Wednesday, March 19, 2014

# Frog VLE # Informasi Dan Tips

Frog VLE Dan Chromebook


Assalamualaikum!


Actually, benda ni lama dah berlangsungnya awal tahun dulu tu sebelum Raya Cina hehe. Tapi terlepas pandang sokmo! Masa tu kakak ada kelas ganti di sekolah. Lepas habis kelas, parents yang datang awal sebelum tu dah pun mendaftarkan nama untuk taklimat istimewa Frog VLE & Chromebook. Sebelah petangnya pulak ada mesyuarat PIBG. Tapi, kenit pergi taklimat Frog VLE tu je, tak dayo nak menapak kek situ sampai potang! #pray4MH370

Advance sungguh budak-budak sekarang ni belajar. Teknik pembelajaran pun dah lain macam berbanding zaman-zaman kita dulu. Kadang-kadang kenit terfikir, bolehkah anak kenit catch-up dengan kekdah yang super canggih ni? hehe. #pray4MH370




Kelas katak??? itu hanyalah istilahnya aje. Tapi, bukan katak yang belajar dalam kelas atau bukan belajar menggunakan katak ye hehehe. Sebelum tu, kenit nak share sikit apa itu Frog VLE. VLE stands for  "Virtual Learning Environment"#pray4MH370

Frog VLE Di Sekolah

Macam mana kaedahnya belajar dengan Frog VLE ni? Frog VLE menekankan pembelajaran dalam bilik darjah secara maya. Bayangkan dalam sebuah kelas, murid-murid didedahkan kepada sumber ilmu yang tidak terbatas sekaligus membantu meluaskan ilmu pengetahuan murid-murid. #pray4MH370

Contoh : guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya (online) sementara pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah serta menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui internet#pray4MH370

So, program pembelajaran secara Frog VLE ini dijayakan oleh sebuah syarikat korporat tempatan iaitu YTL Communications yang mendapat kerjasama dari 1Bestari Net di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia#pray4MH370




Memang teruja murid-murid nak mencuba kaedah baru ini, apatah lagi kebanyakkan budak-budak zaman sekarang dah expert bab-bab internet ni. Projek ini bagus dan sedang dijalankan di hampir 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. #pray4MH370



 


Kemudahan Frog VLE Di Sekolah

Sementelah kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah secara online, maka dah tentulah guru-guru dan murid-murid di sekolah memerlukan alat atau kemudahan untuk mengakses internet kan. Bagi menjayakan projek bermanfaat ini, YTL Foundations bermurah hati turut menaja chromebook ke sekolah-sekolah di bawah yayasannya secara PERCUMA!! #pray4MH370


Inilah rupa chromebook yang akan digunakan
pelajar di sekolah.

Menariknya, sekolah kakak turut termasuk dalam projek ini. Lebih menarik, YTL Foundations sangat bermurah hati menyumbangkan lebih 90 buah chromebook untuk sekolah kakak dan dijangka menambah lagi 30+ untuk tahun ini. Terima kasih YTL!! (^_^) #pray4MH370



Kemudahan akses internet adalah satu aspek lain yang perlu diambil berat. Maka, dengan itu projek Frog VLE ini juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan akses internet berkelajuan 4G di sekolah-sekolah sekali gus memudahkan dan mempercepatkan proses pembelajaran di sekolah. Ohsem!! #pray4MH370

Untuk masa sekarang, kaedah pembelajaran secara Frog VLE di sekolah kakak dimulakan dengan murid-murid dari Tahun 4, 5 & 6. InsyaAllah, mungkin pada masa akan datang, Tahun 1, 2 & 3 akan turut menikmati kemudahan tersebut. #pray4MH370

Bersemangat si kenit ni mendengar orang bercakap di depan hehe

Kaedah Frog VLE

Melalui taklimat ringkas yang disampaikan oleh orang kuat YTL Foundation hari tu, kaedah yang cuba diterapkan kepada murid-murid adalah berkonsepkan game atau word-game. Tak macam buku teks yang selalu kita gunakan. Dalam laman web khas itu, murid-murid bermain word-game atau mathematic game sambil menjawab soalan. Kalau jawapan betul, ada poin (markah), kalau salah boleh cuba lagi. Fun kan!! #pray4MH370 



Selain itu, kebaikan yang boleh didapati dari kemudahan Frog VLE ini ialah, parents juga boleh akses ke laman web guru-guru yang memberi tugasan kepada anak mereka. Parents juga boleh mencipta ID sendiri dan dihubungkan ke laman web cikgu dan anak mereka. Notifikasi akan diberi kepada parents jika ada homework atau ujian yang perlu disiapkan anak mereka. Markah diaorg pun kita boleh tengok tau! So, anak-anak takleh mengelat lagi kalau kita tanya berapa markah periksa diaorg hehehe. #pray4MH370


Bercakap pasal ujian tadi kan, contohnya jika cikgu nak beri ujian pada hari tersebut, parents akan diberi notifikasi. Murid boleh mengambil ujian tersebut walau dimana jua mereka berada. Di kampung, di hotel, di pulau atau berada di dalam kapal terbang selagi akses internet boleh didapati. Setelah habis ujian tersebut, markah akan diberi terus dan dipaparkan di skrin laptop/pc, means serta merta kita boleh tahu berapa markah yang kita dapat masa tu jugak!! #pray4MH370

Dan, ini sedikit sebanyak meringankan tugas cikgu yang mana sebelum ni, time exam la yang paling memenatkan sebab kena tanda kertas ujian beratus-ratus helai!! #pray4MH370

Itulah sedikit sebanyak perkongsian kenit tentang taklimat Frog VLE di sekolah kakak hari tu. Kalau korang nak lebih tahu tentang Frog VLE, boleh ke laman web 1Bestari Net. Kat situ ada penerangan terperinci mengenainya. #pray4MH370

#pray4MH370

9 comments:

  1. Assalamualaikum sis.. Wah! Canggih betul kaedah pembelajaran sekarang ye.. Zaman kite dulu xde lain melainkan papan hitam ngn kapur.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak kalau diberi pendedahan terhadap kanak-kanak tentang ni..jadi taklah kanak2 bosan nak belajar..akak baru 1st time dengar nie kenit

    ReplyDelete
  3. wah thanks for sharing dan bagi ilmu pada mummy Ash kenit...he he he... at least mummy Ash is up to date with the new things in our education system...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kenit.. menarik gak ni... selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

    ReplyDelete
  5. khusyuk dan tekun masing-masing kan ^^

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan semuanya & mudah2an membawa kebaikan yg berpanjangan kpd semua pihak.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. singgah untuk menabung..menarik entri anda.

    ReplyDelete

Apa kata korang?