Solat Hajat #Pray4MH370

Wednesday, March 12, 2014


Assalamualaikum!

Segala musibah yang berlaku ada hikmahnya. Aku masih lagi teringat kata-kata Kapten Noruddin Abd Majid dalam satu video wawancara petang itu. Sebagai orang-orang Islam, orang-orang yang beriman kita kena redha dengan segala ketentuan Allah. Ternyata sains tidak dapat menyelesaikan masalah, maka seharusnya kita wajib kembali kepada Pencipta sains, yakni Allah swt. #pray4MH370



Satu kekuatan yang kita ada, tak kira sebagai orang Islam atau rakyat Malaysia khususnya, tragedi ini telah menyatukan hati-hati kita semua tak kira latarbelakang agama dan kepercayaan. Bak kata wan, cubit paha kiri paha kanan terasa juga. Seluruh rakyat Malaysia kini berganding bahu memberikan sokongan moral dan rohani memohon dan terus memohon kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala kesulitan. #pray4MH370

Untuk tujuan itu juga, jabatan kenit tidak ketinggalan mengadakan solat hajat #pray4MH370 di auditorium selepas solat Zuhur tengahari tadi. This is the least we can do to show our support, may Allah forgive all our sins. #pray4MH370

Dan, dalam kepiluan menanti khabar baik yang tidak kunjung tiba kita disajikan pula dengan segala jenis bomoh dan pawang yang menggunakan apa saja cara bagi 'membantu' misi ini. Salah tetap salah hatta digunakan ayat al-Quran sekali pun. Jika caranya menggunakan perantaraan jin atau makhluk halus lain maka ia bukannya cara Islam. Dan itu termasuk dalam syirik. Nauzubillah! Jangan sampai akidah kita tergadai dek kerana ritual-ritual pelik yang tidak menyumbangkan apa-apa kebaikan pada kita, malah kerananya pula kita akan disumbat ke dalam neraka! #pray4MH370

Berdoa, solat, berusaha mencari dan bertawakal dengan segala kemungkinan yang berlaku. Sungguh Allah Maha Mendengar doa-doa orang-orang yang dalam kesedihan#pray4MH370

Sekarang, kita sedang diuji olehNya. Samada kita akan lulus 'ujian' ini dengan cemerlang atau tidak, bergantung kepada kesabaran dan sejauh mana kita redha menerima Qada' & QadarNya. Ya Allah, sesungguhnya kami sama-sama merasa kesedihan ini, kepiluan ini dan Engkau Maha Mengetahui segala yang tersurat lagi tersirat. Damaikanlah jiwa-jiwa yang sedang diuji ini Ya Allah, sesungguhnya kami berserah sepenuhnya padaMu. Hasbunallah wanikmal wakeel. #pray4MH370

#pray4MH370


You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. Assalamualaikum kenit. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala. sheila singgah dan klik tabung kenit ya ~~~

    ReplyDelete
  2. Berdoa dan terus berdoa..Allah sentiasa mendengar keluhan dari Umatnya..Allah sentiasa ingin menguji umatnya..Allah rindukan bisikan doa dari umatnya..
    Subhanallah..
    #prayformh370

    ReplyDelete
  3. seluruh dunia berkongsi kesedihan yg dirasai m'sia kini

    ReplyDelete
  4. Insha Allah berkat usaha semua pasti Allah akan tunjukan jalanNya...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. berilah kami petunjuk... permudahkanlah segala urusan pencarian MH370 & berilah ketabahan kpd ahli keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini Ya Allah.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. Ya allah mudahmudahan ada jalan petunjuk. Prayformh370

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM