Sepetang Di Reban Ayam

Saturday, March 29, 2014


Assalamualaikum!




Haaaa ini la keje diaorg tiap kali petang menjelang. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak 'mengusik' ayam-ayam Wan. Cuaca panas pun tak jadi masalah kat diaorg, asal dapat pijak tanah, berkinja-kinja dan berlari 'tawaf' mengelilingi umah Wan.

Hari tu, Wan dapat banyak telur ayam segar! 'Subur' betul ayam-ayam Wan hehe. Setiap hari, ade je 2-3 biji telur ayam dalam reban tu. Kalau tak diambil cepat-cepat, takut ayam-ayam lain patuk telur tu dan makan isinya.


Telur ayam kampung segar dari reban

Dulu, Wan guna kaedah eram telur di kedai. Kejap antar kat kedai Cina, kejap antar kat kedai Melayu. Sebiji kira 60 sen, menetas ke tak menetas tetap kena bayar. Kalau antar 10 biji mungkin cuma 2 biji je yang menetas jadi anak ayam.

Akhirnya, Wan fed up biarkan aje ibu-ibu ayam tu mengeram sendiri. Hasilnya, lagi banyak anak ayam yang berjaya menetas sendiri.


Telur tiga suku segar dari reban! marbeles!!

Kakak bagi makan kat ayam remaja haha

Wan memang expert bab-bab ayam ni. Wan boleh kenal ayam mana dari generasi pertama sampaila ke generasi terkini! haha. Jangan main-main, sekali tengok je Wan dah tahu ini ayam umur berapa tau muehehe.




Contohnya 2 ekor ayam kat atas ni, adalah dari generasi pertama lagi. Mak tak jadi nak sembelih sebab dah tua sangat. Ayam jantan tu dah panjang dah tajinya. Yang ayam 'botak' tu pulak jalan pun dah senget-senget, memang layak digelar ayam-ayam otai muehehe.



Ayam-ayam yang dikurung dalam reban ni memang Wan tak bagi keluar, sebab ianya masih dalam kategori ayam 'remaja' hehe. Setengahnya, Wan jadikan ayam dara sebab permintaan untuk ayam dara ni menggalakkan jugak. Anak-anak ayam yang masih kecil dibiarkan bersama ibu masing-masing. Ibu ayam yang masih mengeram pulak ditempatkan di satu tempat khas di tingkat atas sekali.

Now, korang boleh imaginekan betapa sibuknya Wan setiap hari nak menghandle penghuni-penghuni 'hotel' sementara ni kan ekekekeke. 




Bila duk kat kampung, memang rasa relax dan tenang. Alam semulajadi keliling umah, tak perlu susah payah masuk hutan. Budak-budak ni pun boleh tengok dan merasai sendiri bagaimana seronok berlari mengejar ayam dan bagi makan kat ayam. Terkenang zaman aku kecik-kecik dulu, mengejar ayam belakang umah Wan di Rembau huhu.

By the way,  korang kena tengok video di bawah ni. Rupanya, anak-anak dara aku ni ada kebolehan berkomunikasi dengan ayam! haha. Acaner tu? kena tengok la! Begini caranya nak suruh ayam masuk dalam reban! :p



video
                                 

Hahahahaha amacam? Bergegar-gegar henset aku pegang, sebab dok tahan gelak tengok gelagat budak2 ni hahaha. Paham pulak ayam tu apa yang budak-budak ni 'cakap' kan muahahaha. Ingat senang ke nak bela ayam? Itulah pentingnya kita belajar bahasa ayam! ekekekeke :p

#pray4MH370


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. lama dah tak makan telur separuh masak...zaman kecik2 dulu suka sangat makan sampai mak terpaksa sorokkan telur dari kitorang...

    ReplyDelete
  2. bnayk betul reban tu kak,
    mmg meriah ler kalau pagi2 ayam berkokok.

    hahaha..
    vdeo tu mmg terbaek..
    ada bakat tersembunyi nie.

    ReplyDelete
  3. unc fae pun ada pelihara ayam. fae x suka gi dekat reban2 ayam sebab bau huhu.

    ReplyDelete
  4. Best tu... saya dah lama tak bermain dgn ayam... dulu masa kecik2 slalulah kejar2 ayam & last2 mak ayam tu kejar balik nak patuk kita hahaa.. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM