Siapa Boleh Cium Cepat-cepat?

Thursday, March 20, 2014


Assalamualaikum!

Bahagia kena cium! haha

So, malam tadi lepas budak-budak kenit ni siapkan homework, diaorg pun mula la buat 'agenda' masing-masing berlari sana sini melompat dalam umah sampai berdegang lantai tu. Kejap menangis, kejap ketawa, kejap bercakap. Pendek kata, dalam umah tu susah lah nak dapatkan suasana senyap dan tenang damai bila diaorg ada haha! #pray4MH370


Kalau kita suruh diaorg senyap, 50% memang takkan 'makan' nasihat. Lagi dilarang lagi hebat dia bercakap, terutama kakak! Fuhhhhh! kenit tak tau la dia ni ikut perangai siapa suka bercakap. Takkan sebab kenit makan bertih jagung masa pregnant dulu kot?? :p #pray4MH370

Then, nak bagi diaorg senyap or at least duduk setempat jangan melompat2 berlari2 dalam umah, kenit panggil la diaorg duduk sebelah kenit dan create satu game. Game 'siapa boleh cium ibu cepat2' haaaaaa muehehehe ok la tu kan. Win-win situation tuuuuu! #pray4MH370

Antara dua beradik ni, kalau cium pipi kenit pasti ada beza keduanya. Kakak style malu-malu dan sangat bersopan ekekeke. Sikit kesan air liur pun takda kat pipi kenit hehe. Lain pulak ngan adik, mesti ada tinggalkan 'sisa' asid amino kat pipi bahaha! Tapi, bahagianya takleh diungkap la ... alangkah bahagianya ada anak ramai ni kan? (^_^) #pray4MH370

Bukan senang bebudak sekarang nak cium parents diaorg. Time umur masih kecik ni bolehlah budak-budak tu cium, tapi bila umur dia dah 10 tahun? 13 tahun? rasa-rasanya dia nak lagi tak cium kita ni?? cium tangan time pagi raya je la kot, tak pun time birthday je. Kalau saja-saja nak diaorg cium kita memang susahla nak terjadi. Nanti katanya maluuuuuuu.... #pray4MH370

Ini juga salah satu cara kenit mengeratkan hubungan dengan anak-anak. Siang diaorg dah bergelumang di sekolah, petang dan malam je la kenit ada masa ngan diaorg. Kalau selalu kena marah pun tak best juga untuk diaorg dan diri kita sendiri. So, tarik nafas panjang panggil diaorg duduk dekat kita dan fikirkan satu aktiviti atau simple game yang boleh buat kita dan mereka happy dan bahagia, tak gitu?? (^_^) #pray4MH370

#pray4MH370


You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. ala comeynya...hehe..mesti diorang berebut nak cium ibu diorang kan kenit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang terlebih bahagia tu kak hehehehe :D

      Delete
  2. kalau ado duo bolehlah buat game siapa boleh cium cepat2 kenit, tapi kalau sorang jer...ahaks..memang dia jerlah yang menang...kena challenge dengan abah dia lah gamaknya...ekekekeke.... so sweet budak2 berdua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sempoi gak tu! anak lawan ngan abah cium mummy dia hehehe :D.

      Delete
  3. sweetnya kenit.. Emir kalau mtk kiss kita dia sondol dahi dia bagi kat kita..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suruh cium dahi dulu la tu baru turun ke pipi hehe :D

      Delete
  4. bahagianya..anak pempuan tak apa dah besar nnt dah biasa cium ibunya pasti tak malu suda cium ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tapi kena biasakan dari sekarang barulah dah besar nanti pun tak segan nak cium ibunya hehe.

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM