Terima Kasih Atas Senyuman Itu.

Thursday, March 27, 2014


Assalamualaikum!




Lepas habis event kat {SINI}, atok datang amik kami kat Melaka Sentral dan bawa kami gi makan KFC kat Semabok. Atok ngan budak-budak ni dah 'cop' tempat duduk, sementara kenit gi beratur kat kaunter ready nak order makanan. Dalam paler dah plan nak order snake plate 3 set. 

Tiba giliran kenit, seorang pekerja menyapa lembut dan memberikan senyuman. Haaaaaaa ini macam la! getus hatiku. Kenit membalas senyuman, dan mula membuat order. Sejuk mata memandang wajah dan senyuman manis pekerja tu. Orang Melayu gak tu, tapi pasaipa Melayu kat {SINI} susah nak senyum ye? Hurm...

Order dah buat, makanan pun dah terhidang atas dulang. Kenit hulur duit, dan dia memberikan baki yang sepatutnya sambil senyum dan ucap, "terima kasih, datang lagi". Kan molek camtu? Berbunga-bunga hati ni sambil makan ayam hehe.

Selang sehari, kenit pergi lagi makan KFC kat situ. Kali ni ngan wan dan anak-anak pulak. Alhamdulillah, layanan yang sama juga kenit terima dari krew di situ. Very pleasant dan polite.

Terima kasih krew KFC Semabok di atas layanan yang baik. Walaupun korang masih muda, namun budi bahasa dan sopan santun yang ditunjukkan menunjukkan korang sangat ikhlas memberikan layanan dan khidmat terbaik buat pelanggan.


#pray4MH370


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. bila diberikan service macam ni, kita pun rasa best jer nak ulang makan kat situ kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, bertambah tambah la kita suka nak singgah lagi :)

      Delete
  2. Assalamualaikum kenit.. baguslah orang layan kita baik2 kan.. mesti kita datang lagi. teringat zaman sekolah kerja partime dekat kfc dengan kawan2.. sentiasa tersengih kat kaunter tu.. sampai customer suka bagi upah lebih kat kita daripada duit baki depa. hehehe kenangan ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sheila ....

      yes dear, sapa tak suka kalau dia dilayan baik kan, dimana2 pun kalau kita berhadapan dengan pelanggan kita mesti tunjukkan the best attitude, mulakan dengan senyuman ....simple kan :)

      Delete
  3. kalau tak memberi layanan yang baik...customer pun pasti tak mau dtg situ lagi kan

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...kenit,

    mselim3 dulu pun pernah kerja kat kfc sebagai cooker.. hehe pengalaman tapi penat kerja fastfood nie...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mselim...

      memang kalau kenit perhatikan pun, mereka yang keje di bhgn dapur dan kaunter memang tak senang duduk kalau customer ramai. Tapi, mereka masih sudi memberikan senyuman dan layanan yang ikhlas pada pelanggan, semoga attitude yang baik ini diteruskan :)

      Delete
  5. Tersangat baik & harus dipuji.. bukan sekadar menepati etika kpd pelanggan shj, malah itulah adab sopan kita sesama insan kan... Syabas Krew KFC Semabok!!!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM