena peluk! hehe. Maka, tinggallah cucu-cucu yang masih kecik ni yang boleh dipeluk cium atok ngan wannya.


Alolololo comei debab kecik ni!

Bobo (bukan nama sebenar) adalah panggilan manja buat si debab kecik ni. Papanya la yang suggest nama Bobo ni masa dia lahir hahaha. Muka comei-comei dipanggilnya Bobo!! Ape daaaaa papa! 


Boolatttt mata! Baru 8 bulan ni.

Nama sebenar Bobo ..... i dunno! Seriously, kenit tak hafal nama-nama anak-anak buah kenit sebab nama-nama diaorang sumer ada nama depan, nama tengah dan nama hujung! Memula kenit panggil dengan panggilan 'Bobo' tapi, rasanya cam tak ngam ngan dia, maka kenit tukar panggil Rayyan sebab salah namanya ada Rayyan hehe.

Sekarang, papa Rayyan dah tak suruh panggil 'Bobo' dah. Dia suruh panggil Rayyan 'Bo...BoTAK!! Rosak nama anak papa kerjakan!! T___T. Ucu (kenit) tetap panggil Rayyan! Rayyan bestttttt! 


Muka kakak macam tak larat je nak pangku Rayyan tu haha

Kakak memang cukup suka melayan Rayyan. Rayyan pulak memang suka dan tak kisah kalau orang dukung dia ke, pangku dia ke, pegang dia ke. Selamba je dia buat muka takda perasaan. Lagi syok ar kawan tu mendukung dia! hehe. 

Sekali sekala bertemu sepupu-sepupu ni, mesti ada benda nak dimain. Dengan baby pun kakak boleh layankan. Diciumnya pipi budak tu, dipeluknya budak tu. Pastu cakap, "Eeeiii geram kakak tengok dia bu!!". 


uwekkkkkkk!

Rayyan adalah anak ketiga abang kenit yang sulung. Dia kahwin paling lambat antara kami bertiga tapi anak dah dok ada 3! Kami masing-masing baru sorang dan dua orang hehehe. Takpe, kasi can kat orang lama beranak ramai sikit ekekeke.




Haaaa ini kakak Rayyan. Namanya ..... sorry i have a bad memory. Tapi, we all panggil dia Kiki! Ni pun papa dia yang suruh panggi Kiki haha. Umurnya baru 3 tahun pelat sikit macam Mira dan susah nak dengar suara dia hehe. 


Khusyuk anak murid tengok cikgu tulis hehe

Anak buah yang no.2 takda aritu. Ummi dan papanya tak bawa sekali, tinggalkan kat umah pengasuh. Yang tengah tu, kami panggil dia Dedeq. Pun tak ingat nama penuhnya hehe. Kesian ... anak tengah macam tu la gamaknya ye hehehe. Umminya kata, Dedeq buas sikit, tak laratla umminya nak menghelon sekali 3 orang! Kalau balik kampung pun, Dedeq memang tak berapa 'diendahkan' hahaha. Tu sebab dia independent dan tak mudah nangis.


Peace!!

Berbeza ngan kakak, Mira lain pulak citernya. Dia tak berapa berahi nak pegang atau dukung budak. So, memang takda la gambar dia mendukung si Rayyan aritu. Mungkin sebab dia sendiri merasakan dia juga masih 'baby' cuma jenis 'baby' yang besar dan dah reti berjalan sendiri hahahaha.




Haaaaaa! tapi kalau bab mendodoi baby, ko bagila kat Mira!! Konpom baby tido hahaha! Mira cukup suka menidurkan baby dalam buaian. Masa ni, Rayyan nak tido dah. Mira standby depan buaian nak tolong maklongnya enjutkan Rayyan sementara maklongnya buatkan susu.

Adehhh! berpusing kepala tengok umah macam tongkang pecah! Tapi, aritu dimaafkan pasal budak-budak yang banyak mainnya hehehe. 




Macam-macam cara Mira nak dodoikan Rayyan. Dia menyanyila, berzikir la pastu enjutla buaian tu sampai kesudah! Rayyan dah tido pun dia dok enjut lagi. 

Pandai anak-anak ibu buat 'latihan amali'. Sorang dah boleh mendukung, sorang dah boleh mendodoikan. Kakak adik buat 'praktikal' dulu ye sayang, sok lusa senang sikit keje ibu hehe.


8 comments:

  1. ehehe tebamnya rayyan..dah boleh dah anak2 akak tu jaga adik..nak beradik tu nampaknya ehehehe

    ReplyDelete
  2. tolong ayun tu kira dah cukup baik..rajinnya dia

    ReplyDelete
  3. Hahaa..cute je Rayyan tu senyum.. :D :D

    ReplyDelete
  4. sangat suka bila semua anak saudara balik kampung..masa tu la boleh bermain dengan mereka..rasa xnak balik umah sendiri...hhuhu..
    rayyan si comel tu...rasa nak gigit pipinya

    ReplyDelete
  5. bila bertemu, bergabung, meletop.. ahahah

    ReplyDelete
  6. seronok tengok gelagat budak² ni :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?