Kenangan Dari S.A.B FORM 6

Tuesday, March 11, 2014


Assalamualaikum!

Semalam dok sibuk mengemas almari lama dalam bilik, terjumpa khazanah berharga lama kutinggalkan. Tak sangka dah 12 tahun lamanya aku meninggalkan alam persekolahan. Then, terkenang kembali kenangan lama sewaktu jadi pelajar Form 6 Sekolah Menengah Aminuddin Baki. Level paling susah pernah aku tempuh!! muehehehe. #Pray4MH370

Barisan hadapan AJK Lembaga Displin sekolah

Masa ni pengetua sekolah ialah Pn Limah Ahmad (kalau tak silap aku la). Kat sinilah aku dapat merasa jadi pengawas sekolah muahahaha. Sumpah! Form 6 memang sangat mencabar bagi diri aku, lebih-lebih lagi belajar di sekolah yang tergolong dalam antara yang terbaik di W. Persekutuan. #Pray4MH370



Manisnya senyumankuuuuuuu hehehe :D

Pertama kali aku dapat surat panggilan ke Form 6 di SAB, teruja sangat! seronok sangat! Tapi, bila dapat tahu aku masuk kelas mana, aku rasa nak berhenti hari tu jugak! Mujurlah abah garang masa tu, so aku gigihkan jugaklah tamatkan Form 6 disini hehe. #Pray4MH370



My 2002 classmates

Tau apa yang membuatkan aku tensi sekejap? Ni la! Cer tengok, dalam gambar kelas ni ader SEORANG je wanita MELAYU TERAKHIR dan akulah wanita tu!! Entah macam mana cikgu tu boleh kira pointer aku dan menyebabkan aku terperosok masuk ke dalam kelas Sains! #Pray4MH370  

Memula tu memang sunyi je hidup ni rasanya. Nak berborak cam susah je kan hehe. Kalau nak bergosip ko kena pandai cakap bahasa Cina atau speaking English baru sedap berborak hahaha. Dah, aku takat cakap "toche toche" tu boleh la. Takat kira 1-10 dalam mandarin tu bolehla muahahaha. Tapi, i tried to look at the bright side ; aku jadi lebih pendiam dari biasa hence dapat mengawal tahap kebisingan dalam kelas muahahaha! #Pray4MH370



3 angels from left : Santhi, Shwu Tyng dan meeeee!

Inilah kawan susah senang aku masa di sekolah. Kami bertiga ni dari Sekolah Menengah Convent Jalan Peel (CPR) sebenarnya. Kebanyakan yang masuk Form 6 di SAB datang dari CPR. Jadi, aku tak kekok sangat nak bercampur ngan diaorg. Santhi sangat humble dan sporting. Very soft spoken, kalau dia marah pun tak nampak macam dia tengah marah hehehe. #Pray4MH370

Shwu Tyng is the cleverest student yang pernah aku jumpa. She's very humble too dan murah dengan senyuman. Sweet je diaorg ni! Rindu sangat kenangan dulu, lepas habis kelas terus gi kantin kuarkan buku dan nota masing-masing then buat study group. Aku kalau takda dua orang ni, memang takleh fokus belajar. Pada merekalah tempat aku bertanya itu dan ini selain dari cikgu. Santhi masih lagi berhubungan dengan aku di Facebook cuma Shwu Tyng je aku tak pasti dia berada di mana dan macam mana dia sekarang. Last aku dapat tahu dia sambung study kat Melaka. If you happen to read this, i just wanna say I MISS YOU WONG SHWU TYNG! T___T #Pray4MH370


Kenangan Form 6AB

Haaaaaa kalau dilihat dari yearbook aku ni, memang terserlah kelebaman dan keminyakan di wajah aku muehehehe. Masa ni, kilang minyak sendirian berhad sedang 'berkembang maju' menghasilkan lebihan minyak dan 'kawah-kawah' jerawat yang menyakitkan mata! Tapi, masa ni aku tak amik port pasal jerawat ni maklumla feeling tu masih kebudak-budakan sebenarnya ekekekekeke! #Pray4MH370

Antara pengalaman indah yang tak boleh aku lupakan masa di Form 6 ni, ialah projek sains. Ada satu assignment tu, kami dikehendaki tangkap serangga dan awetkannya. Aku, Shwu Tyng dan Santhi pergilah kat Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Perdana setiap hujung minggu tu cari serangga macam kumbang atau rama-rama. Satu taman tu kami tawaf! Last-last kedai cenderahati tu jugak yang kami singgah, beli terus serangga yang siap diawet di situ hahahaha! #Pray4MH370

Satu lagi yang aku tak boleh lupa, pengalaman bedah tikus di makmal! Setiap seorang dibekalkan seekor tikus putih macam tikus makmal tu la tapi besar sikit. Dapatla merasa membelah perut tikus dan tengok organ dalaman tikus tu hehehe. Geli?? takda maknanya, excited lagi ada!! Tak perlu takut kuman pasal tikus ni kami tempah khas dan dijamin bersih hehe. Time tu la kami belajar mana jantungnya, potong hatinya, tengok sistem peranakannya dan lain-lain. Dapat jugakla merasa jadi 'doktor bedah' sekejap masa tu hehe. #Pray4MH370

Tau apa lagi yang aku jumpa semalam?? #Pray4MH370






Pergh! tak ingat plak aku ada menyimpan nota-nota Form 6 lama ni hehehe. Dah lama tak membelek, seronok pulak membeleknya semalam ekekeke. Gila tak gila, kaedah gini je la yang dapat bantu aku faham tentang apa yang dibelajar di sekolah. Kena buat nota simple jugak! Kena ada tulis-tulis jugak baru leh masuk dalam paler otak ni. Kalau takat membaca terus dari buku teks, memang tak buka la jawabnya hehehe. #Pray4MH370








Nak nangis rasa tengok nota aku sendiri hehe T__T #Pray4MH370


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. seronok kalau imbas balik memori masa sekolah dlu kan kenit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok kak. Bila dah bekerja ni, terasa pulak nak jadi budak sekolah balik hehehe :D

      Delete
  2. tiba2 terimbau kenangan lama juga...

    pstt..kenit dah ada no farah tu bolehlah kita what's app what's app...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait dear, malam ni malam ni wassap hehe :D

      Delete
  3. Kenangan spt ini klu diingat kdg2 boleh timbul sayu.. terkenang2... nostalgia kan..
    Nice sharing kenit.. :)

    ReplyDelete
  4. terkenang pulak mama masa form six dulu...

    ReplyDelete
  5. Wah.. Ex-student SAB... Hebat tu...

    ReplyDelete
  6. Salam sis. Habistu dapat pointer brap mase fom6 dulu.sng ke nk score? Hihi. *Tumpanv bertanya

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM