Hari Repot Kad Kakak

Monday, May 26, 2014


Assalamualaikum!

Haaaa hari repot kad dah tiba! Hari di mana ibubapa boleh korek-korek rahsia apa yang anak diaorg buat kat sekolah hahahaha. Kakak ni aku tau dah macam mana dia kat sekolah, memang pesen tak reti duk diam. Dan, stetmen itu disokong padu oleh cikgunya sendiri! muehehehe.

Ingatkan nak suruh Pak Jelan gi amik repot kad anak sengsorang, tapi tengok gaya Pak Jelan ni macam tak berapa banyak nak soal je kat cikgu, baik aku ikut sekali boleh aku tanya banyak-banyak. Baru puas hati! hehehe.



Sampai kat kelas, kakak macam biasa la dia. Nampak kami cam takda perasaan je. Takda nak berlari meluru peluk ke, ape ke huhu. Dia pandang kami pastu buat dono je, kuarkan kertas pastu mewarna hahaha. 

Tau malu dah anak dara sulungku :D




Tengok gelagat Pak Jelan, macam nervous je nak tau keputusan peperiksaan kakak. Rilek la yah chill yah chill! hahaha. 

Dalam dok menunggu tu, ada pulak sorang ibu ni dari kelas lain dok blebel ke anak dia, "kau cakap kau dah siapkan keje sekolah, ni tak siap kenape??" Aaaaaaaa rilek je la dik, terima seadanya bebelan ibumu itu, marah tandanya sayang ye dop hehehe.




Pada hari tu jugak, setiap cikgu kelas turut memberi taklimat ringkas sistem pembelajaran secara frog vle menggunakan chromebook di sekolah. Ibubapa juga siap diberikan user ID dan password untuk access ke web anak masing-masing.

Cikgu tu jugak cakap, walaupun sistem frog vle ini biasanya digunakan untuk pelajar Tahap 2, tapi sekolah kakak telah mengambil inisiatif untuk mendedahkannya di peringkat awal yakni dari Tahap 1 lagi. Lagipun, budak-budak ni kan dah advance bab-bab komputer & gajet kan, jadi takda masalah untuk mengajar diaorg.



Haaaaa macam tak percaya tapi inilah hasilnya hehe. Kakak dapat no.2 dalam kelas keseluruhan. Dalam pada tak reti duduk diam tu, menjadi jugak kakak ye hehe. Walaupun ini baru periksa penggal pertama persekolahan tapi keputusan in sudah cukup membuktikan yang kakak benar-benar faham apa yang dia belajar di sekolah.



Setel bab repot kakak, kitaorg turun ke kantin pergi buatkan buku bank untuk kakak. Kakak macam biasa la gi 'port' biasa dia, BOOKSHOP! hahaha. Sampai nyonya tu dah kenal dia dah, asyik muka yang sama datang hari-hari hehe. 

Hari tu pun wakil BSN ada datang sekolah. Alaaa macam kita budak-budak dulu sekolah, orang BSN kan rajin datang sekolah suruh budak-budak buat buku bank sendiri kan. Simpanan serendah RM10 dah boleh ada buku bank, tapi aku masukkan RM50 sekali pasal boleh dapat tabung BSN FREE! ;) Ok la tu, kakak boleh teruskan menabung tambah raya nak dekat dah ni kan, kena guna tabung yang 'kukuh' sikit ye dop hahaha.

Tahniah kakak di atas kejayaan. Macam yang ibu janjikan dulu, kalau kakak dapat top 5 dalam kelas ibu akan belikan hadiah. Bila ditanya kakak nak hadiah apa, tau dia jawab apa??

"Kakak nak pergi Kidzania ...."

Perghhhh ... ade sponsor kaya yang bermurah hati tak?? mihmihmih :D


#pray4MH370



You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. bagus kan, bila bank buat promosi di sekolah.. boleh budak-budak menyimpan :)

    ReplyDelete
  2. tahniah kakak..actually mak n ayah yg nerves kan..

    ReplyDelete
  3. tahniah anak akak..keputusan yg cemerlang.elok tu kan menabung sejak dari kecil

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah..anak yg bijak ;D Kena tunaikan juga tu ibu :D

    ReplyDelete
  5. Tahniah kkk..
    Semoga trs berjaya ye

    ReplyDelete
  6. Wahh tahniah2!!!.. soal permintaan tu tak kisahlah asalkan yg baik sbb apa pun kita akan turut sama gembira bersama2... :)

    ReplyDelete
  7. Wow!!! tahniah untuk anak akk. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Oh...dah dpt report card anak akak lps naik cuti sekolah nie

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM