Hazwani Ada Kakak?

Monday, March 03, 2014


Assalamualaikum!




Kalau diingat kembali perisitiwa tu, memang nak tergelak rasanya. Haihhhh kakak .... baru darjah satu je pon! 


Hari Sabtu lepas, ada program solat di sekolah untuk darjah 1 hingga darjah 6. Malam sebelumnya, kakak dah excited tak boleh tido nak nunggu hari esoknya. Baju yang dia pakai ni, baju raya tahun 2010 muehehe, tapi baju ini jugaklah yang dipilihnya. Dah naik sendat dah aku tengok, tapi dia suka baju tu pasal coraknya lawa hehe. Kena pulak ngan tudung bertingkek-tingkek tu .... macam nak gi beraya dah aku tengok!

Bila habis program, aku dah standby depan pagar tunggu dia keluar. Sekali, ada sorang budak besar sikit dari dia jalan bersama ke arahku. Aku ingatkan pengawas yang ditugaskan jaga budak-budak sementara tunggu mak pak datang. Sekali ........ ??

Tetiba je budak besar tu cakap "salam" dan kakak terus salam tangan dia. Aku tengok dalam kepelikan yang menggelikan hati. Takkan kena salam pengawas sebelum nak balik kot??

"Siapa budak tu kak? naper kakak salam tangan dia?"

"Tu kakak angkat kakak ..... "


O_O

Kah!kah!kah! bukanlah niat nak gelak kat anak, tapi memang tergelak sungguh la aku kat kakak hari tu kah!kah!kah!.Kakak .... Nurul Hazwani ... anak ibu ..... ada kakak angkat????????? aku bermimpi ke ni? muahahahaha.

"Naper dia jadi kakak angkat kakak?"

"Sebab dia kata kakak comel?"

kah!kah!kah! memang comel .... kakak memang comel macam ibu :D

"Kakak ada berapa kakak angkat ni?"

"Lima orang...."

"Kakak tau tak kakak angkat tu apa?"

"Tak tau ...."

"Dah tu, naper kakak terima dia jadi kakak angkat kakak?"

"Sebab dia kata kakak comel....."

Kah!kah!kah! anakkk.....anakkk....tak sangka darjah satu dah ada kakak angkat. Ibu dulu pun, budak suruh jadi kakak angkat untuk dia pun ibu tak layan. Terer ko kak! 

T___T



You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. budak2 sekarang dah advance dear, kecik2 lagi dah berangkat2 dah...he he he... wah popular wani ek... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. popular?? wani?? muahahaha gelak kenit :D. Budak darjah satu tak tahu mende apapun 'kakak angkat' tu hehe

      Delete
  2. masa zaman2 kita pun selalu dok ber"angkat" ni kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit tak la seberuntung wani ni kak haha. Dulu budak baik je nerd je blur je kenit ni hahaha :D

      Delete
  3. kakak memang comel pn..nnti mesti bertambah lagi bilangan kakak angkat dia..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takde maknenye, ibu kena tapis dulu kot :D

      Delete
  4. Hahaa.. asalkan akak angkat dia boleh membimbing utk kebaikan ok letiew hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan le kennnnnnn ekekeke :D

      Delete
  5. Hihi....budak skrg...dulu malas nak layan kakak angkat nie...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM