Thursday, May 29, 2014

# Cerita My Pearls # Story Kenit

Sukaneka Sekolah Mira


Assalamualaikum!

Tahun ni lain sikit berbanding tahun lepas, sebab tahun lepas kakak & adik bersukan sekali, tapi tahun ni hanya adik yang bersukan hehe. Pun begitu, semangat dan keyakinan dia tetap tinggi seperti dulu. 


Mira ni nampak je cam lemah lembut, mudah merajuk & menangis, kalau kakak cubit sikit nangisnya 1 blok dah boleh dengar (hahaha), tapi bab bersukan memang dia champion! muehehehe. 

Sukaneka tahun ni diadakan di SKPJ macam biasa lah. Hari Sabtunya, kakak & ibu dah bersukan. Yang kakak ada sukaneka di sekolah agama, yang ibu pulak bertreasure hunt di Putrajaya, tinggallah ayah yang tak bersukan hehe.

beratur untuk register dan dapatkan makanan serta free gift.




Hari tu kira macam Girl's Day Out untuk kami bertiga kerana Pak Jelan tak dapat join sama. Mujurlah anak-anak sporting lagipun, yang penting ibu ada ngan diaorg hehehe. Kalau ngan ayah kang takleh banyak tanya, kena ikut terus hahaha.

Dah siap register dan amik makanan serta free gift (dapat sabun basuh tangan dari Guardian), aku & kakak amik tempat duduk di atas pentas, sementara Mira kena duduk bawah khemah peserta untuk cikgu semak kehadiran.




Senyum malu-malu seorang juara hehehehe :D

Gigih dia katup mulut takmo bagi nampak gigi depan yang hanya nampak bayang-bayang saja hahahaha. Tu pasal la dia susah nak senyum depan orang kot, tau plak malu! 

Pengetua tadika memberi ucapan.

Dah setel ucapan pengetua, tiba masanya untukkkkk bersukannnnn! 

Jom layan keletah anak-anak kecil ini bersukan. Seronok tengok diaorg berlari dengan lagak masing-masing tau hehe.









Dan acara yang paling aku nantikan ialah acara sukan Mira. Nak tengok gak adakah Mira dapat mengekalkan kejuaraannya seperti sukan tahun lepas? hehehe. Tahun lepas, dia dapat beat kakak dia, sampai jeles la jugak orang tu hahaha.

Tahun ni, kita tengok ada tak dia buat muka 'takda perasaan' dia tu lagi? hahaha. 


Haaaa hahaha alolololo, satu-satunya acara sukan yang menggunakan prop hari tu ekekeke. Comei-comei belaka 'bunga', terutama 'bunga' Mira baju merah depan sekali hahaha.

Tapi, muka tak boleh blah jugak, blur gitulah dari mula sampai game nak start haha. Tengah plan strategi kot camne nak bagi dapat no.1 muehehehe.





Alhamdulillah, team merah dapat no.1 dalam acara tersebut hehe. Macam-macam pesen la budak-budak ni membawa bola, yang Mira boleh tertinggal satu bola kecik tu mujur cikgu tolong bawakan muehehehe.

Tengok Mira berlari dengan penuh takda perasaan, pandang ke kiri tidak, ke kanan tidak menonong je dia lari ke depan hahaha. 

Dah menang baru nak senyum kannnnnnnn :D

beratur untuk ambil pingat! ;)



Opkos tak meriah acara sukaneka anak-anak kalau ibubapa tak join sekali kan. Acara untuk ibubapa pun ada gak hari tu. Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori ibu, kategori ayah dan kategori ibu & ayah. 

Memang sporting-sporting mak bapak hari tu, sanggup turun padang dan memberikan kerjasama untuk menjayakan acara masing-masing. Sempoi! (^_^)


ACARA UNTUK KAUM IBU

Walaupun simple game dia, tapi semuanya had fun that day. Itulah motifnya pun kan hahaha. Yang memberikan idea game ni sumer ialah wakil dari jabatan kami atas permintaan pengetua tadika. 

So, kitaorg create game yang simple tapi fun dan cepat habis ehehe. 

Kang susah-susah sangat, takda plak yang nak join kan hehe.

ACARA UNTUK KAUM AYAH
ACARA UNTUK PASANGAN IBU&AYAH



Congrates my little champion!
(^_^)


Jom gi kedai Meei Mei beli hadiah! hehe.


#pray4MH370


5 comments:

  1. Bestnya... mmg seronok tengok keletah budak2 ni klu ada sukaneka... meriah. Nice sharing Anim.. :D :D

    ReplyDelete
  2. BIla dapat hadiah mesti seronok kemain kan?

    ReplyDelete
  3. seronoknya tgk anak2 bersukan..happynya mira..tahniah akak

    ReplyDelete
  4. Kakak saya juga seorg guru di SKPJ...

    ReplyDelete
  5. bestnya bersukan..badan jadi sihat :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?