Monday, March 24, 2014

# Kenit Review # Story Kenit

Kek Cantik Tapi ....


Assalamualaikum!

Last week, kitaorg plan nak gi cari birthday kek untuk kakak dan adik. Selalunya, kitaorg gi beli kat kedai bakery berhampiran ngan rumah je, tapi dek kerana dah boring dengan rasa dan dekorasi kek yang ntah apa-apa, kami bertukar 'angin'.

Kawan Pak Jelan pun rekomen satu kedai kek kat Setiawangsa. Katanya kek kat situ harga berpatutan dan keknya pun cantik-cantik. Ok set! malam tu lepas maghrib kami pi la sana. 












Memang rambang mata kami anak beranak malam tu! Apatah lagi budak-budak ni kejap nak kek tu, kejap nak kek ni. Kitaorg pun teruja tengok kek-kek yang ada kat atas ni. 

Ada juga kek yang dijadikan sebagai hiasan, diletak dalam bekas berkaca sebagai tatapan pengunjung kot.


Beg tangan 

Barbie

Volkswagon

Train
Dah puas 'cuci mata' akhirnya, budak-budak ni setuju untuk beli kek yang sederhana je saiznya. Nak beli kek besar, orang yang nak makannya tak ramai. Tambah esoknya, kami dah kena naik bas ke Melaka. Jadi, leceh nak bawa kek besar naik bas.


Belikan jugak la topi birthday tuk satu sorang hehe

Tak dinafikan memang cantik-cantik kek kat kedai tu. Semuanya sedap mata memandang dan harga agak berpatutan. Tapi, ada satu yang telah 'mencacatkan' pemandangan dalam kedai kek tu. Sebelum tu, kita ni orang Melayu selalu dok bangga ngan orang lain yang orang Melayu murah dengan senyuman, peramah dan mudah mesra. Tapi, apa yang kenit alami malam tu memang OPPOSITE!!

Boleh sorang pekerja tu tunjuk muka 'longkang' kat kami? Layan macam taknak layan je. Kami berkenan kat satu kek tu, tapi krim tepi dia dah 'cacat' sikit, bila tanya samada bolehkah dia 'repair' bahagian yang 'cacat' tu, tahu apa dia jawab??

Dengan muka masam masih tak mo senyum, dia kerling kami dan menggeleng kepala (mungkin nak nyatakan tak boleh). Bisu ka apa??? Tak boleh cakap sepatah langsung ka??? Mahal sangat suara tu sampai tak boleh nak cakap ,"maaf kak kek tu  memang tak boleh di'repair dah". Susah sangat ka nak cakap lagu tu?? Bila Pak Jelan tanya pun, dia buat dekkkkk je! >.<

Dah la tak senyum kat pelanggan satu hal! Tak berkomunikasi langsung ngan orang! Ko ada gaduh ngan sapa2 kat umah ke? Kalau ada masalah peribadi jangan dibawa sampai ke kedai. Nak meniaga muka kena manis dan senyum ngan pelanggan, baru pelanggan nak datang lagi. 

Tolongla ...kalau tak teringin nak senyum ngan orang, jangan duduk kat bahagian serve pelanggan. Pi duduk kat dapur atau belakang kedai, orang pun tak marah. Kenit perasan, dengan pelanggan lain pun dia buat tunjuk muka masam. Kami memang tak puas hati ngan layanan pekerja tu. 

Sorry cik akak, just pesanan ikhlas dari kenit. Lenkali pasangla muka senyum tu kalau berhadapan dengan customer. Senyuman melambangkan keikhlasan. Dah, kalau ko pun tak ikhlas nak senyum, orang lagi menyampah nak membeli kat kedai ko. Harap lepas ni berubah la.

#pray4MH370


7 comments:

  1. Itu yg mmg tak syok beli beli kat kedai.. muka masam mencuka.. mmg tak baik mcm tu. Nnti bnyk org menyumpah, boleh jadi doa pulak...

    ReplyDelete
  2. Dia mai p***** kot kenit.. hehehe.. tapi btl la tak sepatutnya layan customer mcm tue kan..

    ReplyDelete
  3. Wah, memang cantik2 belaka kek2 tu semua. Tapi itulah, pelayan tu ada masalah kot.

    ReplyDelete
  4. sabar NK..kek tu mmg cantik cuma yang rosaknya..cik akak yang kat kedai tu,ya..hrrmm..gaduh ngan boipren kot?..btw,SB dtg top up apa yg patut untuk awak :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kenit, sebab tu sheila jarang sangat pergi kedai kek. selalu dah kena camni.. boring rasa nak beli barang kalau peniaga layan kita macam nak taknak je.. adehhh camne rezeki nak masuk kalau customer layanan mesra pun takda T_________T"

    ReplyDelete
  6. wahhh menarik nyer ! suka la blog nie..

    ReplyDelete
  7. Kek yang manis pun boleh masam mcm tu kan..wat spoil je nk sambut bday...pkerja memang kalau bos x ade..,layanan hampeh..kalau ada bos...puhhh

    ReplyDelete

Apa kata korang?