Wednesday, May 28, 2014

# Islam Point Of View # Jom Tambah Ilmu

ISU CADBURY : APA KATA USTAZ MENGENAI 'BERSIH DARAH' & SAMAK/SERTU MULUT?


Assalamualaikum!

Banyak betul isu-isu panas yang menjadi perbualan hangat di media-media sosial sekarang ni. Ni baru setengah tahun punya cerita, belum cukup setahun lagi hehe. 

Baru je minggu lepas, kita dihangatkan dengan isu dua ekor beruang panda yang menjadi perhatian banyak pihak termasuklah di ruangan media sosial. Sampaikan aku pun turut berkongsi 'kemeriahannya' di SINI hehehe.




Terbaru, isu coklat CADBURY yang menjadi kegilaan & makanan sejati rakyat Malaysia berkurun lamanya, kini telah mendapat respon negatif pelbagai NGO's yang merasakan mereka perlu tampil ke hadapan dan menuntut penjelasan dari pihak pengurusan Cadbury, mengapa dan bagaimana DNA babi boleh 'tersesat' masuk ke dalam 2 (dua) produk coklate Cadbury mereka. 

Dua produk coklat tersebut ialah perisa Hazel Nut & Roast Almond, antara produk coklat Cadbury yang disukai ramai! 

Hampeh!!




Ok ok soal coklat tu kita letak tepi kejap, pasal ramai yang dah up isu ni kan. Tapi, apa yang aku nak kongsikan disini ialah dua artikel yang aku baca semalam di media sosial berkenaan wakil-wakil dari NGO yang merayu menangis pilu di sidang akhbar yang diadakan.

Menangis ... merayu ... minta darah disucikan, dibersihkan, ditukar kepada baru. 

Hurmm....

Sape ngajor kita kena tukar darah kalau termakan benda haram ni??? hehe. 




Takpe takpe, kalau tak tahu jom kita sama-sama belajar dari pakar! Bukan pakar buat coklat, bukan pakar NGO tapi pakar yang aku maksudkan ialah golongan yang pakar dalam hukum hakam, halal & haram. 


Apa kata mereka?

1) Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah. 


Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمً
{ا {الأحزاب: 5}
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
( Ahzab : 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka.
( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.


Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh. 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014


2) Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan. Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. 


Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.

Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi.

DR. MAZA
28 Mei 2014




Haaaaa sekarang dah jelas kan? Masih tak jelas lagi ke? 

Takpe, aku kongsikan jugak video dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ini.




Haaaa sekali 3 orang ustaz aku kasi kat korang untuk dijadikan tempat rujukan. Dalam hal-hal sebegini, kita wajib merujuk pada yang pakar, jangan membabi buta ikutkan perasaan ikutkan hati minta sucikan darah, bersihkan darah.

Semoga perkongsian ini menjadikan ilmu kita lebih mantap terutama dalam bab halal haram. Jika ada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, jangan terus membuat andaian sendiri tapi rujuklah pada mereka-mereka yang lebih berilmu dari kita dalam bab-bab agama.

Wallahualam.


#pray4MH370


5 comments:

  1. Ramai ustaz2 fb yg xnk rujuk pakar agama skg ni... Bengong

    ReplyDelete
  2. Bila diberikan org yg cetek agama bercakap secara umum... Selidiklah dulu sebelum memberi kenyataan. Buat malu bila emosi mengalahkan kebijaksanaan dlm berkata2.. hmmm.. mcm2 org ni...

    ReplyDelete
  3. ada hikmah segalanya berlaku....
    tanda-tanda Islam semakin menyinar...
    in shaa Allah...
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  4. Nice sharing...hope menjadi rujukan

    ReplyDelete
  5. Nasib baik masih ada lagi ustaz2/ulama bertauliah di Malaysia..

    Tips Hilangkan Jerawat Batu

    ReplyDelete

Apa kata korang?