Friday, March 14, 2014

# Denaihati.Com # Kenit Review

Naskah Hebat Dari Denaihati

Assalamualaikum!

Masih lagi dalam mood #SBB2014 yang telah berlalu lebih kurang seminggu lalu. Kelancaran majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 masih rancak diperkatakan sana sini terutamanya dalam komuniti blogger. Satu yang menarik perhatian kenit adalah pemberian naskah oleh pihak Denaihati sebagai cenderahati kepada bloggers yang hadir pada hari itu. #pray4MH370


Memang kenit nak review pun buku pemberian dari Denaihati ni hehe. #pray4MH370

Macam yang kenit tulis di {SINI}, takdir Allah menemukan kenit dengan komuniti blogger yang besar dan hebat dan antaranya ada bloggers yang boleh dijadikan sebagai ikutan dan contoh terbaik buat kami yang masih 'hijau' ini. Untuk menghasilkan sebuah naskah hebat seperti ini bukanlah mudah. Memang tak mudah. Pemiliknya sendiri perlu melalui pahit getir, suka duka dan cabaran hidup dalam mendapatkan hasil dan manfaat yang boleh dikongsi bersama dengan orang lain.  #pray4MH370

Kerja Amal


Naskah Denaihati banyak memuatkan tentang pengembaraan dan pengalaman samada secara peribadi mahupun secara professional. Antara kisah yang menarik perhatian kenit apabila pertama kali menyelak halaman buku ini ialah, perkongsian pengalaman team Denaihati melakukan kerja kebajikan di bumi Kemboja. #pray4MH370



Siapa kata bloggers hanya boleh menyumbang dengan papan kekunci sahaja? Team Denaihati telah membuktikan bahawa bloggers juga mampu memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan dan sedia menghulurkan bantuan yang termampu bersama NGO lain bagi merealisasikan impian mereka yang memerlukan. #pray4MH370

Pengalaman ini sememangnya memberi persepsi baru kepada kenit, kerana kenit begitu skeptikal dengan peranan bloggers sebelum ini. Terima kasih team Denaihati kerana membukakan mata hati ini. #pray4MH370

Sahabat Sejati


Turut dimuatkan dalam naskah Denaihati ini adalah, cerita tentang Arwah Jejai, seorang rakan dan sahabat yang sangat dikenali dalam komuniti blogger. Kenit kira team Denaihati mempunyai hubungan akrab dengan arwah dan kenangan terakhir bersama arwah diabadikan dalam buku ini sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang seorang sahabat. #pray4MH370

Walaupun kenit tidak mengenali arwah secara peribadi mahupun professional, tapi perkongsian dalam buku ini sangat meruntun hati sesiapa yang membacanya. Semoga arwah tenang di sana ...al-fatihah. #pray4MH370



Nama pun dah blogger kan, jadi tak lengkaplah sekiranya takda perkongsian tips tentang dunia blog dari pakarnya. Naskah Denaihati ini turut dilimpahi dengan ilmu tentang dunia blog, bagaimana menulis blog dan cara buat duit dengan blog. #pray4MH370

"Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non-teknikal kena seimbang .... tak boleh satu cara saja"- DENAIHATI.COM




Jadi jutawan dengan hanya berblog? Bukan lagi mustahil di masa kini, betul tak? Asalkan kita tepat memilih niche blog yang sesuai maka ia boleh menjadi satu platform baru dalam menjana pendapatan melalui blog. #pray4MH370


 



Di majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 itu juga, mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing telah mengongsikan tips dan kaedah untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Tak mustahil dengan adanya tunjuk ajar dari bloggers yang hebat ini, kita juga boleh menjadi seperti mereka. Silap-silap satu hari nanti mungkin ada di antara kita juga yang berpeluang mengadakan seminar sendiri seperti Abg Ensem ni. #pray4MH370

Kembara Dunia




Buku Denaihati ini juga turut merakamkan kenangan Tuan Haji Amir Hassan sekeluarga mengembara di negara orang. Beruntunglah mereka yang dapat menyaksikan sendiri keunikan dan kecantikan di tempat orang, seterusnya diabadikan dalam satu naskah sebagai panduan dan tips yang berguna. #pray4MH370

Melancong ke luar negara merupakan antara idaman semua orang. Turut dimuatkan dalam buku ini bukan sahaja catatan perjalanan yang menyeronokkan, tetapi terdapat juga tips yang turut diselitkan bersama sebagai panduan. Contohnya bagaimana mencari restoran halal dan melawat tempat-tempat yang menarik. #pray4MH370




 Berani Gagal

Sebelum kita berjaya, kita pasti akan gagal dulu. Begitulah lumrahnya hidup bergelar insan. Bloggers juga manusia biasa dan tidak terlepas dari dugaan hidup. Pengalaman ditipu oleh rakan niaga benar-benar mengusik jiwa kenit tatkala membacanya. #pray4MH370

Memang sakit bila kepercayaan yang diberi dibalas dengan pengkhianatan. Tambah, sahabat baik dan rakan seniaga pula. Pengalaman yang dikongsi pemilik Denaihati.com ini benar-benar boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua. #pray4MH370




Lain hal pula dengan bab liat nak bayar hutang. Niat di hati nak bantu kawan, namun akhirnya memakan diri. Pengalaman ini harus dijadikan sebagai iktibar supaya kita lebih berhati-hati berurusan walaupun dengan kawan sendiri.  #pray4MH370





Last, but not least pencapaian dan penghargaan yang diperolehi oleh blog Denaihati melalui acara berprestij ini adalah antara halaman yang kenit baca dan sukai. Di sini, kenit nak ucap tahniah kepada team Denaihati di atas penganugerahan sempena MSMW 2014 baru-baru ini. #pray4MH370

Antara pencapaian tertinggi Denaihati adalah :

  • Best of The Best Blog 2012
  • Most Creative Blog 2013
  • Best Micro Blog 2014

Denaihati.com turut memenangi anugerah Best Personal Blog 2013 untuk Blogrrr Most Wanted 2013. Kejayaan ini tentunya sangat disyukuri oleh team Denaihati.com. Semoga Denaihati.com terus maju ke hadapan bersama blogger. #pray4MH370








Begitulah sedikit sebanyak review yang dapat kenit kongsikan di sini. Terima kasih team Denaihati.com yang sudi berkongsi naskah yang hebat ini dengan kami yang hadir di #SBB2014 hari itu. #pray4MH370

Perkongsian yang mantap secara peribadi mahupun profesional dalam satu naskah banyak memberi kami tunjuk ajar dan pengajaran demi untuk kebaikan bersama. Memang tepat tagline Hidupkan Untuk Memberi oleh Denaihati.com#pray4MH370

Akhir kata dari kenit, semoga team Denaihati.com terus maju ke hadapan dan teruskan hidup untuk memberi sumbangan kepada masyarakat keseluruhannya. #pray4MH370

#pray4MH370



20 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. wahh bestnya. nak baca gak buku tu.. hehee selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. boleh la join kenit..selain dapat beramah mesra dengan blogger,banyak juga dpat input yang berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang byk input berguna dlm naskah hebat no :)

      Delete
  3. Betul.. mmg menarik... mmg bnyk ilmu & tips2 nasihat yg berguna, kan Kenit.. :)

    ReplyDelete
  4. menariknya, kalau pergi hari tu, mesti banyak dapat input kan... untung kenit.... nanti share dengan mama tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mama, harap perkongsian ini bermanfaat utk kita semua :)

      Delete
  5. Kenit, good effort. This book is really interesting even i have not finish it yet..heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed Kak hehe. Kenit sempat baca kat sbb2014 aritu dn masa tunggu hubby dtg, tu yg cepat khatam tu haha :D

      Delete
  6. Banyak yang menarik dalam buku ni..fiza belum habis jelajah lagi.

    ReplyDelete
  7. Mmg byk peluang blogger sbnrnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, jika niat baik dan betul caranya tak mustahil boleh berjaya seperti pengasas Denaihati ni :D

      Delete
  8. Dah habis baca ke ni?

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  9. as salam.

    menarik! mmg untung dapat buku ni..sape2 yg nak, boleh beli nanti...'

    terbaiklah!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates